
Pertarungan pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi menyaksikan Aliff Aziz dinobat menjadi juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi.
Kemenangan ini mungkin sudah dijangka kerana melihatkan konsistensi yang dilakukan oleh penyanyi kelahiran Singapura ini, namun saingan sengit tetap diberikan oleh lima lagi finalis GV8.
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 9 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/A.jpeg)
Aliff menyampaikan lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir pada persembahan solo dan bergandingan bersama Hafiz Suip menyanyikan lagu Dealova, seterusnya berentap dengan Aweera di pusingan battle menerusi lagu Bangun nyanyian Aman Ra.
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 10 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/b.jpeg)
Namun, disebalik tabir yang berlaku ketika berlangsungnya finale GV8 malam tadi, sebuah video yang menunjukkan Aliff Aziz mengetuai bacaan doa sebelum konsert akhir menarik perhatian ramai.
Video ini telah dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai aliffaziz_familia dan rata-ratanya memuji tentang perubahan yang dilihat pada penyanyi lelaki itu.
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 11 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/3Z8WGg6W-1.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 12 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/NYwJjdLG-2.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 13 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/dSEmVUy4-3.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 14 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/u7Nvv30s-4.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 15 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/5.png)
Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Aliff Aziz dan diharap kemenangan ini menjadi titik tolak agar kariernya dalam bidang nyanyian diteruskan lagi dan semoga Aliff terus istiqamah menjadi individu yang lebih baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Takut Nak Tengok Lakonan Sendiri..” – Pusaka Filem Pertama Yuna Rahim

“Bukan sebab Pusaka filem bergenre seram, tetapi..”
Bukan mudah untuk seorang pelakon drama beralih kepada projek filem. Antara pelakon muda yang berjaya mendapat peluang di kedua-kedua skrin ialah Mira Filzah, Puteri Aisyah dan Jasmine Suraya.
Jadi apabila pelakon baru, Yuna Rahim yang popular dengan watak Cempaka menerusi drama Sweet Dreams ditawarkan watak filem pertamanya menerusi filem Pusaka, tentulah ia satu milestone untuk pelakon tersebut.

Cuma, penulis pasti ramai yang akan terkejut bila mendapat tahu Yuna masih belum menonton filam lakonannya sendiri kerana..
”..Saya takut untuk melihat bagaimana hasil lakonan filem pertama di layar perak. Disebabkan itulah saya tidak menghadiri acara screening tempoh hari, selain terlibat dengan komitmen lain pada hari tersebut.
“Ada di kalangan kawan saya yang telah menonton dan bagi mereka, Pusaka bukanlah sebuah filem seram tipikal. Ia bijak bermain dengan emosi penonton dan mempunyai babak ‘jump-scare’ yang berjaya.

Cabaran Filem Pertama
Tentulah bila kali pertama berlakon dengan produksi filem, semua pelakon akan berdepan cabaran awal semasa memasuki set. Yuna juga tak terkecuali, cuma dia perlu berdepan dengan satu lagi cabaran besar.
“Saya perlu bawakan watak Cempaka (drama Sweet Dreams) pada waktu siang dan watak Khaleeda (filem Pusaka) pada waktu malam. Sedikit sebanyak, saya perlu bekerja lebih keras untuk membezakan mood kedua-dua watak kerana mereka amat berbeza,” kata Yuna.
Baginya, babak paling mencabar adalah sewaktu wataknya diikat bersendirian di dalam sebuah rumah lama berusia lebih 20 tahun. Nak dibuatkan cerita, hampir kesemua kru produksi berada di luar rumah dan dia dibiarkan sendirian.
Seram!

Banyak Belajar
Ini merupakan kali pertama Yuna bergandingan dengan pelakon lain seperti Mimi Lana, Syafiq Kyle, Sweet Qismina dan lain-lain.
“Mereka amat membantu saya untuk menyesuaikan diri dalam penggambaran. Saya amat terharu bila mendapat peluang untuk bekerja dengan mereka.”
Buat masa ini, Yuna masih berkira-kira untuk memilih tawaran berlakon drama yang datang serentak.
”Saya rasa lebih baik jika saya fokus kepada 1 projek lakonan pada 1 masa. Pengalaman membawakan watak Cempaka dan Khaleeda pada masa yang sama amat sukar. Saya pentingkan kualiti lakonan dan insyaAllah, saya akan keluar dengan projek lakonan baru.
“Saya juga sedang bersiap sedia untuk sebuah lagi projek filem untuk tahun hadapan. Doakan ya!”
*
Artikel penuh bersama Yuna Rahim dapat dibaca dalam segmen Her Looks untuk Majalah Remaja isu Oktober – Disember 2019. Kini di pasaran.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berdasarkan Kisah Benar, Ini Fakta Menarik Mengapa Filem Lembayung Merupakan Filem Yang Paling Dinantikan!

Sememangnya penantian yang telah ditunggu lama oleh para peminat filem genre seram tanah air, Lembayung kini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara selepas meraih sambutan hangat di Indonesia.
Karya ini merupakan debut pertama arahan Baim Wong sebagai pengarah dan menariknya, Lembayung kini disenaraikan sebagai salah satu filem lokal terlaris Indonesia pada tahun 2024.
Meh kami kongsikan dengan anda beberapa fakta menarik mengenai filem Lembayung!

PENAMPILAN MEMUASKAN SETIAP WATAK
Teraju utama filem ini, Anna Jobling sememangnya layak untuk diberikan tepukan gemuruh. Bekas Dewi Remaja 2018/2019 itu turut mendapat pujian kerana mampu memerankan watak hantu dengan baik sehingga membuatkan ramai penonton ngeri dengan setiap babak yang ditunjukkan.
Selain itu, bintang utama yang turut membarisi seperti Yasamin Jasem sebagai Arum dan Taskya Namya sebagai Pica juga berjaya membuatkan karakter mereka sangat hidup di layar panggung. Terutamanya Yasamin dalam menunjukkan kemampuan lakonannya dalam menyampaikan ketegangan dan ketakutan yang dialami Arum sebagai mangsa gangguan seksual.
Tidak lupa juga, peranan Arya Saloka berhasil membawakan segala ‘plot-twist’ menerusi Lembayung dan menghadirkan sisi psikopat walaupun ini merupakan pertama kali beliau mendapat watak dalam filem seram.


ADAPTASI KISAH NYATA
Menurut Baim Wong, filem Lembayung sebenarnya diadaptasi dari kisah benar tau tapi nama klinik dirahsiakan bagi menjaga privasi.
Kisah ini juga tular media sosial dan ia mengisahkan tentang kisah mistik yang dialami oleh dua orang pelajar fakulti perubatan, semasa menjalani praktikal di sebuah klinik yang bernama Lembayung.
Semenjak kehadiran pesakit wanita yang mengerikan, mereka berdua sering diganggu hingga salah seorang dari mereka dirasuk secara brutal.
“Saya ada berjumpa pencerita sebenar yang alami kejadian ini dan untuk filem ada dalam 50-60% cerita asal dimasukkan,” ujar Baim Wong.

‘GANTUNG’ 8 JAM
Anna Jobling juga sempat berkongsi bagaimana proses dan ‘moment’ semasa di set penggambaran, dimana ketika dirinya melakukan babak ‘tergantung’ hampir selama 8 jam. Menurut Anna, dia amat bersyukur ketika diberikan peluang untuk menerajui salah satu filem seram Indonesia dan hanya melakukan yang terbaik.
“Untuk babak merangkak itu, sebelum mula penggambaran saya cuba practice banyak kali dan rekod untuk lihat jadi ke tidak macam hantu. Saya tak nak kalau merangkak itu nampak ala kadar dan tak seram,” jelasnya.

ISU GANGGUAN SEKSUAL
Antara kritikan utama terhadap filem ini adalah gambaran isu gangguan seksual yang dipertonton tanpa memberi sebarang trigger warning. Walau bagaimanapun, terdapat mesej moral yang mesej moral yang ingin disampaikan, kerana isu ini juga penting untuk menyedari bahawa kesedaran mengenai kes-kes gangguan seksual sangat relevan pada masa kini.
Nah! Itu dia beberapa fakta menarik mengenai Lembayung. Bagi anda penggemar filem bergenre seram, memang sesuai sangat ajak kawan-kawan lain untuk tonton sebab ia bakal mengerikan seluruh pawagam bermula 5 Disember ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Coco: Sebuah Animasi Fantasi Penuh Dengan Jiwa, Kasih Sayang & Cinta Dari Pixar

Sebut sahaja nama Pixar ramai antara kita pasti tersenyum apabila terus terbayang karya-karya animasi hebat mereka seperti Toy Story, Finding Nemo, Monsters Inc., A Bug’s Life, Ratatouille, WALL-E dan banyak lagi. Satu perkara menarik tentang animasi Pixar ialah mereka sentiasa tidak pernah mengecewakan penonton dengan menyajikan jalan cerita yang baik dan animasi bervisual efek serba spektakular.
Konsep serta jalan cerita Coco juga memaparkan budaya orang Mexico yang menyambut Dia de Muertos atau dalam Bahasa Inggeris, Day of the dead.
Terbaru, Pixar bersama Wlat Disney Studios memperkenalkan filem terbarunya, Coco. Animasi 3D ini mengetegahkan karakter utamanya bernama Miguel, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mempunyai minat cukup mendalam dalam bidang muzik. Namun, cintanya terhadap muzik terpaksa disembunyikan kerana familinya mengharamkan muzik dalam kehidupan mereka. Malah budaya dalam famili Miguel ini berlaku selama beberapa generasi. Mereka dengan bersungguh-sungguh menghalang sesiapa sahaja daripada famili untuk tidak terlibat dengan muzik dalam kehidupan.
Konsep serta jalan cerita Coco juga memaparkan budaya orang Mexico yang menyambut Dia de Muertos atau dalam Bahasa Inggeris, Day of the dead. Pada hari ini masyarakat mereka mempercayai ahli keluargayang telah mati akan pulang untuk menziarahi mereka. Nenek moyang Miguel mengharamkan muzik kerana ia menjadi punca kepada keretakan hubungan ahli keluarga mereka. Miguel yang juga seorang pemain gitar hebat kemudian terperangkap dalam dunia Land of the Dead selepas berlaku sebuah kemalangan. Adakah Miguel mampu plang semula ke dunia sebenar?
Coco yang diarahkan oleh pengarah veteran Pixar, Lee Unkrich meletakkan ikatan kasih sayang keluarga, budaya dan muzik sebagai asa utama filem ini. Apa yang menarik, animasi hebat ini cukup sesuai ditonton bukan sahaja di kalangan kanak-kanak tetapi orang dewasa kerana mesejnya melangkau peringkat umur. Walaupun dari segi emosinya tidaklah setinggi seperti ditonjolkan dalam Toy Story dan WALL-E, namun Coco berjaya menonjolkan ‘dirinya’ sebagai sebuah filem berlatarkan muzik latin yang cukup kaya.
Coco juga bakal mengejutkan penonton dengan plot twist yang tersendiri. Tidak salah untuk Remaja katakan bahawa Coco merupakan antara filem animasi paling ‘berjiwa’ ditayangkan untuk tahun 2017. Mungkin inilah penutup yang sempurna buat Pixar buat tahun ini. Coco akan mula ditayangkan pawagam di seluruh negara bermula pada 23 November 2017.
Rating Remaja: 3.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

