“Miss Universe telah menjadi satu pentas di mana, tidak kiralah keadaan kamu, semua jenis wanita dianggap sebagai wanita, yang mengangkat diri masing-masing dan sama-sama menyinar di hadapan berbilion mata yang memandang.”
Begitulah pandangan penyanyi dan bintang realiti TV Vietnam, Nguyen Huong Giang yang dipilih sebagai wakil transgender pertama negara tersebut untuk menyertai pertandingan Miss Universe.
Nguyen, 34 juga sekaligus menjadi peserta pertama dari rantau Asia Tenggara (ASEAN) dan dari benua Asia untuk mewakili negara di pertandingan ratu cantik berprestij itu.
Tanpa menganjurkan pertandingan di peringkat kebangsaan, akaun rasmi Miss Universe Vietnam di Instagram mengumumkan bahawa organisasi telah sebulat suara memilih Nguyen untuk mewakili Vietnam di Bangkok, Thailand pada 21 November kelak.
Ads
Kongsi Nguyen, negaranya sebelum ini hanya menunggu waktu dan wanita yang tepat untuk melangkah ke hadapan, menyinar di pentas Miss Universe dan menyampaikan mesej tertentu kepada dunia.
“Ini bukan kisah mengenai jantina. Ia ada tentang kisah manusia, tentang kepercayaan. Dengan usaha yang cukup, percayalah, anda semua boleh mengubah hidup. Titik permulaan anda tidak menentukan had anda.
“Usahlah bertanya, ‘Mengapa Huong Giang (panggilan nama pentasnya)?’, sebaliknya bertanyalah, ‘Mengapa tidak Huong Giang?’,” kata Nguyen sebelum menambah, dia mengambil masa lama untuk membuat keputusan ini.
Ads
Terdahulu, Nguyen Huong Giang pertama kali melangkah masuk ke dunia ratu cantik menerusi pertandingan Miss International Queen Vietnam 2018 yang merupakan pertandingan khas buat peserta transgender.
Untuk pengetahuan korang, kali pertama Miss Universe membenarkan wakil transgender untuk mewakili negara mereka adalah pada tahun 2012 di mana organisasi ketika itu masih dimiliki oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ads
Sejak itu, tiga wakil transgender telah menyahut cabaran di pentas Miss Universe iaitu Angela Ponce dari Sepanyol (2018) serta Rikkie Kolle dan Marina Machete pda tahun 2023; masing-masing mewakili Belanda dan Portugal. Machete kemudian mencipta sejarah apabila menjadi wakil transgender pertama untuk mara ke pusingan Top 20.
Apa pendapat korang mengenai penyertaan Nguyen Huong Giang di Miss Universe? Atau korang rasakan golongan transgender wajar sekadar menyertai pertandingan seperti Miss International Queen yang dikhususkan buat mereka?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim keempat drama bersiri Netflix, The Crown mula menemui penonton pada 15 November lalu.
Selain kemunculan karakter baharu pada musim ini iaitu Perdana Menteri wanita pertama Great Britain, Margaret Thatcher, satu lagi karakter yang sedang hangat diperkatakan di media sosial adalah mendiang Puteri Diana.
Setelah lama ‘drama’ yang menyebulungi kehidupan Puteri Diana tidak diperkatakan secara terbuka di dada akhbar, musim keempat ini kembali memberi ‘spotlight’ kepada mendiang apabila peminat The Crown bercakap mengenai kepayahannya menyesuaikan diri dengan kehidupan di Istana Buckingham.
Puteri Diana dilakonkan semula oleh Emma Corrin manakala Josh O’Connor melakonkan watak Putera Charles sejak musim ketiga.
Susur galur hidup Puteri Diana dari sebelum mengenali Putera Charles, berkahwin dengan baginda sehinggalah keretakan rumah tangga mereka ditonjolkan oleh penerbit The Crown.
Dan tindakan berani untuk ‘mendramakan’ lagi beberapa babak di antara Putera Charles – Puteri Diana – Camilla Parker-Bowles dikatakan TELAH mendapat perhatian kerabat diraja Britain.
Menurut laporan berita diraja saluran ABC di Amerika Syarikat iaitu Omid Scobie, pihak Istana gusar jika penonton musim ini akan mempercayai 100 peratus babak The Crown yang disiarkan.
Watak Camilla Parker Bowles yang merupakan kekasih gelap Putera Charles walaupun setelah berkahwin dengan Puteri Diana.
“Putera Charles dan Camilla telah menghabiskan berdekad lamanya untuk memperbaiki imej mereka di mata khalayak. Dan kini setelah mereka diterima di United Kingdom, penyiaran musim keempat ini boleh memberikan risiko kepada mereka berdua,” katanya.
Bukan hanya Putera Charles dan Camilla saja yang mungkin terkesan. Malah dua orang putera kesayangan mendiang Puteri Diana iaitu Putera William dan Putera Harry juga mungkin berdepan kesan emosi yang sama apabila ibu mereka digambarkan sebagai seorang yang mempunyai pelbagai isu peribadi sepanjang kehidupannya.
Kebetulan Atau Tidak?
Suka juga untuk penulis katakan di sini bagaimana beberapa babak daripada musim keempat The Crown ini seakan memberikan gambaran mengenai situasi semasa yang sedang berlaku kepada keluarga diraja Britain. Walaupun apa yang digambarkan adalah pada era 80-an, tetapi perkara yang sama seakan sedang berlaku sekarang.
Sebagai contoh, Putera Andrew, Duke of York iaitu anak ketiga Ratu Elizabeth II dan Putera Philip digambarkan sebagai seorang yang mempunyai skandal seks.
Putera Andrew lakonan Tom Byrne
Manakala, cara layanan keluarga diraja kepada Puteri Diana mempunyai persamaan dengan cara layanan yang didakwa diterima oleh Meghan Markle sehingga memaksa Duchess of Sussex itu berpindah ke Kanada bersama Putera Harry.
“How many times this family made the same mistake, paying the consequences each time..” – kata karakter Puteri Margaret lakonan semula Helena Bonham Carter.
Tular rakaman buli kejam di IKBN Miri, pelajar dihentak kemaluan pada palang besi sehingga mengundang kemarahan ramai di media sosial. Rakaman yang tersebar menunjukkan bagaimana sekumpulan pelajar lelaki memperlakukan mangsa dengan tindakan yang sangat menyakitkan dan tidak berperikemanusiaan.
Dalam video yang kini tular, tiga pelajar dilihat memegang bahagian atas badan seorang individu berbaju biru, manakala dua lagi memegang kaki kiri dan kanannya. Mereka kemudian menarik kaki mangsa hingga kemaluannya terhentak pada palang besi yang berada di celah kangkang. Meskipun mangsa menjerit kesakitan, perbuatan itu tetap dilakukan berulang kali.
Lebih mengejutkan, kejadian tersebut dirakam dari beberapa sudut berbeza oleh pelajar lain yang berada di lokasi, seolah-olah ia dijadikan hiburan. Rakaman itu kemudiannya dikongsi semula oleh selebriti dan aktivis Caprice, sekali gus membuka mata ramai pihak tentang betapa seriusnya budaya buli di institusi pengajian.
Rata-rata warganet menzahirkan rasa marah dan kecewa dengan insiden tersebut. Ramai menuntut agar pihak berkuasa, pengurusan institut serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengambil tindakan tegas terhadap semua pelajar terbabit. Mereka berpendapat, selagi hukuman berat tidak dikenakan, kes buli akan terus berulang dan mengancam keselamatan pelajar lain.
Buli bukanlah perkara kecil. Ia boleh memberi kesan mendalam kepada mangsa seperti trauma, kemurungan, hilang keyakinan diri dan menjejaskan masa depan. Lebih parah, budaya merakam dan menyebarkan aksi buli di media sosial hanya menambahkan penderitaan mental kepada mangsa.
Sebagai remaja, penting untuk kita sedar bahawa buli bukanlah gurauan. Ia adalah jenayah sosial yang boleh memusnahkan hidup orang lain. Empati, rasa hormat dan belas kasihan perlu dipupuk dalam diri setiap pelajar agar institusi pengajian benar-benar menjadi tempat selamat untuk belajar dan membina masa depan.
Nama Eyra Hazali semakin meningkat naik selepas kemunculannya dalam drama Mr Grey yang ditayangkan di Astro Ria pada tahun lalu.
Chemistry yang terjalin antara Eyra dan Fendy Bakry selaku pemegang watak hero sangat memberi impak kepada penonton dengan keserasian yang ditonjolkan dalam drama tersebut.
Baru-baru ini, Eyra Hazali dilihat sudah bertukar imej dengan memakai hijab. Artis remaja ini menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah setahun menyimpan hasrat untuk menutup aurat dan semuanya berlaku sekelip mata ketika Eyra bangun untuk menunaikan solat Subuh pada beberapa hari lepas, dia terus nekad untuk menutup aurat.
Perkongsian ini juga telah dibuat oleh Pencetus Ummah Amin di laman instagramnya dengan caption:
Boring jugak dengan tazkirah dari ustaz ustazah, apa kata korang dengar tazkirah artis ni. Simple, padat dan pengalaman diri dia sendiri..
Percayalah! Siapa jaga hukum Allah apsti Allah akan buka pintu rezeki tanpa dia sedar. Rezeki paling istimewa hati jadi tenang kemudian dibanyakkan hartanya. Doakan artis ini dilindungi Allah dan Malaikat dan kekal istiqamah atas jalan agama nya..
Ayat ni Win teruk: “Selangkah kita keluar tanpa bertudung (tak tutup aurat), selangkah kita tarik ayah kita ke neraka”
Keputusan Eyra Hazali mendapat pujian dan reaksi positif daripada netizen. Ramai yang mendoakan agar anak muda ini istiqamah dan mendoakan yang baik-baik untuknya.
Eyra juga telah memadam semua gambarnya semasa tidak berhijab. Salute!
Baru berusia 20 tahun, Eyra Hazali antara yang dilihat bakal menjadi pelapis pelakon wanita yang ada sekarang. Pernah menangguhkan keputusan untuk bertudung kerana terlalu memikirkan tentang kerjayanya, kami yakin bahawa walaupun sudah berhijab, ia tidak langsung menganggu perjalanan karier seninya.
Dengan bakat yang ada, Eyra Hazali mampu mendapat tempat dalam industri. Apa-apa pun, kita doakan agar Eyra terus mempamerkan sikap istiqamahnya ini dan menjadi contoh terbaik untuk anak muda hari ini.
InsyaAllah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dia Memang Suka Puasa” – Scha Alyahya dan Awal Ashaari kongsi cara santai mereka mendidik Lara Alana puasa penuh sejak usia lapan tahun dengan ganjaran sebagai galakan.