
Lebih 6,000 murid di seluruh negara dijangkiti wabak influenza, menurut laporan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Beberapa sekolah turut diarahkan tutup sementara selepas mendapat nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), termasuk sebuah sekolah di Johor.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad, berkata penularan wabak influenza kali ini tidak tertumpu di satu kawasan sahaja, tetapi melibatkan sekolah-sekolah di pelbagai negeri. Beliau turut menegaskan bahawa garis panduan pengurusan penyakit berjangkit telah diedarkan kepada semua sekolah dan institusi pendidikan agar tindakan pencegahan dapat dilakukan dengan segera.
“Sekolah digalakkan menggalakkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan aktiviti berkumpulan buat sementara waktu,” katanya.
Ramai yang mungkin anggap influenza sama seperti selesema biasa, tapi sebenarnya virus ini jauh lebih agresif dan mudah merebak. Bila seseorang dijangkiti, dia boleh menularkan virus kepada orang lain dalam masa hanya beberapa jam!
Antara simptom utama influenza yang perlu diberi perhatian termasuk:
Bagi remaja yang aktif di sekolah, kolej atau universiti, langkah pencegahan sangat penting. Elakkan berkongsi botol air, tuala atau makanan dengan kawan. Kalau badan rasa tak sihat, rehat di rumah dan dapatkan rawatan doktor secepat mungkin.
Menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal bermula 3 November ini, KPM sudah bersiap sedia dengan pelan kecemasan. Calon yang dijangkiti influenza dibenarkan menduduki peperiksaan di hospital atau lokasi alternatif dengan pemantauan rasmi daripada pihak berwajib.
“Kita sudah ada pengalaman semasa pandemik Covid-19. Kalau perlu ubah pelaksanaan peperiksaan, kita tahu cara urus,” jelas Dr. Mohd Azam.
Penularan wabak ini bukan tanggungjawab sekolah atau kerajaan semata-mata. Remaja juga main peranan penting. Bila korang jaga diri, korang sebenarnya bantu lindungi orang sekeliling — termasuk rakan sekelas, cikgu dan ahli keluarga di rumah.
Beberapa langkah mudah tapi berkesan untuk elak wabak influenza merebak:
Korang mungkin rasa influenza ni tak bahaya sebab selalu dengar “selesema je pun”. Tapi realitinya, virus ini boleh sebabkan komplikasi serius — terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah.
Jadi, jangan tunggu sampai diri sendiri tumbang baru nak ambil berat. Jaga diri, jaga komuniti — sebab sihat itu bukan sekadar pilihan, tapi tanggungjawab kita bersama. 💪