Rasanya, semua orang pernah menonton video #KekeChallenge kan?
Tipulah kalau tak pernah, duduk bawah batu ke macam mana tu? Hehe..
Sebulan sudah cabaran #KekeChallenge tular di media sosial sehinggakan bermacam-macam versi yang telah kami tonton. Akhirnya klip video rasmi single Drake berjudul In My Feelings ini telahpun dimuat naik di saluran YouTube DrakeVeVo.
Satu saja persoalan yang penulis fikirkan, adakah klip video ini akan dipenuhi dengan video-video cabaran #KeKeChallenge dari serata dunia termasuklah dari Malaysia, mungkin?
Jawapannya, ya dan tidak.
Ads
Walaupun Drake tidak menari di tepi keretanya, namun ada beberapa pergerakan tarian oleh dua orang model yang kelihatan mirip dengan cabaran #KeKeChallenge di awal klip video.
Ads
Malah pada minit ke 3.53, Drake mulai bercakap mengenai ‘mimpi ngeri’ tentang seorang budak lelaki New York yang melakukan tarian #KeKeChallenge dan menjadikan tular di seluruh dunia. Secara tidak langsung, Drake mengakui betapa popularnya #KekeChallenge dan bagaimana seluruh dunia obses dengan cabaran tersebut.
Pada pengujung klip video (minit ke 7.25) pula, Drake menampilkan beberapa klip selebriti popular yang melakukan #KekeChallenge! Ini termasuklah Dua Lipa, Ryan Secrest dan Will Smith. Malangnya, tiada selebriti dari Malaysia yang terpilih untuk muncul dalam In My Feelings.
Which is such a shame. Orang Malaysia hebat kot menari di sebelah kereta ini, betul tak?
Ads
Cuba tengok klip video terbaru dari Drake ini dan rate sama ada ia hebat atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syukur ke hadrat Ilahi selepas 86 tahun, hari ini buat pertama kalinya umat Islam di Turki bakal menunaikan solat Jumaat di Hagia Sophia.
Dalam sidang media yang dilakukan oleh Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya memaklumkan orang ramai sudah tidak sabar untuk menantikan detik bersejarah itu.
Walau bagaimanapun, susulan penularan wabak COVID-19, langkah-langkah pencegahan sudah dilakukan termasuklah menyediakan ruang solat berbeza bagi mengelakkan orang ramai berkumpul pada satu masa.
Persediaan sebelum dibuka untuk solat Jumaat
Mereka yang mahu melakukan solat berjemaah di masjid tersebut perlu membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka.
Kawalan ketat sudah dirancang termasuk penutupan beberapa stesen keretapi sebelum dan ketika solat Jumaat sedang berlangsung.
Bangunan Hagia Sophia atau Ayasofia dibina oleh empayar Rom Timur sebagai gereja besar pada abad keenam Masihi sebelum diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada 1453.
Status bangunan itu sekali lagi bertukar apabila kerajaan secular Turki menjadikannya muzium pada 1934. Lebih 50 tahun kemudian, Hagia Sophia telah diiktiraf UNESCO sebagai sebahagian daripada Kawasan Bersejarah Tapak Warisan Dunia Istanbul.
Baru-baru ini juga, selepas memaklumkan Hagia Sophia bakal dibuka kepada orang awam untuk solat berjemaah, berita ini turut mendapat respon negatif daripada beberapa pemimpin dunia yang lain.
Namun, Alhamdulillah kini Hagia Sophia secara rasminya bakal membuka ruang buat orang awam menunaikan solat Jumaat pada hari ini.
Malang tidak berbau, siapa sangka cendawan liar yang dikutip di kebun belakang rumah punca satu keluarga nyaris maut dan terpaksa masuk hospital.
Spesies cendawan yang dipercayai beracun yang sering tumbuh di kawasan kebun rumah mangsa.- Foto ihsan keluarga mangsa
Menurut laporan Sinar Harian, suri rumah itu hanya mampu melihat tujuh anaknya rebah seorang demi seorang dalam keadaan mulut berbuih dan berdarah kurang sejam selepas menikmati sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun dalam kejadian pada Isnin minggu lalu di kediamannya mereka di Kampung Nyiur di sini.
“Tidak sampai sejam, saya rasa seperti ada yang tidak kena. Terasa seolah-olah hendak terbakar di dalam perut. Rasa panas semacam dan pada masa sama saya muntah berdarah termasuklah suami, Muhammad Nurhadi, 36.
“Dalam keadaan tidak bermaya, kami hanya mampu melihat seorang demi seorang anak tergolek. Ada yang mulut berbuih dan keluar darah. Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu,” katanya.
Difahamkan, lauk cendawan beracun itu dijamah oleh mereka sekeluarga kecuali anak bongsu berusia setahun sebulan.
Hmm..bahayanya cendawan liar ni kerana fizikal tumbuhan ini kelihatan sama. Jadi, ini REMAJA kongsikan 5 jenis cendawan yang tidak boleh dimakan dan beracun.
Cendawan Amanita Bisporigera
Foto Via naturenet.net
Amanita bisporigera adalah spesies cendawan beracun yang berbahaya dalam keluarga Amanitaceae. Ia biasanya dikenali sebagai cendawan ‘Eastern North American Destroying Angel’ atau cendawan malaikat pemusnah.
Cendawan ini mempunyai payung putih halus yang dapat mencapai hingga 10 centimeter dan panjangnya sehingga 14 sentimeter. Jenis cendawan ini mempunyai dua spora dalam satu induk.
Pholiotina rugosa adalah cendawan rumput biasa yang tumbuh secara meluas dan sangat biasa dijumpai di kawasan Barat Laut Pasifik. Jenis cendawan ini juga telah dijumpai di Eropah, Asia dan Amerika Utara.
Ia mengandungi mikotoksin yang boleh membawa kepada kematian. Awas, jenis cendawan ini tidak boleh dimakan.
Cendawan Sulfur Tuft
Foto Via educalingo.com
Cendawan sulfur tuft atau clustered woodlover adalah jenis cendawan hutan yang biasa dan sering kali dijumpai ketika hampir tidak ada cendawan lain. Cendawan ini tumbuh secara besar-besaran dalam gumpalan besar pada tunggul, akar mati atau batang pokok yang lebar.
Cendawan Sulfur tuft amat pahit dan merupakan cendawan yang beracun. Jika memakannya, ianya boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan sawan.
Toksin utama di dalam jenis cendawan ini adalah steroid yang dikenali sebagai steroid fasciculol E. Jangan sesekali makan cendawan jenis ini.
Cendawan Galerina Sulciceps
Foto Via alchetron.com
Spesies cendawan yang sangat berbahaya dan tidak boleh dimakan juga adalah Galerina sulciceps. Ia hidup di wilayah tropika Indonesia dan India, namun kadang-kadang dilaporkan membiak di Eropah.
Jenis cendawan ini mengandungi lebih banyak toksik daripada deathcap (Amanita phalloides). Cendawan ini terbukti mengandungi toksin alpha- (α-), beta- (β-) dan gamma- (γ-) amanitin. Satu kes pernah dilaporkan di Indonesia pada tahun 1930-an yang mengakibatkan 14 kematian akibat pengambilan jenis cendawan ini.
Cendawan Galerina Marginata
Foto Via zoology.ubc.ca
Galerina marginata adalah jenis cendawan yang beracun dalam keluarga Hymenogastraceae dari Agaricales. Sudah tentu tidak boleh dimakan. Cendawan ini mempunyai payung coklat hingga kuning coklat yang pudar ketika musim kering.
Insang cendawan ini berwarna kecoklatan dan memberikan cetakan spora yang berkarat. Cincin membran yang jelas kelihatan pada batang spesimen muda jenis cendawan ini akan hilang seiring bertambahnya usianya.
Moga perkongsian ini bermanfaat kepada semua, pengajarannya kenalpasti cendawan liar sebelum memetik dan dimakan. Dan get well soon buat ahli keluarga ini!
REMAJA tidak mempunyai niat lain, hanya sekadar ingin berkongsi pendapat dan pandangan terhadap isu ini selain daripada mendidik remaja khususnya.
Berikutan daripada kes bunuh diri di kalangan remaja kian meningkat termasuk remaja di Malaysia, isu bintang kpop Goo Hara yang dahulunya popular dengan grup wanita KARA, dikhabarkan hampir membunuh dirinya akibat tekanan daripada pelbagai pihak.
Goo Hara yang berusia 28 tahun itu dijumpai oleh pengurus peribadinya sendiri dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya. Pengurus Hara bertindak serta-merta setelah menghidu niat wanita itu. Goo Hara ditemui pengsan di dalam bilik yang dipenuhi asap dan terus dibawa ke hospital berdekatan.
Hara sempat menyampaikan kata-kata terakhir di Instagram Story nya dengan kata-kata depresi yang diakhiri dengan ‘selamat tinggal’ Sabtu lalu. Bukan saja pengurus peribadinya, malah netizen juga dapat merasakan ada sesuatu tidak kena pada posting wanita itu. Rata-rata memberi kata-kata semangat kepada wanita itu agar tidak membuat keputusan melulu dan terus tabah dalam menghadapi dugaan.
Goo Hara sebelum ini mendapat perhatian netizen di Korea Selatan ekoran kes dera oleh bekas teman lelakinya sendiri. Malah penyanyi dan pelakon di bawah agensi Keyeast Entertainment itu mendapat kecaman bertubi-tubi daripada peminat apabila dia menjalani pembedahan plastik pada wajah.
Korea Selatan menduduki tangga ke-10 dan merupakan negara Asia pertama terkenal dengan kes bunuh diri. Hara bukanlah kes pertama kerana ramai selebriti terkenal negara tersebut melakukan percubaan membunuh diri malah ada antara mereka berjaya membunuh diri mereka sendiri.
Antara selebriti terkenal yang telah menarik nyawa mereka sendiri adalah Shinee Jonghyun dan pelakon drama Winter Sonata, Park Yong Ha.
Antara perkara yang menjadi punca ramai membuat keputusan untuk membunuh diri adalah media sosial yang membawa kepada penyakit depresi. Budaya di Korea Selatan tidaklah seindah wajah ahli kumpulan BTS ataupun Red Velvet. Kebanyakan selebriti hidup untuk memuaskan kehendak orang sekeliling mereka terutamanya peminat.
Sikap masyarakat yang mengagung-agungkan selebriti seperti tuhan dan menuding jari apabila mereka melakukan kesalahan dah jadi asam garam industri hiburan tak kira negara. Mereka terpaksa menjaga penampilan, menjaga tingkah laku agar dilihat sempurna di mata masyarakat. Perlu tahu, selebriti juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada silap meskipun peminat adalah sumber rezeki selebriti tersebut.
Dikhabarkan, ini kali kedua Hara mencuba untuk membunuh dirinya. Walau bagaimanapun, dia kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dalam proses pemulihan.
Apa yang REMAJA cuba sampaikan di sini, tak kira sebesar mana pun kesilapan seseorang itu, kita yang melihat perlu bantu mereka bukan terus mengecam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.