Baru-baru ini, pengguna Twitter dikejutkan dengan satu video viral yang dikongsi oleh Twitter My Crime Watch menunjukkan seorang pekerja kedai di sebuah mall bergaduh dengan pelanggan.
Dalam video berdurasi 1 minit itu menyaksikan pekerja kedai tersebut hilang sabar dan bertindak cuba menyerang pelanggan tersebut kerana merekod videonya sebelum ditenangkan oleh pekerja lain.
Setakat ini, punca kejadian masih lagi dalam siasatan namun ada menjelaskan bahawa pelanggan tersebut hilang sabar kerana tidak dilayan ketika di kaunter bayaran.
Sementara itu, di ruangan komen kelihatan ramai yang mempertahan pekerja tersebut. Rata-rata mengatakan tentu pelanggan tersebut telah memprovok pekerja tersebut hingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.
Ads
Malah, ada juga yang melahirkan rasa puas hati melihat pekerja tersebut memberikan tindak-balas yang memuaskan hati mereka yang menonton video tersebut.
Dalam pada itu, pelanggan tersebut yang dikenali sebagai Nurshaidah Hamdan kemudiannya menjelaskan di laman Facebooknya mengenai perkara tersebut.
Ads
“Ramai yang add akk dari malam semalam sampai hari ini. Maaf akk sibuk ke sana sini. Ramai sangat yang add sampai beratus akibat video viral. Yang concern terima kasih dan alhamdulillah.
“Yang mengutuk pun tu pun terima kasih sebab kalau benda tak betul ia akan berbalik pada awak ya. Lagi awak maki saya lagi kuat semangat saya. Amin.
“Sia pada yang maki-maki saya menuduh saya mencetuskan pergaduhan. ALLAH, takpelah terpulang nak percaya apa yang awak nak percaya. Saya nak cerita pun kes dah settle dengan pihak Ninso yang minta video dipadam.
Ads
“Dorang dah minta maaf bagi pihak budak itu jadi tak perlulah saya jelaskan lagi. Selebihnya saya berserah kepada kuasa ALLAH,” tulisnya.
Setakat ini, video tersebut telah mencapai lebih 200 ribu view di laman Twitter.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan daripada pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah pun berkuatkuasa bermula hari ini (13 Januari) sehinggalah 26 Januari nanti.
Aktiviti rentas negeri adalah dilarang sama sekali, namun sekiranya terdapat individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerahm korang boleh mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun mengeluarkan cara bagaimana untuk memuat naik borang permohonan dan seterusnya memohon keizinan daripada pihak polis.
Berikut merupakan langkah-langkah yang korang boleh buat:
1. Muat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing di portal atau media sosial rasmi PDRM.
Sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan korang merentas negeri atau daerah, bolehlah isi borang dan bawa ke balai polis berdekatan. Tapi ingat, hanya urusan penting sahaja yang akan dibenarkan. Jangan pula ada yang menipu pula ya.
Teruskan duduk di rumah dan amalkan SOP yang diarahkan bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19. Kita jaga kita!
Korang mesti pernah dengar dengan cabaran samyang atau #SamyangChallenge yang baru-baru ini menjadi aktiviti viral di kalangan orang muda. Cabaran yang di mana mereka memakan mee segera pedas Korea dan memuat naik reaksi mereka. Cabaran ini bukan sahaja popular di kalangan netizen biasa tetapi turut dilakukan oleh artis, selebriti dan instafamous di Malaysia dan seluruh dunia.
Tapi yang Remaja ingin ketengahkan kali ini berbeza sekali. Dan seriously memang inilah Samyang Challenge terbaik pernah kami saksikan.
Menerusi Facebook Pusat Tahfiz Integrasi An Nur, mereka telah memuat naik sebuah video di mana dua pelajarnya melakukan cabaran ini dengan cara yang cukup unik.
Menerusi posting tersebut, dua pelajar iaitu Abdul Hannan Haznan dan Hazman Johari telah mengajak ustaz mereka, Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq, Mudir Pusat Tahfiz Integrasi An Nur untuk berbuka puasa ke sebuah restoran piza terkenal. Dan menu pilihan mereka tidak lain tidak bukan piza samyang, menu terbaru daripada restoran tersebut.
Pelajar ini juga dikatakan telah khatam hafalan 30 juz yang dilakukan dalam masa 3 bulan sahaja. Hebatnya!
Dan di dalam video tersebut mereka berdua diberi cabaran istimewa daripada Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq. Apa cabarannya? Mereka berdua dikehendaki menyambung bacaan Al-Quran yang dibaca olehnya.
Dalam keadaan menahan pedas mereka berdua melakukan menyambung bacaan yang dihafal dengan cukup baik sekali. Reaksi mereka yang menahan pedas tapi mampu membaca hafazan dengan baik mencuit hati ramai netizen. Komen-komen di posting video tersebut rata-rata sangat positif dan baik.
Video inilah yang sepatutnya menjadi viral. Keakraban antara ustaz dan pelajarnya serta bagaimana mereka sentiasa dekat dengan Al-Quran membuatkan ramai yang tersentuh. Semoga mereka menjadi contoh yang baik buat golongan muda dan remaja di luar sana. Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pereka fesyen ternama, Jimmy Couture meluahkan rasa kesal apabila Miss Grand Malaysia 2021 dikatakan telah menolak busana rekaannya di saat-saat akhir.
Menurut Jimmy di hantaran instagramnya, dia telah mengeluarkan kos bajet yang besar untuk menyiapkan rekaan busana ‘Evening Gown’ yang akan disarungkan pada peringkat ‘Preliminary’, namun busana tersebut hanya akan digayakan pada sesi sidang media.
Pereka fesyen ini juga keliru kerana katanya ratu cantik itu juga telah sudah mempunyai pereka busananya tersendiri. Jimmy turut menjelaskan bahawa dia telah mengeluarkan wang yang banyak dan mengerah tenaga untuk menyiapkan rekaan itu.
“Jgn minta minta bju kat designer lain kalau da ada own designer.. Org keluar duit. Now sape nk ganti rugi hasil kje aku masa aku modal aku??”
Walau bagaimanapun, Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran telah pun membuat kenyataan balas di laman instagramnya, namun kenyataannya itu diselar oleh Jimmy Couture yang mengatakan bahawa ratu cantik itu telah memusingkan jawapannya.
Apa-apa pun diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik diantara kedua-dua belah pihak. Bak kata mereka, industri pageant di Malaysia ini kecil sahaja. Nak tak nak nanti tetap bersua muka kan? Semoga dapat diselesaikan dengan baik ya.