Wakil 23 Tahun Dari Malaysia Kalahkan 17 Lawan Asia Tenggara, Bawa Pulang USD15,000!

Share

 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah pemenang KIX RU Tough Enough South East Asia (SEA) pada hari ini nampak pada kekuatan tenaga, stamina dan mental yang kuat!

 

Malaysia mampu berbangga apabila wakil negara, Seah Zhang Yu, 23 berjaya mengenepikan saingan 17 orang peserta lain termasuk 3 peserta Malaysia untuk muncul juara RU Tough Enough SEA sebentar tadi.

Bertempat di Sunway Pyramid Petaling Jaya, RU Tough Enough sekali lagi kembali dengan kerjasama saluran KIX Asia bersama penaja Fisherman’s Friend untuk mencari insan terkuat.

Bezanya kali ini berbanding tahun-tahun lalu, ia dibuka kepada 18 orang peserta dari beberapa buah negara di Asia seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Hong Kong.

Akhinya selepas melepasi beberapa cabaran yang memerlukan daya tahan fizikal dan mental yang kuat, atlet sukan MMA dari Pulau Pinang iaitu Seah Zhang Yu diumumkan sebagai juara keseluruhan.

Sekaligus, Zhang Yu membawa pulang wang tunai USD15,000 (kira-kira RM60,000) dan gelaran juara RU Tough Enough SEA 2019.

Zhang Yu bersama naib juara dari Thailand.

”Walaupun saiz badan saya lebih kecil berbanding lawan dari Thailand sebentar tadi, saya tak menyerah kalah dan cuba untuk habiskan cabaran.

”Saya ketinggalan kepadanya pada peringkat pertengahan. Tapi setelah dia gagal untuk menyudahkan peringkat terakhir iaitu memanjat tembok, berserta sokongan padu daripasa penyokong Malaysia di sekeliling saya, saya hanya lakukan yang terbaik untuk negara saya.

”Saya tak sangka dapat bergelar juara pada hari ini. Ini semua berkat sokongan keluarga, kawan dan penyokong Malaysia. Terima kasih!” katanya selepas dinobatkan pemenang oleh juara tahun lalu, Mohammad Saddam.

Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada Zhang Yu.

 

IKLAN