Sebulan masa yang telah diambil oleh penyanyi Indonesia popular, Dewi Perssik untuk benar-benar yakinkan diri dan muncul semula di hadapan khalayak ramai.
Ini berikutan pengesahan dirinya yang telah didapati positif kes Covid-19. Tempoh sebulan terpaksa diambil oleh penyanyi yang mesra dengan panggilan DePe itu untuk proses pemulihan. Berita tersebut tidaklah mengejutkan ramai pihak memandangakan jumlah kes di Indonesia agak tinggi juga mengikut laporan harian media di sana.
Sebaliknya, apa yang mengejutkan adalah situasi ruam kemerahan pada wajah dan dada DePe dek kerana jangkitan tersebut.
Catatnya di Instagram, ini adalah di antara simptom yang terpaksa dihadapi oleh pesakit positif Covid-19.
“Jadi, timbul kemerahan ini adalah salah satu yang timbul dari mereka yang terkena Covid sekitar 20 peratus. Nah ini jadi bahan renungan buat kita semua dan teguran buatku juga untuk menggugurkan dosa-dosaku. Dan bahawa Covid itu nyata,” jelasnya.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh rakan media di bahagian kesihatan Detik.Com, kajian King’s College mengenai gejala ruam akibat jangkitan Covid-19 adalah suatu gejala yang pernah terjadi ke atas pesakit lain setelah mereka berdepan simptom seperti batuk, demam dan sesak nafas.
Ia berbeza sama sekali dengan gejala ruam biasa. Ruam biasa yang kita alami terjadi disebabkan keradangan, stres, efek sampingan perubatan, ekzema atau alergi. Keadaan ruam juga kelihatan seperti bintik merah yang menjadi penanda kepada simptom cacar air atau chicken pox.
Ruam yang terjadi akibat kes Covid-19 pula adalah disebabkan oleh keradangan pada saluran darah. Menurut ketua bahagian dermatologi di Howard University iaitu Dr Ginette Okoye, ruam ini membengkak dan kelihatan seperti ungu kemerahan pada bahagian jari kaki. Ia selalunya dihadapi oleh pesakit Covid-19 yang lebih muda. Walaupun tidak mendatangkan rasa gatal namun masih terasa sakit.
Ads
Pesakit juga seringkali mendapati munculnya benjolan kecil gatal persis cacar air dan ia mucul pada bahagian siku, lutut, pungung, tangan dan kaki.
Beliau turut menyarankan agar pesakit tidak gusar kerana gejala ini adalah penanda imun badan sedang ‘melawan’ virus Covid-19 yang menyerang pesakit.
Buat pakar kulit dari New York iaitu Dr Marie Hayag pula, ruam pada kulit seperti yang terjadi kepada DePe ini juga mungkin adalah kesan pencucian tangan secara berlebihan, menggunakan hand sanitizer secara kerap dan pemakaian sarung tangan yang menyebabkan iritasi. Semua ini terpaksa dihadapi oleh pesakit bagi memastikan mereka berada dalam keadaan paling selamat dan bersih.
Apapun, syukur setelah DePe mengesahkan bahawa beliau telahpun sembuh setelah 2 kali pemeriksaan berikutnya.
Selain mengingatkan agar semua orang mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengelak daripada dijangkiti Covid-19, beliau juga menyarankan agar mengurangkan kepadatan kerja dan dapatkan lebih banyak masa berehat pada musim pandemik ini.
“Gejala yang saya alami ini adalah gejala ringan. Yang lebih berbahaya adalah orang tanpa gejala kerana dia tetap merasa sihat dan berpotensi menjangkiti golongan yang berisiko,” simpulnya.
Makan itu satu nikmat. Percayalah ia merupakan satu kurniaan yang perlu kita hargai. Tapi dalam korang syok makan janganlah sampai memudaratkan kesihatan.
Makanlah dengan cara sihat dan juga lebihkan mengambil makanan sihat. Setiap orang ada pelbagai cara berbeza ketika makan. Dan tahukah korang bahawa cara, tabiat dan kecenderungan makan ini sebenarnya banyak menceritakan tentang karakter diri seseorang.
REMAJA ingin kongsi 5 cara makan yang selalu kita boleh perhatikan dan adakah ia benar-benar sama dengan karakter yang diterangkan di bawah!
PERLAHAN
Ada setengah orang dia lebih selesa ambil masa untuk makan. Gaya makan pun lemah lembut dan penuh sopan. Orang yang suka makan dengan cara perlahan merupakan seseoran yang tidak suka dengan situasi terkejar-kejar atau kalut. Korang juga seorang yang hargai momen semasa. Jika bekerja korang lebih senang buat kerja dengan teliti walaupun ambil masa sedikit lama. Dalam hubungan cinta pula korang akan hargai pasangan seadanya. Namun di sebalik semua itu korang seorang yang sangat degil dan tidak suka kepada seseorang yang ingin ubah rutin harian.
LAJU
Orang yang makan laju ini kadangkala dilihat sebagai pelahap. Hakikatnya korang bukanlah pelahap sangat cuma cara makan itu lebih cepat berbanding daripada orang lain. Orang yang makan cepat ini seseorang yang ingin menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah dengan pantas. Malah korang juga seorang yang boleh melakukan banyak kerja dalam satu masa. Senang cerita seorang yang multi-tasking. Dalam hubungan pula korang selalu mendahulukan orang yang disayangi. Tapi kadangkala boleh memakan diri disebabkan terlalu banyak berkorban.
Bak kata orang, tolak batu dan kayu sahaja yang lain semua korang makan. Sifat berani mencuba ini menjadikan korang sentiasa terbuka untuk makan apa jenis masakan, juadah dan juga hidangan. Dalam hubungan korang tak suka komplen dan mengeluh kerana akan ada sahaja idea untuk jadikan situasi lebih fun. Dan dengan sikap terbuka inilah juga membuatkan ramai orang senang dengan korang. Keep it up!
JANGAN SENTUH
Setiap orang ada pantang larang tersendiri ketika makan. Mungkin sesetengah orang boleh berkongsi makan dalam satu bekas atau pinggan. Tapi tidak sekali bagi korang. Amat pantang sekali orang sentuh makanan yang korang rasa ia eksklusif milik korang. Sifat begini membuatkan korang lebih tertur dan suka dengan keadaan bersih. Di tempat kerja mungkin meja korang adalah yang paling kemas sekali. Namun keburukannya korang akan sentiasa stres dengan perkara yang tidak ikut dengan cara sendiri mahupun dalam hubungan cinta.
POTONG KECIL
Ini pula cara makan yang agak jarang kita jumpa. Korang yang suka makan begini biasanya suka asingkan lauk-pauk di tempat berbeza dan memotongnya menjadi keping-keping halus. Bagi korang dengan cara begini ia akan jadi lebih senang untuk di makan. Personaliti korang adalah seorang yang tegas dan forward thinker. Di kampus atau tempat kerja pula korang seorang yang sentiasa kerja keras dengan cara tersendiri. Untuk hubungan romantis pula korang sentiasa mencari sebuah hubungan serius untuk jangka masa yang lama. Korang tak suka hubungan yang main-main dengan ia hanya buang masa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setibanya musim minggu fesyen di kota-kota berstail Eropah, peminat grup K-pop wanita sensasi Blackpink pastinya tidak sabar-sabar menantikan kemunculan ahli kegemaran mereka di pertunjukan fesyen berbeza.
Bagi yang menggemari persona rapper dan pelakon Jennie Kim, tentunya korang akan setia menunggu gaya apa pula yang akan dipilih bagi pertunjukan fesyen Chanel; jenama yang telah diwakilinya sejak tahun 2017 lagi.
Saban tahun, Jennie tidak pernah gagal memberikan inspirasi kepada fesyenista sedunia dalam persalinan Chanel-nya; seperti yang dilakukannya pada petang ini.
Sempena pertunjukan koleksi Musim Bunga/Panas 2023 sebentar tadi, Jennie digayakan dalam dress paras peha dengan potongan sebelah bahu terdedah sambil dipadankan dengan jaket berpaten sama. Di atasnya tertera logo serta perkataan Chanel. Manakala dandanan rambutnya dibiarkan ringkas terikat dengan ikatan ponytail.
Ini bukanlah kali pertama nama Jennie trending di platform media sosial sewaktu kemunculannya di kota Paris itu.
Jom lihat lima lagi gaya Chanel Jennie sejak bergelar tetamu barisan hadapan di pertunjukan fesyen jenama Perancis itu.
Oktober 2018
Setelah dinamakan sebagai duta antarabangsa Chanel pada tahun 2017, ini merupakan kemunculan pertamanya di Minggu Fasyen Paris di mana dia glowing dalam set pantsuit berfabrik tweed. Warna biru yang dipilih amat bersesuaian dengan ilham percutian tepian pantai Chanel pada musim itu.
Mac 2019
Dengan persekitaran set serba putih ibarat winter wonderland, Jennie digayakan dalam dress putih dengan perincian piping hitam keemasan serta tali pinggang dempak Chanel. Persis puteri diraja Korea, bukan? Pertunjukan fesyen ini bertambah istimewa apabila ini merupakan koleksi terakhir yang direka oleh Karl Lagerfeld sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
Oktober 2019
Yes, siapa boleh lupakan gaya ikonik ini? Bersempena pertunjukan Musim Bunga/Panas 2020, Jennie hadir dengan penampilan season appropriate dan chic dalam top biru, kardigan ungu serta seluar denim berona dusty blue. Khabarnya, tiga item yang dipakai oleh Jennie ini pantas habis terjual selepas pertunjukan fesyen ini!
Tepat dua tahun berlalu selepas sekatan pandemik COVID-19 melanda dunia. Bagi kemunculan comeback ini, Jennie tidak mengecewakan apabila bintang K-pop itu tampil daring dalam persalinan two piece bersama aksesori mutiara keemasan. Jennie benar-benar menggarap identiti sebagai gadis Korea ‘modern yet timeless‘ yang selalu dikaitkan dengannya.
Mac 2022
REMAJA merasakan gaya kelima ini merupakan salah satu gaya terbaik yang pernah disarungkan Jennie. Ia merupakan gabungan sempurna di antara gaya elegan, chic dan kasual; semuanya pada waktu yang sama.
Dah tahu bagaimana untuk bergaya ala Jennie, jom lihat apakah rahsia untuk cantik sepertinya pula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang ingin menjaga kesihatan atau pun sedang dalam usaha menurunkan berat badan, sudah tentu mereka akan mencari produk-produk makanan yang tidak mengandungi gula.
Walaupun sentiasa melihat kandungan bahan yang ada sebelum memilih produk, namun tidak semua diantara kita yang memahami setiap perkataan yang digunakan dalam packaging produk tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat cara yang paling terbaik untuk korang mengelakkan gula tambahan dan antaranya adalah seperti berikut:
• Pilih air kosong berbanding minuman manis
• Hadkan kepada satu sudu teh sahaja untuk setiap cawan
• Hadkan minuman manis (sehari sekali sahaja)
• Gantikan makanan manis dengan makanan yang lebih sihat seperti buah
• Baca label dan elak produk yang menyenaraikan gula dibahagian awal senarai ramuan
Semoga info ini memberi sedikit ilmu pengetahuan baru untuk kita semua dan jadikan panduan bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat.