‘Venom: Let There Be Carnage’ Papar Pertarungan Sengit ‘Ayah & Anak’ Makhluk Asing

Share

Mungkin ramai sudah tidak sabar menantikan filem terbaharu yang menampilkan salah satu karakter dari komik Marvel, Venom: Let There Be Carnage. Filem ini merupakan sekuel kepada Venom yang pernah ditayangkan pada tahun 2018.

Beberapa pelakon yang sama masih dikekalkan dalam filem ini, antaranya Tom Hardy yang kembali memegang watak sebagai Eddie Brock atau Venom dan Woody Harrelson tampil dengan watak Cletus Kasady.

Sekuel kali ini menceritakan tentang Eddie Brock yang masih bergelut untuk hidup bersama dengan Venom. Apabila pembunuh bersiri gila, Cletus Kasady turut memiliki simbiot makhluk asing, Brock dan Venom terpaksa bertarung untuk menghentikan keganasan.

Pada permulaan cerita, filem ini membawa penonton menyingkap kembali kisah pembunuh bersiri, Cletus Kasady yang dijatuhkan hukuman mati. Namun, semuanya berubah apabila dia mendapat kuasa simbiot makhluk asing yang lebih kuat daripada Venom. Malah, Venom turut mengakui bahawa kuasanya tidak sehebat makhluk baru ini.

Jalan cerita yang tidak meleret memaparkan kisah pergelutan antara Eddie dan Kasady ini antara filem yang berbaloi untuk ditonton, lebih-lebih lagi bagi peminat dan pengikut filem Marvel.

Secara keseluruhan, filem ini tidak mengecewakan. Untuk menyaksikan kesudahan pertarungan Eddie Brock dan Cletus Kasady, korang boleh tonton sendiri di pawagam mulai 11 November ini.

Selamat menonton!

IKLAN