Langkah pasukan bola sepak Portugal yang terhenti di pusingan 16 pasukan terbaik UEFA UERO 2020, Isnin lalu masih sukar untuk dihadam oleh skuad dan peminat Portugal.
Impian juara bertahan itu untuk sampai ke perlawanan terakhir tersekat dengan kekalahan 0-1 kepada Belgium. Lalu ia memberi ruang kepada 8 pasukan lain seperti The Red Devils, Switzerland, Czech Republic, Denmark, Ukraine, England dan dua lagi nama besar iaitu Sepanyol (juara EURO 2012 & Piala Dunia 2010) serta Itali (juara Piala Dunia 2006) untuk menjulang piala tersebut.
Penyerang utama Portugal iaitu Cristiano Ronaldo umpamanya kelihatan kecewa dengan keputusan tersebut. Menerusi hantaran di Instagram, beliau memohon maaf kerana tidak dapat melaksanakan impian rakyat Portugal.
Namun, biarpun diselubungi rasa kecewa, nampaknya pengaruh Ronaldo langsung tidak terkesan. Malah, jumlah pengikut Instagram pemain kelab Juventus itu terus mencanak dan pendapatan yang diperolehinya menerusi aplikasi media sosial itu juga meningkat.
Ads
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Hopper HQ, Ronaldo merupakan penerima pendapatan tertinggi di Instagram dan atlet paling dikenali di Instagram; sekaligus mengenepikan ‘saingan’ terdekatnya seperti Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Ariana Grande dan Kylie Jenner.
Dengan sejumlah 308 juta orang pengikut yang dikumpul Ronaldo, pemain berusia 36 tahun ini dilaporkan memperolehi kira-kira RM6.6 juta setiap kali beliau memuat naik hantaran di Instagram. Jumlah itu adalah 54% lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Bayangkan sajalah, ketika lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia, muat naik takziah Ronaldo memperolehi 20 juta likes. Agak-agak, berapa nilai pendapatan yang diperolehinya menerusi satu hantaran itu saja?
Tidak hairanlah Ronaldo tidak kisah dengan tindakannya mengalihkan botol minuman Coca Cola di atas meja sidang media EURO 2020 bulan lalu walapun ia dipercayai membuatkan syarikat minuman gergasi itu tidak berpuas hati.
Seperti yang kita sedia maklum, Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang berjaya dalam mengekang penularan kes Covid-19. Lebih dari setahun negara tersebut tidak mencatatkan sebarang kes positif, aktiviti harian kerajaan, perniagaan serta aktiviti rakyat berjalan normal seperti sebelumnya.
Namun begitu, kelmarin Kementerian Kesihatan Brunei telah melaporkan terdapat lapan kes baharu Covid-19 di negara itu setelah lebih 457 hari bebas virus tersebut. Tujuh kes merupakan kes tempatan dan satu kes merupakan kes import. Dengan penambahan kes ini, Brunei setakat ini mencatat hanya 347 kes sepanjang pandemik tersebut melanda dunia.
“Lima kes terbaru ini iaitu kes 340 hingga kes 344 didapati memiliki kaitan dengan pusat pemantauan di negara ini. Lima kes ini tidak memiliki sejarah perjalanan ke luar negara dalam masa beberapa bulan sebelumnya. Kluster ini dipercayai terdedah salah seorang kes import yang tiba di Brunei Darussalam,” lapor Menteri Kesihatan Brunei, Dr Isham Jaafar.
Difahamkan lima individu dari tujuh kes tempatantersebut telah menerima sekurang-kurangnya satu dos Covid-19, manakala dua lagi belum menerima suntikan. Mereka berusia di antara 24 sehingga 54 tahun.
Manakala untuk kes ke lapan iaitu kes import melibatkan lelaki berusia 37 tahun yang tiba di negara itu pada 30 Julai 2021 dari Timur Tengah melalui Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei B1847 telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
P/S – Pesanan untuk pembaca, sudah lengkap vaksinasi tidak bermakna anda tidak akan dijangkiti. Tujuan vaksinasi adalah untuk mengurangkan kesan yang bakal diterima sekiranya anda dijangkiti sekaligus membantu menyelamatkan nyawa anda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syarikat mobiliti global ECA International telah mengeluarkan senarai tahunan bandar paling mahal di dunia untuk didiami, dan sekali lagi Hong Kong telah menduduki tempat pertama dalam senarai.
Hal ini diambil kira berdasarkan beberapa faktor, termasuklah harga purata bahan makan di rumah seperti susu dan minyak masak, sewa, utiliti, pengangkutan awam dan kekuatan mata wang tempatan.
Ini merupakan kali ketiga tahun berturut-turut Hong Kong menjadi bandar paling mahal di dunia dalam indeks ECA. Indeks itu juga secara khusus memberi tumpuan kepada pekerja asing dan ekspatriat. Lebih mengejutkan lagi, keputusan itu menunjukkan bahawa Asia sebagai benua paling mahal apabila lima bandar raya seperti Hong Kong, Tokyo, Shanghai, Guangzhou dan Seoul menduduki tempat 10 teratas dalam senarai.
Selain itu juga, Asia menunjukkan peningkatan dalam senarai keseluruhan dan menjadi antara bandar paling pesat. Sri Lanka melonjak 23 anak tangga daripada kedudukan 162 kepada 149.
Pengarah Serantau ECA Asia, Lee Quane menjelaskan negara China semakin meningkat dalam indeks tersebut adalah kerana majoriti bandar-bandar tanah besar China mempunyai kadar inflasi yang lebih tinggi daripada biasa. Oleh itu, sebab utama peningkatan kedudukan mereka adalah kerana kekuatan Yuan China berbanding mata wang utama lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelik bukan? Kebiasaannya kalau kita takutkan sesuatu pasti kita cuba elakkan dari bertemu ataupun melalui lokasi tersebut. Namun lain pula cerita gadis manis berusia 12 tahun yang berasal dari Australia ini. Ketika anak muda seusia dengannya rancak meluangkan masa dengan gajet ataupun bersosial, bagi TJ Kleeman dia memilih untuk melawat tapak perkuburan tempatan berdekatan rumahnya dan membersihkannya.
Dia akan meluangkan masa sebanyak tiga kali seminggu untuk ke situ dan membersihkan setiap kubur dari daun dan kemudiannya akan memberus kubur-kubur tersebut agar tidak diselaputi lumut dan kotoran.
Hobi membersihkan kubur ini bukanlah datang dengan sendirinya. Namun segalanya bermula apabila keluarganya berpindah ke rumah baharu mereka yang terletak sangat dekat dengan kubur. Ujarnya kepada ABC, “Saya sangat takut memikirkan kubur tersebut hanya terletak di belakang rumah. Kemudian ibu saya mengajak saya untuk melihatnya menerusi laman belakang rumah kami dan menginspirasikan idea untuk membersihkan kubur-kubur tersebut.”
Ternyata dengan berbuat demikian perasaan takut akan kubur lenyap sebaliknya kepuasan tercapai apabila melihat kawasan tersebut nampak kemas dan cantik. Sehingga kini dia dan juga ibunya sudah melakukan kerja amal membersihkan kawasan kubur tersebut selama sembilan tahun.
Pelajar di Sekolah Tinggi Tweed River ini telah dianugerahkan Tweed Shire’s 2020 Young Achiever in Community Service pada hari Australia yang lalu. Bercakap mengenai penganugerahan itu, TJ berkongsi, “Saya berharap kerja kesukarelawanan ini menjadi inspirasi kepada orang lain. Anda juga boleh buat begini dan membantu orang lain. Mungkin bukan di kubur, boleh jadi benda lain. Melakukan kerja servis komuniti ini akan membuatkan ada rasa puas.”
*** P/S- Agak-agak korang berani tak buat kerja komuniti membersihkan kubur?