Viviana Lin Winston Dari Sarawak Tepati Ramalan Juarai Miss Grand Malaysia 2025

Share

Gadis kelahiran Bumi Kenyalang, Viviana Lin Winston menepati ramalan pemerhati dunia ratu cantik setelah dimahkotakan sebagai juara Miss Grand Malaysia 2025, malam tadi oleh juara terdahulu, Melisha Lin.

Viviana, 25 yang jua mesra disapa sebagai Vivi mengenepikan saingan terdekatnya, Dr. Nisha Thayananthan yang terpaksa berpuas hati di kedudukan naib juara setelah kesemua lapan finalis mengharungi empat pusingan utama iaitu pakaian tradisional, pakaian sukan, gaun malam dan pusingan soal jawab.

Sebagai pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Viviana nekad menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum kembali ke dunia ratu cantik pada tahun 2025 demi menjadi wanita Iban pertama yang menjuarai pertandingan Miss Grand Malaysia.

Viviana Lin Winstron ketikan perarakan Gawai Dayak 2025.

Menurut Viviana sebelum bertanding, Miss Grand Malaysia 2025 lebih daripada sekadar sebuah malam kemuncak atau gelaran ratu cantik. Baginya, ia merupakan momen yang terbentuk hasil kepercayaan terhadap dirinya, usaha keras tanpa mengenal erti mengalah dan sokongan orang ramai terhadapnya.

Walaupun Viviana mempunyai pengalaman dalam dunia ratu cantik, itu tidak bermakna dia berdepan laluan mudah untuk meraih kemenangan.

“Saya enggan mengalah. Setiap kepayahan dan kesedihan yang pernah saya rasai membawa saya mendekati pentas ini. Malam ini, saya bukan hanya membawa nama Viviana Lin Winston tetapi juga sebagai seorang anak jati Sarawak.

“Saya dibesarkan tanpa apa-apa melainkan impian dan semangat yang saya kecapi daripada masyarakat kami. Kepada semua gadis-gadis Sarawak yang menonton saya malam ini, ingatlah bahawa kisah kita wajar didengari orang ramai. Suara kita juga berkuasa dan tiada siapa boleh mengatakan sebaliknya.

“Sarawak Ibu Pertiiwiku,” catatnya.

Dalam segmen soal jawab, Viviana diminta untuk memberikan nasihat kepada seseorang yang merasakan dirinya cukup bagus di mata orang lain.

“Nasihat saya adalah untuk menjadi diri sendiri dan usah pernah membiarkan komen tidak bernas untuk menjatuhkan semangat anda. Mengapa? Kerana saya berdepannya sekali dan saya telah mengatasinya dengan cara memperbaiki diri serta melupakan mereka (dengan pendapat mereka tersebut).

“Saya percaya jika kamu tidak boleh menginspirasikan diri sendiri, siapa lagi? Dan jika bukan sekarang, bila lagi?” katanya.

Kini, Viviana bakal mempersiapkan dirinya untuk menghadapi saingan di pertandingan Miss Grand International 2025 yang dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan Oktober.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ