Dalam rutin penjagaan wajah, selain pencuci, moisturizer juga dianggap penting dalam memastikan sentiasa kekal lembap dan tidak kering.

Namun begitu ramai yang mengabaikan pemakaiannya kerana merasakan mencuci wajah sahaja sudah mencukupi.

ARTIKEL BERKAITAN : Tunku Azizah Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan, ‘Simple’ Betul!

Wajah Jadi Tua Sebab Jeragat & Kering , 6 Pilihan Pelembap Berkesan!

Wajah Jadi Tua Sebab Jeragat

Tetapi sebenarnya pengabaian memakai pelembap ini setiap kali lepas mencuci wajah boleh menyebabkan punca wanita itu senang memiliki kulit berjeragat.

Malah jeragat juga boleh terjadi akibat kulit yang tidak dilindungi dari sinar UV.

Jadi pemakaian moisturizer bersesuaian sangat penting bagi mengelak berlakukan masalah jeragat ini.

Jangan Skip Pakai Moisturizer

Disenaraikan antara 6 pelembap terbaik untuk penjagaan wajah.

1. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30

Wajah Jadi Tua Sebab Jeragat & Kering , 6 Pilihan Pelembap Berkesan!

Krim dari jenama Garnier Sakura White Pinkish Radiance ini diperkaya dengan ekstrak bunga Sakura yang diimport khas daripada Jepun serta mengandungi Vitamin B3 dan Vitamin C. Ianya menyerap masuk ke lapisan kulit paling dalam untuk memberi pencerahan kulit satu tona lebih sekata, bintik hitam mula tampak berkurangan dan tiada lagi masalah liang pori tersumbat.

Ads

Diformulasi sesuai untuk kulit yang sensitif ‘melampau’, gunakan krim pelembap ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil dalam masa hanya 4 minggu sahaja. Juga mampu mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat dan kulit menjadi lebih lembut serta kurang berminyak.

Tekstur yang ringan krim ini dapat menenangkan kulit terutamanya jenis bermasalah seperti sensitif dan kering.

 

2. The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Cream

Wajah Jadi Tua Sebab Jeragat & Kering , 6 Pilihan Pelembap Berkesan!

Pelembap atau moisturizer adalah kunci utama dalam rejimen penjagaan wajah, ini kerana pelembap merupakan asas atau penghadang buat kulit anda dari pencemaran berbahaya. Oleh itu, memang sangat penting buat anda yang memiliki kulit kering untuk memakai pelembap 2 kali sehari.

Diformulasi dengan Vitamin E, pelembap ini non-greasy dan melindungi kulit anda daripada radikal bebas. Mengandungi Biofermented Hyaluronic Acid, minyak zaitun dan Shea Butter, kulit wajah anda akan tampak lebih segar serta tampil lebih berseri hari demi hari.

Ads

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya buat anda yang alami masalah kering melampau. Pelembap ini tidak mengandungi sebarang pewangi tiruan atau pengawet tambahan. Malahan, ianya mampu membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda.

 

3. Bio Essence Be Bio-Hydra Aqua Moisturizing Gel

Terbaik untuk digunakan tidak kira bila-bila masa dan sesuai untuk cuaca di Malaysia yang tidak menentu. Jika anda selalu berada di dalam bilik berpenghawa dingin, gunakan pelembap yang berasaskan bahan dasar air (water-based) ini. Diperkaya dengan esktrak Cranberry, minyak Olive dan Jeju Marine Algae, pelembap ini menghalang kulit wajah anda dari radikal bebas.

Mengandungi 2 jenis asid, Power Nano Hyaluronic dan Hyaluronic, krim pelembap ini kurang bersesuaian dengan kulit kering dan sensitif. Ini kerana dikhuatiri akan bertindak balas menjadi tegang, gatal, bertambah kering dan ‘flakey’.

Wajah Jadi Tua Sebab Jeragat & Kering , 6 Pilihan Pelembap Berkesan!

4. Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream

Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream ini memiliki formula tidak melekit dengan hydra-firming complex + amino-peptide complex yang dapat membantu mengekalkan kulit muka agar kelihatan lebih awet muda. Produk ini juga tidak mengandungi pewangi tambahan dan selamat untuk digunakan setiap malam. Selamat tinggal garis halus!

Ads

5. SAFI Perfect White Illuminating Day Cream

Bila nak cari produk, pasti ada di antara kita lihat sama ada produk tersebut lakukan ujian klinikal atau tidak. Bukan apa, lebih rasa terjamin. Jadi, produk ini terbukti dari ujian klinikal berkesan untuk mengurangkan dark spot, tona tidak sekata dan mencerahkan kulit anda.

Antara bahan yang menjadikan kulit lebih cerah adalah Nano Biowhite serta Kakadu Plum yang kaya dengan vitamin C sehingga 100x dari buah oren.  Pastinya kulit anda akan nampak lebih berseri jika menggunakannya secara berterusan.  Bila ada B3 (Niacinamide), kulit juga makin cerah sekaligus masalah jeragat anda juga makin pudar.

Wajah Jadi Tua Sebab Jeragat & Kering , 6 Pilihan Pelembap Berkesan!

6. Wardah C-Defence Mousse Moisturizer

Jimat dan berkesan kerana dapat berfungsi sebagai pelembap dan primer untuk wajah anda. Bila malas nak bersiap, gunakannya je Wardah C Defence Mousse yang mempunyai spf, cukup untuk melindungi kulit anda.

Liang pori yang jelas kelihatan juga boleh dikurangkan tau, kulit juga makin lembap dan segar.  Hi Grade vitamin C berfungsi mencerah kulit anda agar lebih kelihatan bersih, sihat dan mengurangkan jeragat pada wajah.  Harga pun tak mahal, banyak fungsi dan kebaikan.

Wajah Jadi Tua Sebab Jeragat & Kering , 6 Pilihan Pelembap Berkesan!

Sumber: ProductNation.co

ARTIKEL BERKAITAN : Antara Tercantik, Pakaian Permaisuri Agong Jadi Perhatian Dunia Di Pertabalan Raja Charles III

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI