Penyanyi meningkat naik, Vanessa yang telah menjejakkan kaki di Shanghai untuk menyertai program ‘Sing! China 2023’ di Zhejiang TV, tampil menjadi topik perbualan di China kerana mempunyai bakat nyanyiannya yang hebat dan personalitinya yang unik.

Buat julung kalinya pada episod kedua, Vanessa membuat persembahan sulungnya dengan memilih lagu pilihan Riding The Wind, daripada penyanyi dan pengubah lagu yang berbakat iaitu, David Huang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kesempurnaan Memerlukan Praktik, Bukan Sekadar Teori..” Kebolehan Berbahasa Melayu Jadikan Kimberly Chuah UNIK

Vanessa Reynauld Jadi Tumpuan Di China, Bikin Juri ‘Jatuh Cinta’!

IKLAN

Persembahan nyanyiannya yang mantap dan penampilannya yang matang telah menarik perhatian semua penonton di studio. Selain itu, Vanessa telah mendapat pujian daripada keempat-empat mentor yang berhasrat untuk rekrut sebagai salah seorang ahli pasukannya mereka. Keempat-empat mentor menjelaskan mengapa Vanessa harus berada dalam pasukan mereka dan akhirnya berlaku perebutan dan perdebatan yang mencuit hati netizen.

Ketika menyanyikan lagu tersebut, Vanessa telah menyanyikannya dengan gaya tersendiri selain dari merombak lagu daripada lagu asal, dia juga mampu mengawal rasa gemuruh dan lebih menekankan pada interpretasi nyanyian yang halus namun masih kekal padu, telah mendapat pujian daripada keempat-empat mentor.

Emil Chau, sangat teruja pada episod kali ini berbanding episod lepas kerana kehadiran Vanessa dalam program tersebut dan Emil Chau juga berusaha untuk memenangi hatinya untuk menyertai pasukannya.

IKLAN

Vanessa Reynauld Jadi Tumpuan Di China, Bikin Juri ‘Jatuh Cinta’!

Selain, Emil Chau membuat tawaran perjanjian untuk mengunjungi keluarga Vanessa di Malaysia pada bulan September 2023 ketika dia akan mengadakan konsert di sana, dan berharap untuk bertemu dengan mereka jika Vanessa menyertai pasukannya. 

IKLAN

Pada masa sama, Henry Lau, sangat teruja dan memberikan tumpuan apabila menyedari bahawa Vanessa menyanyikan lirik Riding the Wind dengan kelainan serta emosi yang berat, dengan segera meminta dia untuk menunjukkan tiga cara berbeza untuk menyampaikan lirik tersebut secara spontan. Henry juga berbesar hati untuk merekrut Vanessa dalam pasukannya, dan dia akan memberikan sokongan penuh untuk membantu Vanessa mencari kepakaran dalam muzik.

Selain itu, Vanessa berharap agar diberi peluang untuk membuat lebih banyak persembahan di pentas ‘Sing! China 2023’ dengan gaya yang berbeza dan serba boleh pada masa akan datang. Vanessa juga berjanji untuk memberikan tumpuan dan usaha yang maksimum dalam setiap persembahannya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI