
Kita recap sikit apa itu Movember. Bagi siapa yang masih belum tahu, November adalah bulan istimewa untuk lelaki di seluruh dunia sebagai tanda memperingati kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka.
Oleh sebab itu, ramai lelaki yang tidak akan mencukur jambang dan misai mereka sebagai tanda sokongan.
Macam seperti selebriti-selebriti Hollywood ni, lain betul la kalau tengok muka sebelum dan selepas berjambang. Tapi gambar-gambar ni bukanlah diambil sempena mereka menyambut Movember tau..
Remaja cuba nak tampilkan je wajah mereka ni sebelum dan selepas berjambang.
1. Brad Pitt

2. Ryan Reynolds

3.Ben Affleck

4. Zac Efron

5. Drake

6. Hugh Jackman

7. Leonardo DiCaprio

8. Justin Timberlake

9. Robert Pattinson

10. David Beckham

11. Jude Law

12. Shia LaBeouf

13. James Franco

Hm, agak-agak mana lebih smart. Sebelum atau selepas berjambang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
15 Pelakon Wanita Paling Cantik Di Korea Hasil Undian Peminat, Siapa Nombor 1?

Pelakon Korea sering mendapat perhatian peminat bukan hanya di negara mereka, malah seluruh dunia. Terbaharu, laman web KingChoice telah membuat tinjauan berkaitan k-pop untuk peminat mengundi siapakah pelakon wanita paling cantik.
Dengan jumlah lebih sejuta undian untuk 30 pelakon wanita berbeza, berikut adalah 15 selebriti Korea yang telah mendapat undian tertinggi bagi kategori pelakon paling cantik.
BACA: 11 Foto Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap, Masih Maintain Cantik
Jom kita lihat siapa yang berjaya memikat hati peminat di Korea.
1. Kim Jisoo

Pelakon drama Snowdrop ini menerima undian tertinggi sebanyak 368,473 undi (28%) menerusi tinjauan yang telah dibuat.
2. Kim So Hyun

Menerima undian sebanyak 175,532 (13.3%)
3. Seo Ye Ji

Bintang It’s Okay to Not Be Okay menerima undian sebanyak 153,958 undi dengan 11.7 peratus.
4. Lee Se Young

Menerima undan sebanyak 141,811 undi (10.8%)
5. Kim Go Eun

Pelakon kecil molek ini menerima undian sebanyak 109,674 undi dengan 8.3 peratus.
6. Bae Suzy

Menerima sebanyak 61,639 undi (4.7%)
7. Son Ye Jin

Pelakon Thirty-Nine ini pula menerima undian sebanyak 60,486 undi (4.6%)
8. Song Hye Kyo

Menerima undian sebanyak 53,149 undi (4.0%)
9. Han So Hee

Pelakon wanita berusia 28 tahun ini berada di kedudukan kesembilan dengan undian sebanyak 39,627 undi (3.0%)
10. Kim Yoo Jung

Menerima undian sebanyak 31,424 (2.4%)
11. IU

Menerima undian sebanyak 26,758 undi (2.0%)
12. Kim Ji Won

Pelakon drama Arthdal Chronicles menerima undian 23,448 undi (1.8%)
13. Park Min Young

Menerima undian sebanyak 16,485 undi (1.3%)
14. Han Hyo Joo

Menerima undian sebanyak 8,744 undi (0.7%)
15. Shin Min Ah

Pelakon Hometown Cha Cha Cha menerima undian sebanyak 8,427 undi (0.65%)
Macam mana korang bersetuju atau tidak?
BACA: Gambar Selebriti Wanita Korea Terkenal Era 2000-an Dulu Vs Sekarang
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wakil 23 Tahun Dari Malaysia Kalahkan 17 Lawan Asia Tenggara, Bawa Pulang USD15,000!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah pemenang KIX RU Tough Enough South East Asia (SEA) pada hari ini nampak pada kekuatan tenaga, stamina dan mental yang kuat!
Malaysia mampu berbangga apabila wakil negara, Seah Zhang Yu, 23 berjaya mengenepikan saingan 17 orang peserta lain termasuk 3 peserta Malaysia untuk muncul juara RU Tough Enough SEA sebentar tadi.

Bertempat di Sunway Pyramid Petaling Jaya, RU Tough Enough sekali lagi kembali dengan kerjasama saluran KIX Asia bersama penaja Fisherman’s Friend untuk mencari insan terkuat.
Bezanya kali ini berbanding tahun-tahun lalu, ia dibuka kepada 18 orang peserta dari beberapa buah negara di Asia seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Hong Kong.

Akhinya selepas melepasi beberapa cabaran yang memerlukan daya tahan fizikal dan mental yang kuat, atlet sukan MMA dari Pulau Pinang iaitu Seah Zhang Yu diumumkan sebagai juara keseluruhan.
Sekaligus, Zhang Yu membawa pulang wang tunai USD15,000 (kira-kira RM60,000) dan gelaran juara RU Tough Enough SEA 2019.

”Walaupun saiz badan saya lebih kecil berbanding lawan dari Thailand sebentar tadi, saya tak menyerah kalah dan cuba untuk habiskan cabaran.
”Saya ketinggalan kepadanya pada peringkat pertengahan. Tapi setelah dia gagal untuk menyudahkan peringkat terakhir iaitu memanjat tembok, berserta sokongan padu daripasa penyokong Malaysia di sekeliling saya, saya hanya lakukan yang terbaik untuk negara saya.
”Saya tak sangka dapat bergelar juara pada hari ini. Ini semua berkat sokongan keluarga, kawan dan penyokong Malaysia. Terima kasih!” katanya selepas dinobatkan pemenang oleh juara tahun lalu, Mohammad Saddam.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada Zhang Yu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau Takut Nak Demand Gaji Masa Interview, Guna 3 Taktik Win-Win Situation Seperti Yang Dilakukan Gadis Ini

Tanya saja pada graduan universiti hari ini, bila cari kerja apa perkara pertama yang mereka mahu kan daripada syarikat tempat mereka bekerja?
Selain ingin menimba ilmu dan pengalaman, bohonglah jika bukan jumlah gaji adalah perkara pertama yang bermain di fikiran sewaktu datang menghadiri temu duga.
Tapi sebab tak mahu nampak sangat seperti mata duitan, ramai yang takut untuk mengutarakan soalan ini dan hanya menerima tawaran yang diberi walaupun gaji yang ditawarkan tidaklah begitu memberangsangkan.
Namun, korang tahu tak sebenarnya jika majikan tidak menawarkan gaji seperti yang diharap, ada cara yang boleh dilakukan sebelum menerima tawaran mereka bulat-bulat?
Nah, apa kata cuba ikut tip yang diberikan oleh maukerja.my dan jangan risau kerana apa yang di kongsi kan ini tidak akan sesekali menjejaskan persepsi majikan. Tapi diingatkan kalau nak demand pun janganlah sampai terlalu tinggi sehingga melepasi tahap piawaian,tambah pula jika korang tu graduan muda.
So, kalau tak nak tersilap langkah ketika sesi temu duga, jom ikut panduan ini.
1. “Apa yang saya boleh lakukan untuk mendapat gaji sejumlah RMXXXX?

Semasa sesi temu duga, majikan akan menerangkan tentang jobscope yang perlu korang lakukan dan kadang ia mungkin di luar bidang kuasa.
Bergantung sama ada mahu terima atau tidak, jika mahu pastikan korang buktikan kepada mereka yang korang boleh melaksanakannya dengan baik dan tunjukkan kesungguhan dalam melakukan setiap tugasan dalam masa yang ditetapkan.
2. Ketahui manfaat yang bakal diterima

Satu lagi cara yang boleh korang buat adalah dengan bertanyakan tentang manfaat yang akan diperoleh jika bekerja di situ, seandainya gaji tidak begitu memberangsangkan (elaun, parking, overtime).
Ada syarikat yang menawarkan gaji sedikit tetapi elaun tinggi dan ada juga yang tidak memperuntukkan apa-apa manfaat. Oleh sebab itu, penting untuk korang bertanyakan tentang perkara ini sebelum membuat keputusan.
3. Terangkan kelebihan dan kemahiran yang ada

Bagi mereka yang sudah mempunyai pengalaman bekerja, beritahu kemahiran yang korang ada sepanjang bekerja di tempat lama. Ini juga adalah salah satu cara untuk meminta supaya gaji diupgrade kan.
Okay kalau nak tahu lebih lanjut, boleh refer pada video ini juga.
Sumber: maukerja.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

