Satu video yang tular di aplikasi Tiktok baru-baru ini benar-benar menyentuh perasaan ramai apabila seorang wanita dikenali sebagai @ninalongkaya berkongsi kisah hidupnya yang berubah sekelip mata selepas pemergian suami tercinta.

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian apabila ramai menyedari betapa berat ujian yang sedang dilalui wanita ini sebagai seorang ibu kepada lima orang anak.

Pemergian insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi apabila arwah merupakan tonggak utama keluarga.

Kisah ibu lima anak lepaskan stesen minyak ini mengundang sebak kerana ia melibatkan kehilangan pasangan hidup, sumber rezeki dan masa depan yang sebelum ini dibina bersama.

Luahan Redha Seorang Isteri

@ninalongkayaAssalammualaikum.. mohon support datang ke stesen minyak shell jalan kebun sultan kota bharu kelantan. Husband (owner) baru meninggal dunia. nina nak clear semua stock yang ada. . Mohon tolong 5 orang anak ank yatim nina.. tak dtg tak per.. tolong repost status nina♬ original sound – 3105×24

Dalam satu luahan ringkas yang dikongsikan di media sosial, wanita berkenaan menulis kata-kata yang cukup menyentuh hati:

“I redha dan ikhlas u pergi… i akan jaga amanah u… 5 anak u… i sayang u dunia akhirat.”

Ayat pendek itu sudah cukup menggambarkan betapa besar rasa kehilangan dan keikhlasan yang cuba dipupuk demi meneruskan kehidupan.

Ramai netizen mengakui mereka tidak mampu menahan air mata membaca luahan tersebut. Bukan mudah untuk seorang wanita menerima hakikat kehilangan suami, dalam masa sama perlu kuat demi anak-anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Terpaksa Lepaskan Stesen Minyak Arwah

“Saya Redha Awak Pergi…” Luahan Wanita Ini Undang Sebak, Terpaksa Lepaskan Stesen Minyak Arwah Suami

Ads

Lebih menyayat hati, wanita ini turut berdepan satu lagi ujian besar apabila terpaksa melepaskan stesen minyak milik arwah suami, iaitu Stesen Minyak Shell Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan.

Stesen minyak tersebut difahamkan telah diusahakan hampir 18 tahun dan menjadi sumber utama rezeki keluarga mereka.

Keputusan untuk melepaskan perniagaan itu bukanlah sesuatu yang dibuat dengan mudah. Kisah ini menjadi perhatian kerana ia melibatkan perniagaan yang telah dibina bertahun-tahun lamanya bersama suami tercinta.

Seorang pengguna Facebook, Haniza Hussin, tampil memberikan penjelasan berhubung situasi sebenar yang sering berlaku apabila pemilik individu sesebuah perniagaan meninggal dunia.

Menurut beliau, ramai yang salah faham dan menganggap waris melepaskan perniagaan kerana tidak mampu atau tidak berminat untuk meneruskannya.

Hakikatnya, masalah utama terletak pada sistem dan prosedur pentadbiran yang perlu dipatuhi.

Ads

Apabila pemilik asal meninggal dunia, urusan penting seperti lesen perniagaan, pendaftaran SSM dan akaun bank syarikat boleh dibekukan secara automatik.

Tambah beliau lagi, untuk meneruskan operasi, waris perlu melalui proses yang panjang seperti pertukaran nama pemilik pada dokumen rasmi, penyediaan dokumen perundangan serta memenuhi semula syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh syarikat minyak seperti Shell atau Petronas.

Tidak semua waris mempunyai kemampuan kewangan, kelayakan pengurusan atau kekuatan emosi untuk menguruskan semua ini dalam tempoh yang singkat.

Disebabkan itu, ramai yang akhirnya terpaksa akur melepaskan perniagaan walaupun berat hati.

“Saya Redha Awak Pergi…” Luahan Wanita Ini Undang Sebak, Terpaksa Lepaskan Stesen Minyak Arwah Suami

Ads

Rayuan Sokongan Orang Ramai

Dalam masa sama, Nina turut dilihat memohon sokongan orang ramai untuk membantu menghabiskan stok yang masih ada di stesen minyak tersebut.

Menerusi satu perkongsian, beliau menulis, “Assalammualaikum.. mohon support datang ke stesen minyak shell jalan kebun sultan kota bharu kelantan. Husband (owner) baru meninggal dunia. nina nak clear semua stock yang ada.”

Beliau juga meminta orang ramai membantu menyebarkan kisah tersebut agar sampai kepada lebih ramai pihak.

Rayuan itu mendapat respon positif apabila ramai tampil memberikan sokongan moral dan mendoakan urusannya dipermudahkan.

Dalam masa sama, orang ramai turut mendoakan agar wanita ini terus kuat dan tabah demi membesarkan lima orang anak yang kini menjadi amanah terbesar dalam hidupnya.

Sumber : Facebook Haniza Hussin, Tiktok Ninalongkaya

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads