Di saat umat Islam menantikan sambutan hari raya korban atau disebut Hari Raya Haji yang akan disambut esok, semalam negara diuji dengan berita sedih apabila berlakunya tiupan angin kencang yang melanda negeri-negeri di utara tanahair.
Dalam kejadian semalam, Taufan Lekima yang membadai timur negara China turut membawa tempias ke negara-negara berdekatan seperti Thailand dan Malaysia apabila ekor taufan berkenaan menghempas negeri-negeri di Utara malam tadi.
Memetik laporan berita Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian ribut di beberapa negeri utara tanah air disebabkan ekor Taufan Lekima yang membadai timur negara China.
Taufan Lekima mengakibatkan banyak zink berterbangan selain pokok tumbang di beberapa kawasanBanyak kenderaan musnah dalam video-video yang mulai tersebar malam tadi. Ini antara sebahagian kenderaan yang rosak ditimpa pokok tumbang
Ketua Pengarahnya Jailan Simon, ketika dihubungi Astro AWANI, berkata garis badai itu berlaku akibat tumpuan angin di selatan Thailand yang turut menerima kesan sama.
“Apa yang berlaku sebenarnya adalah kita panggil garis badai adalah garisan ribut petir akibat tumpuan angin barat daya dan barat laut di tengah laut berpunca ribut tropika berlaku di timur China.
“Di selatan Thailand berlaku tumpuan angin menyebabkan garis badai ini. Ia bergerak daripada barat laut ke arah tenggara dan mengenai beberapa kawasan di Kedah dan Langkawi.
Ads
“Kelajuan yang dicatatkan setakat ini 28 meter per saat bersamaan 100.8 kilometer sejam. Bagaimanapun gelombang kedua bergantung kepada kedudukan taufan. Ketika ini MetMalaysia tidak menjangka gelombang kedua kerana kebiasaannya ia berlaku sekali sahaja,” jelasnya.
Banyak barangan peniaga kecil terbalik dan masing-masing menanggung kerugian besar
Kejadian kira kira jam 8 malam Jumaat itu membadai beberapa kawasan antaranya di Langkawi, Alor Setar Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Ekoran kejadian tidak terduga ini, seorang wanita maut apabila motosikal yang ditungganginya terkena sekeping zink besi yang diterbangkan ribut di depan Masjid Sharifah Fatimah, Batu 13, Jitra, malam tadi.
Ads
Marziah Che Omar yang menaiki motosikal maut apabila digilis sebuah kereta ketika pandangan pemandu kereta tertutup akibat kejadian zink terbang di Jitra
Mangsa, Marziah Che Omar,27, yang menunggang bersendirian terjatuh selepas terkena zink besi terbabit sebelum digilis sebuah kereta yang berada di bahagian belakang motosikalnya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata kejadian berlaku ketika angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan terbabit.
Katanya, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 62 tahun itu sedang dalam perjalanan dari arah Batu 13 menghala ke bulatan Jitra.
“Angin yang kuat menerbangkan sekeping zink besi yang terkena mangsa dan menyebabkan mangsa jatuh. Zink yang sama kemudiannya mengenai dan menutup cermin depan kereta yang berada di belakang motosikal mangsa. Ia menyebabkan pemandu tidak nampak apa-apa lalu tergilis mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pemandu yang tidak cedera kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Jitra.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. (Sumber : Sinar Harian)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini ramai yang merungut dengan fungsi check out di MySejahtera kerana sering terlupa untuk berbuat demikian selepas keluar daripada premis. Kini, masyarakat Malaysia tidak lagi perlu pening kepala kerana sebuah ciri baharu yang dikenali sebagai MySJ Trace telah pun diperkenalkan.
Walaupun fungsi ini sudah diaktifkan, namun ramai yang masih belum cukup jelas dengan cara ia berfungsi. MySJ Trace menggunakan sistem Bluetooth yang akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan penggunaan lain yang turut mengaktifkan ciri baharu tersebut.
Maklumat interaksi yang terkumpul akan disimpan dalam bentuk yang hanya boleh diproses oleh pihak KKM. Apabila seseorang pengguna MySJ Trace disahkan positif COVID-19, pengguna itu akan melakukan proses memuat naik maklumat interaksi yang terkumpul daripada MySJ Trace pengguna sepanjang 14 hari yang lalu ke satu pangkalan data yang dikawal oleh KKM.
Berikut kami senaraikan antara perkara-perkara tentang MySejahtera Trace yang korang perlu tahu.
Mengapa ada interaction walaupun korang duduk di rumah sahaja?
– Signal bluetooth boleh dikesan hingga 10 meter tetapi ini tidak bermaksud korang akan dikategorikan sebagai casual contact.
Bergantung kepada faktor-faktor yang boleh menghalang isyarat seperti:
Badan
Alat lain
Kunci elektronik
Kedudukan telefon (dipegang atau berada di dalam poket)
Mengapa masih perlu check-in dengan scan QR?
– MySJ Trace hanya memerlukan pengaktifan fungsi oleh pengguna
– Namun, tidak semua orang akan menggunakan sistem ini. Oleh itu, pihak KKM masih memerlukan maklumat daripada check-in untuk melakukan pengesanan kontak secara pantas, terutamanya jika melibatkan potensi kluster besar.
Bukan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal, ada banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
Antaranya adalah diet, bersenam, dan banyak lagi. Ramai yang dah cuba perkara ini dan ramai juga yang tewas. Namun, bila dah berjaya dapatkan berat badan yang ideal, perasaan dia memang fuh, puas sangat!
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Hanis berkongsi di laman Twitternya bagaimana dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 15KG dalam masa tiga bulan 13 hari.
Tidak lokek berkongsi ilmu, Hanis juga turut berkongsi cara dan tip yang digunakannya itu untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Oh wow! bak kata pepatah, nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Semoga perkongsian Hanis ini akan memberi inspirasi kepada mereka di luar sana.
Apa-apapun, goodluck ya’ll!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh pelari menara negara, Soh Wai Ching memulakan lembaran 2024 dengan penuh bergaya apabila berjaya menenangi Qingdao Vertical Marathon di China, semalam.
Wai Ching menamatkan larian mendaki 2,121 anak tangga bagi menawan menara setinggi 81 tingkat itu dengan rekod baharu iaitu 12 minit dan 17 saat.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan pelari berusia 29 tahun memecah rekod kejohanan yang sebelum ini dipegang pelari tempatan, Shi Ai Ai dengan catatan masa 12:45 saat untuk menawan menara setinggi 331 meter itu.
“Gembira apabila muncul juara juara keseluruhan tetapi paling gembira kerana dapat pecahkan rekod lampau kerana saya memang menyasarkan untuk melakukan pecah rekod.
“Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Saya akan mengekalkan semangat juang sebegini sepanjang 2024,” katanya dalam satu kenyataan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!