40 Tahun Dewi Remaja: Balqish Maarif & Mia Ali Sebaya, Tapi Berbeza Generasi Dewi!

Ads

✨ Episod ke-10 Dewi Dialog kali ini menemukan dua personaliti yang mempunyai satu persamaan menarik. Balqish Maarif dan Mia Ali sama-sama dilahirkan pada tahun 1989, namun menyertai Pencarian Dewi Remaja dalam batch yang berbeza!

Walaupun datang daripada generasi pertandingan yang berlainan, kedua-duanya mempunyai perjalanan tersendiri selepas meninggalkan pentas Dewi Remaja.

Mia Ali berkongsi tentang kehidupannya selepas pertandingan termasuk perjalanannya membina kerjaya serta menceburi bidang perniagaan dengan membuka bisnes kek.

Berbeza pula dengan Balqish Maarif yang melalui fasa kehidupan baharu selepas mendirikan rumah tangga. Balqish turut berkongsi pengalamannya menjalani kehidupan di luar negara serta bagaimana perjalanan tersebut membentuk dirinya hari ini.

Menariknya apabila dua Dewi yang sebaya ini duduk semeja, barulah tersingkap bagaimana usia yang sama tidak semestinya membawa kepada perjalanan hidup yang sama. Dari zaman Dewi Remaja sehinggalah kehidupan mereka hari ini, masing-masing mempunyai cerita dan turning point tersendiri.

Tonton Dewi Dialog Episod 10 untuk dengar sendiri kisah Balqish Maarif dan Mia Ali serta throwback perjalanan mereka sebagai sebahagian daripada legasi lebih 40 tahun Dewi Remaja. ✨

#majalahremaja #remaja #remajamalaysia #DewiRemaja #DewiDialog #40TahunDewiRemaja

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads