Berita baik buat kaki travel yang sudah merindui untuk ke negara Asia, Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) baharu ke Thailand dan Kemboja dikhabarkan akan mula beroperasi mulai 15 Mac depan.
Hal ini adalah sebahagian daripada usaha bersama ke arah pembukaan semula sempadan antarabangsa dan pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan melalui laluan itu tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.
Laluan VTL baharu ini dijangka dapat membantu memulihkan semula jaringan ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Bagi negara Thailand, syarikat penerbangan yang ditetapkan dari kedua-dua negara dibenarkan beroperasi sehingga enam penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Bangkok dan sehingga empat penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Phuket.
Manakala Kemboja, syarikat penerbangan yang ditetapkan dari kedua-dua negara dibenarkan beroperasi sehingga dua penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Phnom Penh.
Laluan VTL ini akan dikendalikan oleh semua syarikat penerbangan yang ditetapkan di bawah inisiatif VTL dan prosedur operasi standard (SOP) serta protokol kesihatan berkaitan akan dikeluarkan oleh agensi masing-masing dalam waktu terdekat ini.
Kerajaan juga akan meneruskan perbincangan dengan semua negara jiran ASEAN mengenai pembukaan semula laluan tambahan yang selamat pada masa hadapan mengikut situasi semasa.
Wah tak sabar nak tunggu bilakah agaknya sempadan negara Indonesia akan dibuka kepada pelancong Malaysia ya?
Apa-apa pun jangan lupa untuk mengikut SOP yang diberikan okay?
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menyifatkan video keselamatan terbaharu Malaysia Airlines (MAS) sebagai satu usaha membanggakan yang berjaya menonjolkan identiti Malaysia kepada dunia.
“Inilah wajah Malaysian Hospitality yang sebenar.
“Video ini bukan sahaja menyampaikan mesej keselamatan, malah turut meraikan kekayaan kepelbagaian budaya kita dan menonjolkan perpaduan Malaysia di mata dunia,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa Malaysia sememangnya tiada tandingan sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan kepelbagaian, di mana perpaduan menjadi kekuatan utama.
Aaron juga menyifatkan inisiatif MAS menampilkan kepelbagaian budaya dan etnik dalam video keselamatan tersebut sebagai satu langkah bijak untuk memperlihatkan keharmonian rakyat Malaysia kepada khalayak antarabangsa.
Dalam masa sama, beliau menyambut baik usaha berterusan MAS yang terus mengangkat nama Malaysia dengan penuh rasa bangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majoriti golongan lelaki di Malaysia menolak untuk membincangkan isu kesihatan mental dan melarikan diri daripada realiti tersebut.
Ahli psikologi klinikal dan pensyarah kanan di Universiti IMU, Dr. Serena In berkata, tahap kesihatan mental rakyat Malaysia pada tahun ini berada pada paras yang merisaukan.
Situasi ini katanya lebih ketara dalam golongan Adam kerana mereka seringkali dipengaruhi pemikiran ‘konvensional’ mengenai peranan lelaki dalam masyarakat dan tingkah laku lelaki yang dikaitkan dengan sifat ‘alfa’ atau ‘macho’ tanpa memerlukan bantuan pakar.
“Perempuan cenderung untuk lebih terbuka (apabila bercakap mengenai isu kemurungan dan kesihatan mental mereka). Mereka lebih mudah mengakui dan berkongsi perasaan dengan rakan-rakan.
“Namun bagi orang lelaki, mereka sering diharap untuk kekal tabah, kuat dan tidak beremosi.
“Sejak kecil lagi, anak lelaki dibesarkan dengan tanggapan bahawa menunjukkan emosi dan meminta pertolongan itu tanda mereka lemah. Adakala, mereka turut diejek atau dikritik apabila (menunjukkan emosi atau meminta bantuan).
“Akibatnya, ramai lelaki berasa malu apabila mereka gagal memenuhi harapan diri sendiri atau orang lain,” ulas Dr. Serena.
Ahli psikologi klinikal dan pensyarah kanan di Universiti IMU, Dr. Serena In
Impak kepada tabiat golongan lelaki di Malaysia yang enggan bersifat terbuka dengan simptom kemurungan ini dikenali sebagai Masculine Discrepancy Stress, atau tekanan akibat ketidaksesuaian dengan jangkaan maskuliniti. Ia secara tidak langsung menambah beban mental dan emosi yang ditanggung oleh orang lelaki.
Simptom Seseorang Berdepan Masalah Kesihatan Mental
Tanda-tanda awal amaran masalah kesihatan mental sememangnya boleh dilihat secara jelas pada tingkah laku seseorang tidak kira lelaki atau perempuan.
Bagaimanapun menurut Dr. Serena, sesetengah simptom lebih kerap dilihat dalam kalangan lelaki.
Tingkah laku mengawal atau bersifat kasar, sama ada secara lisan atau fizikal.
Kelakuan berisiko seperti memandu secara melulu, terlibat dalam aktiviti ekstrem atau tingkah laku seksual yang berlebihan.
Tingkah laku obsesif seperti terlalu menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti, permainan video atau bersenam secara berlebihan. Walaupun aktiviti tersebut bermanfaat, sekiranya ia dilakukan secara berlebihan hingga mengabaikan aspek lain dalam kehidupan seharian; ia boleh mendapatkan kesan negatif.
Mudah rasa marah, gelisah dan cepat naik angin.
Salah guna alkohol atau dadah sama ada lebih kerap atau dalam jumlah yang berlebihan.
Tingkah laku ketagihan atau didorong oleh nafsu yang kuat seperti penyalahgunaan bahan.
Bagaimana Untuk Beri Sokongan & Bantuan Kepada Golongan Murung?
Sekiranya korang mengenai ahli keluarga, rakan-rakan atau rakan sekerja yang berubah tingkah laku, korang sewajarnya menawarkan sokongan kepada mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Ini merupakan beberapa cadangan yang dikongsikan oleh Dr. Serena.
Dengarkan luahan mereka dengan penuh perhatian terutamanya jika mereka adalah lelaki. Ini memandangkan lelaki sukan untuk membuka hati mereka dan meluahhkan perasaan. Selalunya, lelaki akan menggunakan ungkapan seperti, “Aku rasa kosong”, “Aku tak ada semangat” atau “Aku letih sepanjang masa” untuk menggambarkan keresahan dan kemurungan.
Cukup sekadar korang muncul di hadapan mereka. Adakalanya, lelaki lebih selesa melakukan aktiviti sambil mereka luahkan perasaan. Ajaklah mereka untuk minum bersama atau bermain sukan.
Korang akan terkejut jika mengetahui betapa ramai dalam kalangan kita yang memerlukan pertolongan profesional. Korang boleh membantu mereka dengan menyokong mereka membuat janji temu dan menemani mereka ke sesi rawatan. Jika korang rasakan mereka ‘berat’ untuk bersemuka dengan pakar, cadangkan pilihan sesi dalam talian kepada mereka.
Seseorang yang murung atau mengalami isu kesihatan mental tidak semestinya memerlukan rawatan pantas.
Yang penting, emosinya diuruskan secara sihat. Paling penting, seseorang itu perlu mengakui dirinya berdepan gangguan emosi. Do not be in denial.
Hanya selepas itu, orang di sekeliling boleh menghulurkan bantuan seperti berbual dengan rakan, mengajak mereka bersenam secara teratur dan mendapatkan rehat yang cukup.
Ketahuilah, kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Bak kata Dr. Serena, kita semua perlu menjaga minda untuk memiliki tubuh badan yang sihat.
Sebagaimana kita berjumpa doktor apabila badan fizikal tidak sihat, maka wajarlah kita berjumpa kaunselor atau ahli terapi pakar sekiranya korang merasa terganggu dari segi mental sekiranya korang menemui jalan buntu
Perkongsian info ini adalah perspektif yang dilontarkan oleh ahli psikologi klinikal dan pensyarah kanan di Universiti IMU, Dr. Serena In sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang berlangsung baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majalah Remaja kali ini memilih Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (FPHP) UiTM Puncak Alam untuk meneruskan Kempen Remaja On Road.
Berlangsung di Dewan Sri Alam, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang dan cabaran dalam industri hospitaliti dan kulinari, terutama dalam era digital yang berkembang pesat.
Program ini dimulakan dengan ucapan sepatah dua kata dan perasmian oleh Dekan FPHP, Dr. Norzuwana Sumarjan. Sementelah itu, sesi diteruskan dengan Remaja Youth Talk pada jam 10.00 pagi, bertajuk ‘Dunia Baharu Hospitaliti & Kulinari Dalam Era Digital’.
Para panelis berpengalaman dalam industri akan berkongsi pengetahuan tentang trend terkini dan teknologi yang mempengaruhi bidang ini.
Barisan panelis yang dijemput termasuk chef dan content creator yang terkenal Zam Akmal; Pengurus Pemasaran F&B di Marriot International Malaysia Zhamir Faris; Ryan Liew, juara Latte Art Championship Malaysia 2022 dan 2023. selain itu, Hos televisyen meningkat naik, Irfan Syahmi, bertindak sebagai pengacara dan moderator bagi sesi berkenaan.
Menurut Cef Zam, media sosial dan internet memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan mempromosikan diri, terutama dalam bidang pelancongan dan perhotelan.
“Tanpa media sosial mahupun internet, orang luar tidak akan tahu siapa diri kita. Media sosial juga adalah salah satu platform untuk kita menjual diri.
“Cara kita menjual diri itu adalah dengan cara bina profile supaya orang luar lebih mengenali kita dan sebarlah kebaikan di media sosial,” katanya.
Bagi Zhamir Faris, dia turut menyatakan bahawa bidang hotel dan pelancongan menawarkan pelbagai peluang kerjaya.
“Bidang hotel dan pelancongan ini bukanlah sekadar jika dah tamat pengajian akan jadi cef, house keeping atau apa pun. Tetapi ia sebenarnya banyak cabang. Seperti contoh, saya kini sebagai pegawai pemasaran di sebuah hotel ternama.
“Jadi, dari pengurusan pelancongan ke bidang pemasaran. Seperti di hotel, banyak jawatan yang kita boleh cuba. Jadi, jangan limit yourself kepada satu kemahiran sahaja,” tuturnya.
Kata panel seterusnya, Ryan percaya bahawa media sosial sangat penting bagi sebuah cafe dan restoran untuk dikenali ramai.
“Media sosial ini adalah impak terbesar untuk pemasaran. Jadi, saya percaya dalam bidang barista juga, pemasaran adalah sangat penting terutama jika cafe atau restoran anda dikenali ramai menerusi media sosial.
“Saya juga percaya media sosial membantu saya untuk menonjolkan diri saya dari segi ‘art work’ saya,” ujar Ryan.
Acara diteruskan dengan sesi open mic (Q&A) pada jam 11.00 pagi, membolehkan pelajar dan panel untuk berinteraksi, bertukar pandangan, dan membincangkan isu-isu penting dalam hospitaliti dan kulinari. Ini merupakan peluang yang baik untuk membina jaringan antara peserta.
Pada jam 12.00 tengah hari, sesi Remaja Beauty Camp akan dikendalikan oleh Ayang Kamell. Sesi ini memberi tip kepada para pelajar untuk menerima ilmu tentang penjagaan penampilan diri yang tepat.
Kemuncak acara Remaja-On-Road akan disudahi dengan sesi Remaja Talent Casting di mana pihak editorial Remaja akan melakukan sesi uji bakat terbuka kepada pelajar untuk menonjolkan bakat mereka. Pelajar yang terpilih bakal diberi peluang untuk muncul dalam rancangan digital terbitan Remaja.
Sekadar info, kempen Remaja-On-Road merupakan sebuah wadah untuk mendekati golongan pelajar yang berada di bangku universiti dan persekolahan (menengah atas).
Kempen ini merangkumi acara sehari bersama golongan pelajar, antara pengisian yang bakal diketengahkan adalah sesi YouthTalk, Beauty Camp dan Remaja Talent Casting.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.