Jocelyn Yow, 25, telah dilantik sebagai Datuk Bandar bagi kawasan Eastvale di California pada 10 Disember lalu. Jocelyn yang merupakan warganegara Amerika Syarikat berketurunan Malaysia di sebalah bapanya dan Vietnam disebelah ibunya. Pelantikan ini juga menandakan dia merupakan wanita dan bukan individu berkulit putih termuda yang pernah diberi dilantik untuk menjawat jawatan tersebut.
Ibu kepada bayi berusia enam bulan ini ada bercerita di dalam satu hantaran di Instagram tentang susur galur keluarganya. Bapanya telah berhijarah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1980-an manakala ibunya pula meninggalkan Vietnam demi mencari kehidupan baru di negara Uncle Sam itu.
Kemudian pada tahun 1996 dia dan keluarganya pulang ke Malaysia apabila datuknya disahkan menghidap kanser. Tinggal di Malaysia selama lebih 10 tahun memberikan dia peluang untuk mendekati dan mempelajari sejarah tentang keluarganya, warisan dan juga budaya.
Ads
Katanya, “Walaupun kedua ibu bapa saya tiada apa-apa Ketika memulakan kerjaya masing-masing, mereka selalu menekankan kepentingan perkhidmatan awam dan sikap suka memberi. Saya sangat bangga menjadi anak kepada ibu bapa saya dan saya bangga mejadi seorang Malaysian Vietnamese Chinese American.”
Ads
Merupakan graduan di sebuah kolej komuniti di Norco, California dan UC Berkeley. Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard Extension School.
Ads
Sumber & Gambar: Instagram Jocelyn Yow
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bibir kering dan merekah sememangnya antara masalah yang kerap terjadi ketika dalam tempoh berpuasa. Tentunya ia akan memberikan rasa yang tidak selesa kerana bibir terasa begitu pedih dan lagi teruk boleh luka berdarah.
Malah, ramai wanita tidak menyedari tentang penggunaan gincu dengan kerap boleh mengakibatkan permukaan bibir menjadi gelap akibat bahan kimia yang terkandung dalam gincu bibir.
Ini tip dari Remaja :
1. Khas bagi anda yang sentiasa sibuk melakukan urusan kerja di luar, berhati-hati dengan sinaran UV! Seperti kulit, bibir juga mempunyai tindak balas negatif terhadap sinaran UV. Oleh itu, selalulah menggunakan pelembap bibir yang mengandungi pelindung sinaran UV. Ia bagi membekalkan lembapan biarpun pada cuaca panas.
2. Ini seringkali dilakukan oleh kita! Jangan basahkan bibir anda dengan lidah. Setiap kali membasahi bibir dengan lidah, air liur yang menempel di permukaan bibir akan meresap dan pelembap semula jadi bibir akan terbawa olehnya. Hasilnya, bibir anda akan bertambah kering.
3. Walau dalam apa situasi sekalipun, usah menggigit bibir walaupun pada ketika anda dalam ketakutan kerana selain membuatkan ia kering, tabiat ini akan membuatkan lapisan kulit mengelupas. Jika sukar mengikis tabiat ini, oleskan pelembap bibir sekerap mungkin.
4. Pasti ramai yang tidak tahu tentang kesan ubat gigi pada bibir, bukan? Sebenarnya, untuk mengelakkan bibir kering dan sentiasa takpak cantik, elakkan menggunakan ubat gigi yang terlalu pedas dan dingin. Walaupun ia untuk gigi, namun jika kerap terkena pada bibir, ia tidak baik untuk kesegaran bibir.
5. Bibir perlu dibebaskan segera daripada sisa-sisa gincu sebaik anda pulang ke rumah. Jangan tidur dengan sisa-sisa lipstik anda pula! Gunakan air atau pencuci solekan untuk membersihkan gincu agar ia benar-benar bersih. Jangan sesekali biarkan ia tanggal sendiri tanpa bilasan sempurna.
6. Anda tidak perlu menggunakan skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati kerana bibir tidak mengandungi kelenjar minyak dan sel kulit mati akan terlepas dengan sendiri melalui proses semula jadi.
7. Jika anda mahu mengoles rona gincu yang berbeza pada satu masa, sebaiknya pilih dalam jenama yang sama kerana bahan yang berbeza akan menyebabkan warna dan teksturnya tidak blend sekata. Ia boleh menyebabkan bibir terluka.
8. Kala memilih gincu, pilih gincu berwarna natural gelap seperti coklat jika anda banyak melakukan aktiviti di luar pada siang hari. Ini sebenarnya untuk memberikan keselesaan dan memudahkan anda mengawal warnanya agar tidak tampak sarat kala kesibukan.
9. Sekiranya bibir mengalami masalah alergi atau kegatalan, gunakan pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles rona gincu.
10. Untuk mengekalkan bibir lembut dan sihat, pilih gincu bibir yang mengandungi pelembap dan bahan anti-oksida seperti vitamin A, E dan C.
Tip Bonus Untuk Bibir Mungil Persis Angelina Jolie!
Untuk mendapatkan bibir mungil persis Angelina Jolie, lakukan gaya bibir rona nude semula jadi. pastikan rona penggaris bibir sepadan dengan ton bibir dan gincu anda. Jadi, garisan yang digaris tadi akan kelihatan semula jadi .
Bermula dari sudut luar hujung dan lukis sepanjang garisan luar bibir. Ia akan memberikan garisan bibir lebih ketara dan tebal.
Jika anda tidak pasti di mana point yang paling tepat untuk menggaris penggaris bibir, atau mungkin bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan garisan yang kemas, cara yang paling mudah adalah dengan senyum. Ia akan menegangkan bentuk bibir dan sekali gus memudahkan proses menggaris garis luar bibir.
Semoga bermanfaat!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lama kita tidak dapat melawat pusara tersayang ekoran pandemik dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin kelonggaran baru-baru ini membuatkan orang ramai mula mengunjungi kawasan perkuburan.
Namun, setiap kali kita ke pusara atau kubur pasti akan dapat melihat pusara disiram air ketika seseorang menziarahi kubur selain membacakan Yassin di kubur ahli keluarganya. Hal menabur bunga dan menyiram air ini seolah-olah dilihat sebagai hal WAJIB sedangkan hakikatnya adakah benar hal ini wajib dilakukan?
Dengarkan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus ketika memberikan ceramah agama berkaitan hal menyiram kubur dan meletakkan bunga ini. Adakah ianya wajib atau apa hukumnya? Jangan sampai kita terikut-ikut melakukan suatu perkara tanpa tahu hukumnya.
Perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus- Uztas Azhar Idrus
Apa tujuan siram air di atas kubur?
Ini jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus menerusi laman ‘Youtube’nya berkata ulamak ada menyebut hukum jirus atau siram air atas kubur adalah harus tetapi dengan syarat tujuannya salah satu daripada tiga sebab iaitu:
Kubur masih baru (jenazah baru ditanam) supaya tanahnya kemas
Menghidupkan pokok-pokok dan bunga yang hidup di atas kubur tersebut
Supaya tanah tidak berdebu
Sebaliknya jika ada individu yang percaya bahawa siram pada tanah kubur untuk menyejukkan jenazah atau dikatakan jenazah boleh minum air itu adalah khurafat.
Dalam penjelasan UAI ini, jika seseorang itu melakukan perkara ini tanpa tahu hukumnya ianya dilarang kerana melakukan kerja seperti ‘membabi buta’. Nasihatnya, buatlah sesuatu perkara itu dengan mengetahui hukum hakam yang jelas.
Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang.
Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.”
Pertahanan muda skuad kebangsaan, Richard Chin baru-baru ini membuat pendedahan besar apabila mengakui dirinya sudah memeluk Islam selepas melafazkan syahadah pada November tahun lalu. Perkara itu berlaku 10 bulan sebelum beliau menerima perkhabaran mengenai peluang menyarung jersi Harimau Malaya.
Menurut Richard atau nama sebenarnya Richard Li Hua Chin (23) berkata, keputusan itu hadir seiring dengan gerak hatinya yang merasakan Islam sebagai jalan yang benar. Dalam masa sama, beliau turut melihat Malaysia negara asalnya sebagai destinasi tepat untuk berbakti serta mendalami agama yang baru dianutinya.
Menerusi sebuah video temubual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain kelahiran England itu berkongsi pengalaman peribadinya.
“Saya melafazkan syahadah untuk menerima Islam pada November tahun lalu. Alhamdulillah, saya amat gembira untuk kini menjadi seorang Muslim,” katanya.
“Sudah pasti di sini saya dapat banyak sokongan daripada peminat sepanjang dua tahun lalu, ia memberikan saya motivasi yang besar untuk bermain buat negara ini. Memandangkan ini negara Muslim, ia menjadi lebih baik,” jelas Richard lagi.
Dalam pada itu, Richard kini menjadi perhatian selepas tampil buat pertama kali bersama skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Palestin yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Isnin lalu.
Pertahanan sayap itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-79, menggantikan Quentin Cheng. Kehadirannya membantu skuad negara mempertahankan kelebihan satu gol. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Joao Figueiredo pada minit ketiga permainan, sekaligus memastikan kemenangan Harimau Malaya kekal hingga ke wisel penamat.
Sementara itu, pendedahan peribadi Richard kali ini sekaligus membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya bersama Malaysia. Ia bukan sahaja tentang bola sepak, tetapi juga tentang identiti, kepercayaan dan hala tuju hidup beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...