
Ya, kami sedang mencari para finalis yang berpotensi untuk PENCARIAN HERO REMAJA 2017 yang bakal bermula pada April ini. Tak boleh terbang pun tak mengapa. Kuasa adiwira tidak diperlukan untuk bergelar HERO REMAJA.
Anda layak jadi hero jika anda…
• Bijak, berbakat, aktif dan mempunyai keperibadian yang menarik.
• Memiliki aura ikon remaja milenia Malaysia.
• Punya iltizam kuat untuk berjaya dalam bidang peragaan, industri seni hiburan atau bidang yang ingin kamu ceburi.
• Mempunyai kelulusan pendidikan baik di peringkat SPM/Diploma/Ijazah.
![[WANTED] The Next Leading Man. Pencarian Hero Remaja Bermula April Ini! 5 [WANTED] The Next Leading Man. Pencarian Hero Remaja Bermula April Ini!](https://cdn.remaja.my/2017/07/Hero1.jpg)
Superpower tak diperlukan! Kami mahu Hero yang:
• Warganegara Malaysia.
• Berumur antara 17-24 tahun.
• Memiliki ketinggian melebihi 170sm dan bentuk badan yang ideal.
• Fotogenik dan versatil.
• Bujang.
• Kod pakaian: Baju putih & jeans biru.
Jadi, sudahkah kamu bersedia? Tiba masanya untuk kamu serlahkan keterampilan dan personaliti diri untuk ditransformasikan menjadi ikon Hero Remaja 2017.
![[WANTED] The Next Leading Man. Pencarian Hero Remaja Bermula April Ini! 6 [WANTED] The Next Leading Man. Pencarian Hero Remaja Bermula April Ini!](https://cdn.remaja.my/2017/07/Hero2-766x1024.jpg)
Jom sertai majalah REMAJA di lokasi uji bakat ini.
Lokasi Rasmi:
Bangunan Kumpulan Media Karangkraf
No.1, Jalan Renggam 15/5,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
![[WANTED] The Next Leading Man. Pencarian Hero Remaja Bermula April Ini! 7 [WANTED] The Next Leading Man. Pencarian Hero Remaja Bermula April Ini!](https://cdn.remaja.my/2017/07/Hero3-794x1024.jpg)
Jangan terlepas tarikh ni:
• 22 April 2017 (Sabtu)
• 29 April 2017 (Sabtu)
• 6 Mei 2017 (Sabtu)
Masa: 9 Pagi-3 Petang
*Semak keratan borang penyertaan di majalah REMAJA edisi April.
See u guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MasyaAllah, Indahnya Maksud Nama Baby #Fattzura

Setelah seminggu kelahiran anak sulung kepada Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura, akhirnya pasangan glamor tersebut telah mendedahkan nama cahaya mata perempuan mereka seperti yang dijanjikan.
Terdahulu selepas kelahirannya pada hari Jumaat (2 Oktober) lalu, Fattah dan Fazura masing-masing menerusi akaun Instagram mereka memohon masyarakat agar memahami keputusan mereka untuk merahsiakan nama serta wajah anak mereka selama seminggu selaras dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Hari ini setelah genap tujuh hari, Fattah dan Fazura mendedahkan nama anak mereka ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Seloroh mereka menerusi Instagram @fattzuralovelife, ‘Fatima’ berkata, “Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.
“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!” catat mereka menerusi akaun Instagram khas itu.

REMAJA tertarik dengan makna di sebalik nama Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Ia bermaksud..
Nur : Cahaya
Fatima : Puteri Rasullulah SAW, Yang Tidak Menyusu Lagi
Aisya : Isteri Rasullulah SAW, Hidup Bahagia
Abdul : Hamba Allah
Fattah : Penakluk
Indah bukan!
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak Tiru Neelofa, Hero Remaja 2020 Kenalkan Produk Minuman Buah

Tidak sampai dua bulan setelah dinobatkan juara Hero Remaja 2020, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 24 ataupun Nadhir Nasar telah memperkenalkan satu produk minuman di pasaran.

Dikenali dengan nama Lucky Dew Milk, ini adalah produk dalam kategori F&B pertama yang diperkenalkan model, pelakon dan pengarah muda ini.
Sebelum ini, dia pernah muncul dengan beberapa produk seperti baju hoodie.
Menurut Nadhir ketika dihubungi REMAJA, projek minuman Lucky Dew Milk ini telah lama difikirkan olehnya dan pasukan di belakang pembikinan. Pemilihan minuman sebagai produk pula datang daripada minatnya sendiri terhadap minuman tembikai susu dengan rasa kepingan puding di dalamnya.
“Minuman Lucky Dew Milk memang saya sasarkan kepada remaja dan belia berusia 15 hingga 30 tahun. Ini kerana ia mengandungi nutrien dan kadar gula yang diperlukan oleh mereka bagi memberi tenaga untuk rutin sepanjang hari.
“Buat masa ini, saya hanya akan memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dahulu, iaitu menerusi platform atas talian (online).
“Mereka yang berminat boleh menghantarkan mesej ke akaun Instagram Lucky Dew Milk dan dari situ, kita boleh berhubung untuk sebarang pembelian,” katanya yang turut menantikan peluang untuk terlibat dalam sebarang festival makanan pada masa akan datang.
ARTIKEL BERKAITAN: Tonton Video Muzik Arahan Sulung Nadhir Nasar

Umum mengetahui, apabila bercakap mengenai produk minuman buah saja, kita akan pantas mengaitkan kepada produk minuman susu pisang, Nilofa oleh selebriti, Noor Neelofa. Lantas, tidakkah Nadhir gusar sekiranya ada pihak yang membandingkan Lucky Dew Milk dengan minuman susu pisang itu, mahupun beranggapan dia ‘meniru’?
“Bagi saya, perbandingan itu terpulang kepada individu. Apa yang boleh saya katakan, rasa kedua-dua minuman ini berbeza dan ia juga datang dalam pakej masing-masing. Saya usahakan Lucky Dew Milk untuk berkongsi perisa kegemaran saya dengan peminat dan pembeli di luar sana.

“Lagipun, saya sememangnya mengagumi dan menghormati Neelofa selaku selebriti serta ahli perniagaan. Jadi tidak timbul isu saya ingin ‘meniru’ produk yang dikeluarkan oleh beliau,” kata Nadhir yang bakal sibuk dengan beberapa projek lakonan bermula pertengahan September ini.
Selain menjadi pengacara bagi program berepisod di YouTube berjudul Lensa bersama Finas Malaysia, Nadhir akan memasuki set penggambaran sebuah drama berjudul Tercipta Satu Ikatan bersama Aeril Zafril dan Hannah Delisha.
Selain itu, dia juga sempat memberikan bayangan bakal tampil dalam sebuah telemovie berjudul ‘Abah’ bersama pelakon kegemarannya, Beto Kusyairi, Jalil Hamid, Fatimah Abu Bakar dan Nadia Aqilah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Awak Gagal Sebenarnya..” Hazeeq Dean Kecewa Video Pelajar Bergaduh Untuk Tunjuk Siapa ‘Kapla’

Tular baru-baru ini mengenai siasatan kes pelajar tingkatan tiga yang dipukul beramai-ramai di Kemensah Height Embun, Kemensah Taman Melawati di Ampang, pada 8 Mei.
Difahamkan, kejadian berlaku setelah berlaku perselisihan faham kononnya mangsa tidak menghormati sekumpulan pelajar senior tingkatan tiga.
Insiden mangsa ditumbuk di bahagian dada kiri, dicekik dan ditendang pada bahagian belakang badan itu telah dirakam menggunakan kamera telefon pintar oleh salah seorang daripada 15 pelajar yang menyaksikannya.
Ia kemudiannya terlepas ke pengetahuan khalayak media sosial dan bertukar tular sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Tinjauan REMAJA di ruangan komen juga mendapati segelintir warganet menunding jari menyalahkan drama hit, Projek: High Council yang ditayangkan di Astro First sebagai pencetus kepada budaya buli dalam kalanagan pelajar sekolah menengah.
Menerusi drama 10 episod itu, ia memaparkan isu-isu sebenar yang terjadi di pesekitaran sekolah berasrama penuh lelaki dan warganet merasakan ramai remaja mulai terikut-ikut dengan perbuatan buli yang dipaparkan oleh karakter drama berkenaan.
Kesempatan REMAJA menemui salah seorang pelakonnya, Hazeeq Dean baru-baru ini diguna bagi mendapatkan pandangannya berkenaan insiden tersebut dan dakwaan yang dilempar ke atas Projek: High Council.

“Bagi Hazeeq, perbuatan (buli) sangatlah kebudak-budakan. Hazeeq pun kecewa apabila mendapat tahu mereka bukan sahaja membuli tapi tanpa segan silu merakam perbuatan tersebut. Tidakkah tukang rakam itu pun merasa bersalah apabila mereka seakan mengagungkan budaya buli?

“Apabila kita berada di pihak luar, kita tidak tahu apakah masalah yang tercetus antara pelaku dan pelajar yang dibuli, Mungkin ada sebab mereka lakukannya. Namun, itu tidak bermaksud masalah akan selesai hanya dengan membuli dan memukul.
“Bila kamu bergaduh dan tunjuk pula kepada semua orang yang kamu bergaduh, apa yang kamu nak buktikan pada mata dunia sebenarnya? Kamu bukan fighter, sebenarnya. Kamu individu yang gagal,” ulas pelakon tinggi lampai itu.
Tambah Hazeeq, rasa ‘bangga’ atau ‘puas’ yang mungkin dirasakan oleh pembuli tidak akan bertahan lama.
“Percayalah, bila mereka lihat semula video yang dirakam itu, mereka akan menyesal dan malu.”

“Saya sebenarnya kecewa dengan budak-budak yang menonton Projek: High Council dan nak jadi seperti watak-watak di dalam High Council. Ia sebenarnya adalah drama yang mengajar rakyat untuk tidak menjadi seperti watak yang ditonjolkan.
“Bila seseorang itu menjadi pembuli, pembelasah atau seperti watak saya yang ditonjolkan sebagai perogol di sekolah; itu sebenarnya adalah ciri-ciri orang yang gagal. Sebagai pelajar, budaya buli itu bukan untuk dicontohi tetapi untuk diambil sebagai iktibar,” katanya.
@remaja.my Finalis Hero Remaja 2020 turut hadir pada hari ini untuk memberi sokongan. Meerqeen, Haziq dan Nadhir. #UjibakatHeroRemaja2021 #HeroRemaja2020 #remaja ♬ Heartbreak Anniversary – Marc Daniel Bernardo

Terdahulu, pelakon utama Projek: High Council iaitu Nadhir Nasar juga menolak pandangan bahawa perbuatan buli di sekolah ditiru daripada babak-babak yang dipertontonkan dalam drama hit itu.
BACA LAGI: Jangan Obses Dengan Watak ‘Projek: High Council’ Sampai Jadi Pembuli Sekolah – Nadhir Nasar – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

