40 Tahun Dewi Remaja: Sheril Aida Dari Generasi Pertama, Arabella Allen Rupanya ‘Kuat Nangis’?
✨ Episod ke-9 Dewi Dialog kali ini menemukan dua personaliti daripada dua generasi Dewi Remaja yang berbeza era. Sheril Aida yang merupakan finalis Pencarian Dewi Remaja 1985/86 dan juga antara batch terawal pertandingan ini bertemu dengan Arabella Allen daripada Dewi Remaja 2023.
Dalam episod ini, Sheril Aida berkongsi kenangan sewaktu menyertai Dewi Remaja pada era awal pertandingan yang kini sudah menjangkau lebih 40 tahun legasi dalam industri hiburan. Sebagai antara generasi terawal Dewi Remaja, Sheril turut mengimbau suasana pertandingan ketika itu serta bagaimana platform ini membuka peluang kepada ramai wanita muda untuk melangkah ke dalam industri.
Pada masa yang sama, Arabella Allen berkongsi pengalamannya sebagai finalis dan juga Naib Juara Dewi Remaja 2023. Bella juga mengakui dia antara finalis yang agak kuat menangis sepanjang pertandingan kerana tekanan, cabaran dan emosi yang datang bersama perjalanan sebagai seorang Dewi Remaja.
Menariknya, ada satu kaitan istimewa yang menghubungkan kedua dua generasi ini. Sheril Aida merupakan ibu saudara kepada pelakon dan hos terkenal Scha Alyahya, yang juga merupakan Dewi Remaja 2005/06 serta juri tetap Dewi Remaja 2023, iaitu musim yang turut disertai oleh Arabella Allen.
Tonton episod penuh Dewi Dialog Episod 9 untuk mendengar sendiri perkongsian menarik daripada dua generasi Dewi Remaja ini. ✨
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia #DewiRemaja #DewiDialog #40TahunDewiRemaja
