Wanita 58 tahun jelajah 7 benua dengan motosikal 150cc
Wanita 58 tahun jelajah 7 benua dan 81 negara dengan motosikal 150cc bukan sekadar kisah pengembaraan biasa, tetapi satu cerita inspirasi yang membuktikan impian boleh dicapai tanpa mengira usia. Individu luar biasa itu ialah Anita Yusof, seorang rakyat Malaysia yang berjaya mengelilingi dunia secara solo hanya dengan motosikal Yamaha FZ150i.
image via @gdranitayusof (Instagram)
Pengembaraan epik ini bermula pada tahun 2019, menyaksikan Anita merentas tujuh benua dan 81 buah negara dengan jarak keseluruhan 113,284 kilometer yang ditempuh dalam tempoh 2,280 hari di atas jalan raya. Sepanjang perjalanan, beliau berdepan pelbagai cabaran termasuk cuaca ekstrem, kesilapan navigasi, laluan berbahaya serta detik-detik mencemaskan yang benar-benar menguji keberanian dan ketahanan mental.
Selepas akhirnya selamat pulang ke Malaysia, Anita meluahkan rasa syukur menerusi satu hantaran di Instagram.
“Akhirnya, aku ketemu juga jalan pulang. Terima kasih Ya Allah atas izin dan perlindungan yang Kau berikan selama aku hidup di jalanan.”
Bukan pengembara biasa
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Anita Yusof menjelajah dunia. Sebelum ekspedisi terbaharu ini, beliau telah menyelesaikan Global Dream Ride pertamanya pada tahun 2015 dengan mengembara ke 40 buah negara. Pengalaman tersebut menjadi asas penting sebelum beliau memulakan misi lebih besar yang dikenali sebagai Global Dream Ride 2.
Namun, perjalanan kali ini tidak berjalan lancar sepenuhnya. Pandemik COVID-19 memaksa Anita menghentikan kembaranya hampir dua tahun. Ketika itu, beliau telah pun menunggang merentasi Afrika dan tiba di Cape Town sebelum terpaksa menghentikan perjalanan akibat sekatan global yang melumpuhkan pergerakan rentas negara.
Ads
image via @gdranitayusof (Instagram)
Kembara terhenti, semangat tetap menyala
Pada Januari 2022, Anita kembali ke Ethiopia bagi mengambil semula motosikalnya yang ditinggalkan. Motosikal Yamaha FZ150i tersebut kemudiannya diterbangkan ke Jeddah, membolehkan beliau meneruskan perjalanan merentasi Mekah, Madinah dan Riyadh, sebelum menunggang ke beberapa negara Timur Tengah lain termasuk Iran, seterusnya menuju ke rantau Balkan.
Menurut Anita, beliau tidak mengikat diri dengan laluan tetap sepanjang pengembaraan.
“Saya bergerak zig-zag ke merata tempat, ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kanan, berpatah balik mengikut kemahuan saya,” katanya, menggambarkan falsafah kebebasan yang menjadi pegangan hidupnya.
Dari backpacker ke pengembara motosikal
Sebelum aktif dalam dunia permotoran, Anita sebenarnya merupakan seorang backpacker tegar. Minat terhadap motosikal tercetus selepas beliau membaca sebuah blog mengenai perjalanan ke kawasan terpencil di Kyrgyzstan. Terinspirasi dengan kisah tersebut, Anita mula belajar menunggang motosikal pada tahun 2012.
Pada usia 45 tahun, beliau memperoleh lesen motosikal dan memulakan perjalanan di sekitar Malaysia sebelum mengembangkan kembaranya ke negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Laos. Setahun kemudian, beliau berani mencabar diri menjelajah ke Asia Tengah termasuk Kyrgyzstan, Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Afghanistan.
Ads
Beliau turut berkongsi bahawa keputusan untuk bersara awal dibuat bagi membolehkan dirinya meneruskan minat mengembara tanpa terikat dengan komitmen kerja. Menurut laporan Bernama, kos keseluruhan ekspedisi global ini mencecah hampir RM400,000, dan krisis kehidupan peribadi menjadi pencetus untuk beliau melakukan sesuatu yang benar-benar bermakna buat diri sendiri.
Kisah wanita 58 tahun jelajah 7 benua dengan motosikal 150cc ini menjadi sumber inspirasi besar, terutamanya buat golongan remaja dan generasi muda. Ia membuktikan bahawa minat boleh bermula pada bila-bila masa, dan keberanian untuk mencuba merupakan langkah pertama menuju perubahan besar dalam hidup.
Lebih daripada sekadar pengembaraan, perjalanan Anita Yusof mengajar erti keberanian, keyakinan diri dan ketabahan. Jika beliau mampu mengejar impian pada usia 58 tahun, tiada alasan untuk generasi muda terus menangguhkan cita-cita. Kadangkala, apa yang diperlukan hanyalah keberanian untuk bermula.
Wah, mesti kesemua rakyat Johor berbangga dengan kemenangan tersebut.
Anugerah Stadium of the Year merupakan sebuah anugerah yang telah diadakan sejak 11 edisi yang lalu.
Pada setiap tahun, ahli komiti daripada Stadium DB akan menyenaraikan stadium-stadium baharu dari seluruh dunia yang dilengkapi dengan kemudahan canggih, rekaan menarik dan moden serta segala ciri-ciri yang dicari oleh para pemain, pasukan dan penonton bagi menyaksikan perlawanan bola sepak dengan selesa.
Istimewanya bagi edisi 2020, stadium pertama dari Malaysia telah dicalonkan untuk anugerah tersebut. Stadium mana lagi kalau tidak lain tidak bukan Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi kubu kuat pasukan JDT.
Ia telahpun tersenarai sebagai salah satu daripada 20 buah stadium paling menarik sepanjang tahun lalu. Hasil daripada undian orang awam serta juri yang dilantik, Stadium Sultan Ibrahim berjaya dinobatkan sebagai pemenang Stadium of the Year 2020!
Menerusi muat naik di media sosial rasmi JDT, stadium tersebut telah mengatasi beberapa stadium ikonik lain dengan 21,821 undi setelah undian ditutup pada 7 Mac lalu.
Stadium DB pula berkata, lebih separuh daripada jumlah itu datang daripada rantau Asia Tenggara terutamanya dari Malaysia.
Antara stadium yang berjaya ditewaskan olehnya termasuklah Education City Stadium di Qatar, Corum Sehir Stadyumu di Tuki, Batumi Stadium di Georgia, AS, Xi’an OSC Stadium di China dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan, pasukan JDT telahpun berpindah ke stadium di bandar Iskandar Puteri ini yang boleh memuatkan seramai 35,000 orang penonton itu pada 22 Februari tahun lalu.
Terletak di atas tapak seluas 11.3 hektar, ia mempunyai teknologi moden lampu spotlight LED dan lampu berwarna-warni yang dipancarkan di bahagian luar stadium.
Selain itu, Stadium Sultan Ibrahim ini juga menggunakan rumput original Zeon Zoysia yang merupakan di antara rumput berkualiti tinggi bagi perlawanan bola sepak serta menerapkan sistem perparitan air yang canggih.
Semua itu adalah hasil rekaan Saadon Architect dan ia memakan kos sebanyak RM200 juta.
Tahniah JDT!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama yang tidak asing dalam dunia motivasi tanah air, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah yang lebih mesra digelar ‘Tok Abah’ kembali menjadi perhatian apabila beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-49, Sidang 2.
Pengiktirafan besar ini mengukuhkan lagi legasi beliau yang sudah hampir lima dekad mencurahkan ilmu, membimbing masyarakat dan membangunkan modal insan.
Lima Dekad Ilmu & Jiwa, Kenapa Pengiktirafan Ini Penting
Anugerah ini bukan sekadar simbol akademik, tetapi mengiktiraf sumbangan Tok Abah dalam pendidikan karakter dan sahsiah, program motivasi dan pembangunan diri, kepimpinan, keluarga dan komunikasi efektif serta pembinaan modul latihan untuk institusi pendidikan dan agensi kerajaan.
Jejaknya di UPM bermula sejak 1977, dan sepanjang 16 tahun berkhidmat, beliau turut menjadi Timbalan Pengarah Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan (PPPL), membangunkan modul kecemerlangan diri yang masih menjadi rujukan hingga hari ini. Bagi ramai pendidik dan pelajar, kerja keras beliau menjadi asas penting dalam membangunkan modal insan negara. Tokoh seperti Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah sering dianggap ikon kecemerlangan yang tidak pernah berhenti berbakti.
“Tanpa Keikhlasan, Kita Mudah Letih” , Pesanan Yang Kena Tepat Untuk Remaja
Dalam ucapan penerimaan, Tok Abah menyampaikan pesanan yang sangat dekat untuk generasi kini:
“Tanpa keikhlasan, kita mudah letih dan tertekan. Ilmu hanya benar-benar bermakna apabila kita gembira ketika menyampaikannya.”
Beliau mengingatkan bahawa kejayaan bermula daripada niat, manakala ilmu menjadi berkesan apabila disampaikan dengan hati yang bersih dan jiwa yang tenang. Ini adalah nasihat yang relevan untuk pelajar, pencipta konten, bakal pemimpin dan semua remaja yang sedang membina masa depan. Tidak hairanlah, nasihat seperti ini sentiasa dikaitkan dengan kebijaksanaan Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah yang telah lama menjadi suara inspirasi anak muda Malaysia.
Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang berkenan menyampaikan ijazah kehormat berprestij itu.
Pengaruh Merentas Negara, Malaysia Jadi Rujukan Serantau
Dedikasi Tok Abah tidak berhenti di dalam negara. Beliau pernah dijemput sebagai penceramah utama di Singapura, Brunei, Timur Tengah dan Eropah. Nilai motivasi yang dibawa berteraskan Islam, keluarga dan karakter menjadikan Malaysia sebagai rujukan dalam bidang motivasi dan pendidikan pengembangan.
Ramai peserta antarabangsa turut menyatakan bahawa pendekatan beliau mudah difahami dan memberi kesan jangka panjang. Kebolehan Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah menyampaikan mesej secara lembut tetapi tegas menjadikan beliau antara tokoh pembangunan diri yang dihormati serantau.
Penghargaan Demi Penghargaan, Tetapi Sikap Ikhlas Tetap Jadi Asas
Antara anugerah besar yang pernah diterima termasuk Darjah Kebesaran DSSA (1996), Tokoh Ma’al Hijrah dan Anugerah Belia Felda Malaysia (2008). Namun, di sebalik semua gelaran, Tok Abah sering menegaskan bahawa keikhlasan, konsistensi dan dedikasi jauh lebih penting daripada penghargaan.
Beliau juga mengingatkan bahawa pendidik dan pemimpin perlu “Membangunkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengembangkan masyarakat.” Prinsip ini amat selari dengan falsafah pendidikan yang diperjuangkan oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah sepanjang kerjayanya.
Legasi Yang Tidak Akan Berhenti
Penganugerahan oleh UPM ini menjadi satu lagi bab penting dalam perjalanan panjang Tok Abah sebagai pendidik, motivator dan pembina generasi. Lebih daripada sekadar gelaran, pesanan akhirnya cukup mendalam: “Sampaikan ilmu dengan hati yang ikhlas dan kegembiraan. Utamakan pembangunan diri sebelum memimpin orang lain.”
Itulah kunci sebenar membina impak yang berkekalan—dan itulah warisan Tok Abah untuk generasi muda hari ini. Ramai yang percaya bahawa legasi seperti ini akan terus memberi manfaat kepada masyarakat, terutama apabila tokoh seperti Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah terus aktif berkongsi ilmu melalui platform moden seperti televisyen, seminar dan media sosial.
Terbaru, pelumba basikal trek yang semakin meningkat naik Sawda Hasbullah terus melakar sejarah tersendiri apabila meraih emas peribadi keduanya dengan mengungguli acara pecut remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 di Velodrom Nasional, Nilai pada Selasa.
Dalam pada itu, Sawda memastikan emas miliknya selepas menewaskan pelumba Korea Selatan, Park Hye Rin dengan keputusan 2-0 di pentas final.
Pada Ahad lalu, Sawda mencipta sensasi apabila memecahkan rekod remaja wanita Asia yang juga rekod dunia dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa, sekaligus menghadiahkan emas pertama buat skuad berbasikal trek remaja negara di ATC 2025.
“Saya terlepas peluang meraih emas dalam acara pecut berpasukan dan keirin, jadi saya berusaha sebaik mungkin dalam acara pecut hari ini”
“Apa pun, saya sangat berpuas hati dengan penampilan saya di ATC,” katanya, yang turut meraih pingat perak menerusi acara pecut berpasukan wanita.
Pencapaian di ATC kali ini menjadikan Sawda sebagai atlet wanita pertama dalam kategori remaja yang berjaya menghadiahkan pingat buat Malaysia sepanjang penyertaan dalam kejohanan kompetitif itu.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
K.O.I mencipta kejutan gemilang apabila lagu Tiwikarma dinobatkan sebagai juara AJL 40, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.