Hasrat penyanyi Wani Kayrie untuk bergelar penasihat undang-undang bakal tercapai selepas menggenggam ijazah pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU).
Lebih membanggakan lagi apabila, penyanyi lagu popular Jangan Jangan itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) cemerlang bagi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan.
Berita gembira tersebut dikongsikan Wani sendiri yang menyiar semula (repost) hantaran syarikat naungannya iaitu Rocketfuel Entertainment menerusi platform Instagram.
Ads
Pihak Rocketfuel Entertainment turut menitipkan ucapan tahniah kepada Wani yang merupakan artis naungan mereka atas kejayaan yang dikecapi.
“Tahniah Wani Kayrie berjaya menerima anugerah dekan untuk Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang & Perdagangan.
Ads
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat penyanyi berusia 24 tahun itu tampil cantik mengenakan jubah konvokesyen berona hitam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid menzahirkan kesyukuran proses melahirkan cahaya mata ketiganya dipermudahkan selepas dia selamat menimang bayi perempuan secara normal, hari ini.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, bekas peserta program Dewi Remaja itu memuat naik foto cahaya mata perempuannya yang didukung suami tercinta, Raf Yaakob.
Mawar dan Raf bagaimanapun belum berkongsi wajah cahaya mata mereka dan menutup muka bayi itu dengan emoji.
“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Saya bersalin secara normal, macam dua orang anak saya, Rafael dan Cinta. Terima kasih semua atas doa-doanya,” tulisnya ringkas.
Selain itu juga, pelakon drama Kalis Kasih itu turut mengumumkan nama bayi ketiganya iaitu Raden Seri Riyanna Sayang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis tidak terlepas peluang meniupkan doa yang baik-baik buat bayi mereka.
Sekadar informasi, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rossabella Cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pernah dengar tentang negara bernama Barbados? Kalau nak tahu, Barbados merupakan negara kepulauan yang terletak di persempadanan. Laut Caribbean dan Lautan Atlantik.
Popular dengan industri pelancongan, negara ini memiliki pengaruh kuat Britain kerana pernah jajah oleh negara tersebut.
Walaupun telah merdeka pada tahun 1966, Ratu England iaitu Queen Elizabeth II masih memegang tampuk Ketua Negara atau dikenali sebagai Head of State. Walaupun berstatus sebagai ketua negara, Queen Elizabeth II bukanlah sentiasa ke negara kepualuan itu sebaliknya baginda diwakili oleh Gebenor Jeneral. Kerajaan negara ini pula diterajui oleh Perdana Menteri.
Ketika Ditabalkan Sebagai Ratu England Sejurus Kemangkatan Ayahanda Baginda.
Terbaru dalam laporan BBC News dan CNN, kerajaan Barbados akan menggugurkan Queen Elizabeth II sebagai ketua negara sekaligus menjadikan kerajaan negara tersebut sebagai kerajaan republik sepenuhnya tahun hadapan.
Dalam ucapan yang ditulis oleh Perdana Menteri Mia Mottley, dia menyatakan bahawa rakyat Barbados mahukan seorang ketua negara yang berasal dari negara tersebut. “Ini adalah pernyataan keyakinan mutlak mengenai siapa kita dan apa yang kita mampu capai,” ujar Mottley dalam ucapan itu.
Peralihan ini disifatkan sebagai satu anjakan yang untuk membawa negara itu ke satu tahap yang lebih tinggi bersempena dengan kemerdekaan yang ke-55 negara itu pada bulan November 2021.
Kalau korang nak tahu, Barbados merupakan negara kelahiran selebriti popular Rihanna!
****P/S- Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dengan konsep Raja Berpelembagaan. Hormatilah dan hayatilah kebebasan yang dimiliki dengan rasa bertuah kerana kita memiliki Ketua Negara, iaitu Yang Dipertuan Agong dalam memastikan kestabilan negara serta mengasihi rakyat. Selamat Hari Malaysia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namanya kian bersinar selepas kejayaan beberapa filem yang dibintanginya. Bakat lakonan juga kian terserlah dalam filem Sonu Ke Titu Ki Sweety, Pyaar Ka Punchnama dan Bhool Bhulaiyaa 2.
Tambahan pula dengan pakej wajah yang kacak, tinggi dan berkulit sawo matang, pelakon yang kian menjadi gilaan ramai itu katanya bakal menggantikan pelakon terkenal Shah Rukh Khan?
Namun, aktor Kartik Aaryan mengakui dia masih belum bersedia untuk menerima gelaran ‘Raja Bollywood’. Memetik laporan Hindustantimes, Kartik memberitahu perjalanan dalam karier seninya masih jauh dan tidak sesuai lagi untuk berada satu taraf dengan Shah Rukh Khan.
“Saya tidak tahu tentang kepentingannya tetapi setiap kali saya mendapat gelaran ini (Raja), sudah tentu saya berasa baik pada mulanya. Saya rasa, saya tidak mahu menerima gelaran raja. Saya masih mempunyai perjalanan yang jauh, jadi masih awal untuk mengatakannya. Tapi Saya akan mengambil gelaran ‘putera raja’… saya bergurau,” katanya.
“Saya rasa gembira dengan semua kasih sayang yang mula-mula datang selepas kejayaan Sonu Ke Titu Ki Sweety atau selepas Pyaar Ka Punchnama dan kini selepas Bhool Bhulaiyaa 2,” ujarnya.
Gambar bersama Kriti Sanon dalam filem box office Luka Chuppi
Simpan Impian Sertai Marvel
Kartik Aaryan juga menyimpan impian untuk menjadi sebahagian dari filem Marvel Cinematic Universe (MCU). Menurut Kartik, dia menyimpan impian itu selepas melihat kehebatan filem terbitan Marvel terbaharu iaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness baru-baru ini.
Malah, pelakon berusia 32 tahun itu juga memuji penghasilan filem tersebut yang dilihat telah mencipta satu magik.
“Saya ada menonton filem Dr. Strange di panggung wayang baru-baru ini. Dan saya terus terfikir yang saya mahu menjadi sebahagian dari Marvel.
Fakta Kartik bagi korang yang belum mengenalinya :
1. Sebelum menjadi model dan pelakon dalam filem Bollywood, Kartik pernah belajar di Jabatan Kejuruteraan Bioteknologi
2. Sebagai pelakon Bollywood, dia mempunyai hubungan rapat bersama beberapa pelakon, seperti Kriti Sanon dan Ananya Pandey.
3. Kartik Aaryan adalah nama popularnya, nama sebenar pelakon kacak ini ialah Kartik Tiwari
4. Pada mulanya, Kartik tidak memberitahu ibu bapanya tentang cita-citanya dalam bidang lakonan. Dia memberitahu hasratnya selepas mendapat kontrak dalam filem pertama Kartik.
5. Hampir berusia 30 tahun, namun Kartik kelihatan seperti masih remaja, kan?
6. Bagi mengekalkan kecergasannya, Kartik tidak lupa meluangkan masa untuk bersenam walaupun sibuk dengan urusan harian.
7. Ranveer Singh suka menjodohkan Kartik dengan pelakon Sara Ali Khan
8. Walaupun masih baru dalam bidang lakonan, pelakon yang mendakwa mengagumi Shah Rukh Khan ini cukup diperlukan dalam industri Bollywood.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.