
“Sep sep sep tom tom tom, malam yang sepi pi pi , pak mat jual topi pi pi , topinya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak yak…” Siapa masih ingat lagi lagu ni?
Waktu kecil dulu, lagu permainan ini antara yang selalu dinyanyikan ketika waktu rehat disekolah. Kalau korang budak-budak zaman 90-an, mesti familiar dengan permainan sep sep sep tom tom kan?
Apa yang paling membanggakan bila lagu tersebut dijadikan persembahan oleh Kelab Tunas Seni Cemerlang baru-baru ini.
Video yang sudah tular di media sosial ini dikongsikan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ramai diantara mereka yang memuji koreografi serta bakat anak-anak muda tersebut.


Teringat zaman sekolah


Tenaga pengajar dipuji



Jom kita saksikan video penuh tarian mereka..
Semoga lebih ramai lagi anak muda yang tidak malu untuk memartabatkan budaya masyarakat kita sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Polis Datang Waktu Berbuka Maklum Jumpa Mayat”, Penantian Keluarga Berakhir Dengan Tangisan

Al-Fatihah untuk arwah.
Penantian yang berakhir dengan sebuah tangisan. Jika sebelum ini seluruh ahli keluarganya mengharapkan kepulangannya dengan selamat malah di fb milik adik-adiknya sering menulis “Long, Long di mana ya. Pulanglah dan lain lagi, ternyata takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Misteri kehilangan ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40 tahun pada 8 Mei lalu menemui jawapan apabila pihak polis menemui mayatnya di sebuah kondo di Cyberjaya petang semalam. Malah kereta Honda City milik arwah turut ditemui di lokasi sama.

REMAJA menghubungi ahli keluarganya, Amka Arith yang juga adik ipar kepada arwah Siti Kharina dan beliau memaklumkan buat masa ini jenazah kakak iparnya masih berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.
“Insya Allah, jika tiada aral melintang arwah kakak ipar akan dibawa balik ke kampung asal iaitu di Kg. Tengah Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dikebumikan selepas Asar,” katanya ketika ditemubual.
Dalam pada itu, Amka berkata, pihak polis datang ke rumah ahli keluarga ketika waktu berbuka dan memaklumkan ada penemuan mayat dipercayai kakak ipar dan meminta ahli keluarga untuk hadir membuat pengecaman.
“Kami berasa terlalu sedih dengan kejadian yang berlaku. Buat masa ini kami tidak dimaklumkan sama ada ianya perbuatan khianat atau sebagainya. Jika ada unsur-unsur itu, kita mengharapkan pelakunya ditangkap dan tindakan sewajarnya diambil,” katanya mengakui mereka sekeluarga sangat terkesan dengan kejadian yang menimpa ini.

Dikebumikan di kampung
Dalam pada itu, Amka menjelaskan, sejak 2-3 tahun lalu kakak iparnya menetap di Kuarters Kakitangan Hospital Serdang sementara suami dan anak-anaknya pula di kampung iaitu di Sri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan.
“Ini kerana suami kakak ipar bekerja di Kuala Pilah dan anak-anak juga tinggal bersama. Bila hari cuti baru kakak akan balik ke kampung,” katanya memaklumkan kakak iparnya itu mempunyai sepasang anak kembar perempuan berusia 10 tahun selain anak sulungnya juga perempuan berusia 14 tahun.
SesungguhNya Allah amat menyayanginya dan mohon disedekahkan al-Fatihah untuk arwah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datang Nak ‘Enjoy’ Aksi LIMA 2023, Sekali Hati Terpaut Pada Juruterbang Oppa!

Memasuki hari ketiga Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23), ia ternyata telah menarik tumpuan dunia penerbangan antarabangsa.
Tambahan pula dengan penyertaan 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia, edisi kali ini dilaporkan sebagai yang terbesar dalam sejarah penganjurannya.
Bagi kebanyakan pengunjung yang bertandang ke Pulau Langkawi, tentunya mereka teruja untuk menyaksikan aksi-aksi menarik persembahan akrobatik udara yang menanti mereka pada setiap hari.
Begitu juga dengan ruangan pameran yang menyediakan pelbagai jentera penerbangan ‘rare’ untuk tontonan umum.
Begitupun sejak hari pertama penganjuran LIMA, ia sudahpun tular di media sosial bukan kerana tarikan yang dinamakan tadi. Sebaliknya, LIMA ‘trending’ terutamanya di platform TikTok serta YouTube disebabkan kehadiran juruterbang ‘oppa’ dari pasukan penerbangan akrobatik Korea Selatan, Black Eagle.


Bukan hanya aksi mereka di awan biru yang dipuji warganet, malah rupa paras kacak mereka sewaktu merentasi trek penerbangan juga seakan menjadi kegilaan ramai!
@wan_hazlami Kenapa anda perlu datang LIMA? Ini jawapannya🤭🤭#limalangkawi2023 #oppasaranghaeyoo #blackeagle #acrobaticflight #fypage #korea 🇰🇷 #fypシ゚viral #aviationlife #foryoupage ♬ bunyi asal – T Rex Wan




Ada yang turut membandingkan momen mereka berjalan di trek dengan babak daripada drama, Descendants of the Sun yang dibintangi oleh ‘oppa tentera’ Song Joong-ki, Jin Goo dan Kim Min-seok.
Tidak kurang juga yang tertarik untuk menonton semula K-drama terkenal dari tahun 2016 setelah melihat kelibat para juruterbang Korea di LIMA itu.

Amboii, sabar sis! Hehe..
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon K-Drama ‘Descendant Of The Sun’, Meninggal Dunia Berpunca Kanser Usus Besar – REMAJA
Apapun, aksi berani pasukan Black Eagle di ruang udara sememangnya wajar dipuji. Jom lihatnya di pautan di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pramugari Ini Pesan Jangan Minum Air Kopi Atas Pesawat! Sebabnya Sangat Menjijikkan..

Bagi sesiapa yang selalu travel atau bakal travel, satu pesanan pramugari ini mungkin boleh dijadikan pengajaran.
Selalunya kita tak terfikir atau malas memikirkan dari sumber mana makanan atau air datang. Yang kita tahu bila agak boring duduk dalam pesawat, mulalah kita memesan atau order macam-macam.
Menurut seorang pramugari dari American Airlines, Betty, dia berkata, sebaiknya penumpang jangan sesekali membuat pesanan air kopi atau teh bila berada dalam kapal terbang.

Sebabnya, air yang digunakan dalam pesawat itu adalah air yang sama digunakan untuk membersihkan tandas pesawat selepas penumpang melepaskan hajat mereka! Yurkk!!
Kata pramugari kepada VICE dalam satu temuramah, dia berpesan “jangan minum kopi atas pesawat”.
“Sumber airnya adalah sumber yang sama yang digunakan untuk membersihkan tandas. Kami baru-baru ini telah melakukan ujian mengesan bakteria E Coli ke atas air berkenaan dan ternyata tidak lulus. Selepas dilakukan perawatan air, barulah air itu diberikan kelulusan.
“Jadi tidak digalakkan penumpang untuk minum air panas atau teh. Sebaiknya mintalah air yang telah dibotolkan atau minuman berais, ia lebih selamat,” katanya.

Walaupun Betty telah menggambarkan betapa jijiknya air di dalam pesawat yang tetapi hal ini mendapat bantahan dari pesawat EasyJet.
Dalam satu temuramah, EasyJet kepada akhbat Daily Mail, mengakui bahawa air yang ada di dalam pesawat memang digunakan untuk membuat minuman panas dan masa yang sama digunakan untuk menyiram tandas.
Tetapi mereka menyakinkan penumpangnya bahawa air itu selamat digunakan kerana aliran air dilakukan dengan sempurna.
“Ini merupakan hal yang biasa di kebanyakan pesawat dan airlines. Air dimasukkan ke dalam pesawat secara berkala,’ kata jurucakap EasyJet tentang isu dibangkitkan.

Akan tetapi Betty bukanlah satu-satunya pramugari yang memberikan ingatan untuk tidak minum air panas di atas pesawat.
Agensi Perlindungan Lingkungan (EPA) telah melakukan ujian di kapal terbang komersial pada tahun 2012 dan berjaya menemui 12 peratus air yang dianalisis keluar didapati positif mengandungi kuman bakteria E Coli.
Bagi sesiapa yang terbang jauh-jauh tu, beringatlah ya. Jangan sampai jatuh sakit!
Sumber :Tribunstyle.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

