40 Tahun Dewi Remaja: Tracie Sinidol dan Syamira Nazir, Dari Zero Jadi Somebody!

Ads

✨ Episod ke-9 Dewi Dialog menyatukan dua figura daripada dua era berbeza… Tracie Sinidol (Juara Dewi Remaja 2022) dan Syamira Nazir, finalis Dewi Remaja 2019. Walaupun datang daripada latar pengalaman yang berbeza, kedua-duanya berkongsi satu persamaan: pernah berdepan kritikan membina sepanjang perjalanan mereka, namun tetap memilih untuk kekal positif dan terus berkembang. Menariknya, ketika sesi audition dahulu, Tracie Sinidol dan Syamira Nazir sendiri tidak begitu mengenali tentang pertandingan Dewi Remaja. Namun langkah berani itulah yang akhirnya membuka jalan kepada perjalanan yang banyak mengubah hidup mereka.

Bagi Tracie, dunia pertandingan bukanlah sesuatu yang asing. Anak kelahiran Sabah ini sudah aktif sebagai model dan pempengaruh, malah pernah memenangi Unduk Ngadau Tambunan 2021 dengan gelaran Tati Topiodo (Miss Natural Beauty) sebelum dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2022. Kini, namanya semakin bersinar dalam dunia seni. Berbeza pula dengan Syamira. Ketika mula menyertai Dewi Remaja, Syamira Nazir mengakui tidak pernah belajar bersolek mahupun memakai heels.

Namun sepanjang pertandingan itu, banyak perkara baru dipelajari dan pengalaman tersebut menjadi titik penting dalam membina keyakinannya hari ini. Dua perjalanan berbeza, tetapi berkongsi semangat yang sama.

🎙️ Saksikan perbualan penuh mereka dalam episod ke-8 Dewi Dialog.

#remaja #majalahremaja #remajamalaysia

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads