Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu
Itulah yang dapat digambarkan apabila penyanyi Sissy Iman diberi peluang bergambar dan berbual sepatah dua kata dengan komposer lagenda, David Foster di konsert HITMAN: David Foster & Friends pada Isnin lepas.
Menurut penyanyi tanah air itu sendiri, perkara tersebut berlaku secara spontan apabila dia tanpa sengaja mengganggu ucapan David dengan menyanyikan lirik lagu Take My Breath Away.
David yang kemudiannya terasa ‘terganggu’ dengan nyanyian lagu tersebut segera menuju ke arah Sissy yang berada di barisan hadapan penonton.
Ads
Buat pengetahuan semua, lagu Take My Breath Away nyanyian kumpulan Berlin untuk filem Top Gun 1986 merupakan karya yang mengalahkan lagu ciptaan David Foster, Glory of Love di Anugerah Akademi ke-59 dalam kategori Lagu Asal Terbaik.
Disebabkan kekalahan inilah, David sehingga kini masih ‘bitter’ dengan lagu tersebut. Haiyoooo……comel lah perangai komposer terkenal ini!
Dalam ketika itu, Sissy juga berkesempatan menghulurkan album terbaharunya kepada David dengan harapan dia akan mendengar lagu-lagu tersebut.
Ads
“Ketika David ajak penonton menyanyi, saya tidak sempat angkat tangan sebab saya tak terfikir nak nyanyi lagu apa. Apabila saya berikan CD tersebut, dia bertanya kenapa saya tidak angkat tangan sebelum itu memandangkan saya seorang penyanyi,
“David meletakkan CD itu di atas pianonya ketika konsert. Saya harap dia bawak balik dan dengar lagu-lagu saya,” ujarnya.
Ads
Sekadar info, Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023 yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur menampilkan komposer muzik terkemuka dunia, David Foster bersama barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee serta penyanyi nombor satu tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Sissy Iman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya hampir semua peminat tegar Kpop sudah mengetahui bahawa setiap lelaki warganegara Korea diwajibkan untuk menyertai latihan ketenteraan yang khabarnya selama tempoh hampir 2 tahun.
Sudah tentu para peminat rasa kehilangan apabila idola mereka terpaksa meninggalkan aktiviti seni sepanjang tempoh latihan tersebut.
Namun begitu, kalau korang nak tahu sebenarnya ada beberapa selebriti Korea yang dikecualikan menyertai latihan ketenteraan ini.
Nak tahu sebab apa? Let’s check this out!
1. Seo In Guk
Asalnya, Seo In Guk dimasukkan ke dalam latihan tentera pada Mac 2017 namun setelah empat hari mendaftar, personaliti ini dibebaskan daripada perkhidmatan ketenteraannya kerana mengalami kecederaan buku lali yang teruk.
Dia disahkan mengalami Osteochondritis dissecans, di mana mempunyai masalah sendi. Ini menjadikan Seo In Guk telah dikecualikan daripada latihan ketenteraan.
2. Yoo Ah In
Yoo Ah In mendapat pengecualian kerana masalah tumor pada tulang. Setelah menjalani beberapa kali pemeriksaan perubatan, dia dianggap tidak layak untuk berkhidmat dalam tentera.
3. Kim Woo Bin
Didiagnos menghidap barah Nasopharyngeal pada tahun 2017, Kim Woo Bin dikecualikan daripada perkhidmatan ketenteraan atas atas faktor kesihatannya.
4. Jo Jung Suk
Kes yang dialami oleh Jo Jung Suk agak memilukan kerana pengecualiannya disebabkan oleh masalah kewangan. Ayah Jo Jung Suk meninggal dunia pada tahun 2000, jadi dia diberi pengecualian daripada latihan tentera untuk menampung kehidupan ibunya.
5. Eun Ji Won
Penyanyi ini dibebaskan daripada perkhidmatan tentera kerana dianggap tidak status pendidikannya tidak memenuhi syarat kemasukan. Eun Ji Won bersekolah menengah di luar negara, Hawaii dan menjadi pelajar peralihan di Kent Foreigners School ketika kembali ke Korea, tetapi pendidikannya tidak diiktiraf. Status pendidikan lelaki ini hanya dianggap sebagai lulusan sekolah menengah dan membuatkannya terkecuali daripada latihan tentera.
6. BamBam (GOT7)
BamBam akhirnya dikecualikan daripada perkhidmatan ketenteraan kerana jumlah sukarelawan yang mengisi tempat yang diperlukan semasa undian tentera.
7. Ten (NCT)
Penyanyi lelaki yang berasal dari Thailan ini sering menghidapi masalah sakit lutut yang teruk sehingga dia terpaksa menjalani pembedahan pada tahun 2017. Ten turut dikecualikan daripada menyertai latihan ketenteraan di Thailand.
Kalau di Malaysia mungkin ada yang gembira bila terkecuali daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), agak-agak di Korea mereka pun gembira ke kalau dikecualikan menyertai latihan tentera? Hee!
Dahulu, tak semua pelajar yang berkeyakinan untuk berdiri di hadapan orang ramai dan berdebat.
Sebelum ini, penulis akui – hanya sekolah elit yang berstatuskan MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Agama (SBPA) saja yang mengungguli dunia berdebat ini di peringkat sekolah. Di universiti pula, beberapa nama besar seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) umpamanya yang menjadi ‘kuasa’ di kalangan universiti lain.
Namun, budaya berdebat dilihat semakin disukai dan diterima ramai. Bukan sebab nak bergaduh cakap tau! Tetapi untuk melontarkan usul, pendapat dan pada masa yang sama, mencabar ketangkasan diri kita berfikir.
Nampaknya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga merasakan sebegitu.
Foto: Nana@Azman
Ketika berada di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini, beliau berkongsi pengalaman lalunya yang juga lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Hanya di penghujung Tingkatan 4, beliau mula mempelajari kemahiran berdebat.
“Setiap hari, saya akan berlatih dan ‘budaya’kan debat dengan kawan lain. Dan hasilnya, boleh juga cakap di depan crowd.
“Debat bagi saya adalah kemahiran yang sangat peting untuk kita mengelak isu anak muda menganggur yang berlaku sekarang. Bukan sebab mereka tidak bagus, tapi kebanyakannya tidak yakin bercakap di dalam Bahasa Inggeris. Malah, bercakap di dalam Bahasa Malaysia secara teratur juga sukar,” katanya.
Foto: Nana@Azman
Saddiq ingin melihat sesi debat diadakan setiap bulan, bermula dengan siri pertama di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 18 September ini.
“Kita mula dengan siri bulanan, kemudian kita cuba setiap minggu pula. Topik semasa selalu bertukar, jadi tidak ada masalah untuk mencari topik. Daripada budaya ‘berdebat’ di media sosial dan parlimen, sekarang kita budayakan debat di peringkat ilmiah pula.”
Korang rasa dengan berdebat, majikan akan lebih yakin dengan pelajar dari institusi di Malaysia?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon terkenal Korea Selatan, Park Bo Gum mencuri perhatian para peminat apabila tiba-tiba muncul sebagai seorang pemberita ramalan cuaca dalam rancangan ‘Newsroom JTBC’ pada 26 Mei lalu.
Menerusi sebuah potongan video yang tular di media sosial, pelakon drama ‘Reply 1988’ itu tampil cukup kemas dengan pakaian rasmi pasukan Korea lengkap disertakan bendera negara ginseng itu di dadanya.
Pelakon kacak itu muncul dalam segmen cuaca dengan suara paling jelas dan gaya bercakap yang sopan, serta menyampaikan ramalan cuaca dengan gaya yang sangat charming sehingga membuatkan para peminat dan penonton berita terpaku dan jatuh hati.
Kredit foto: JTBC
Dalam pada itu, orang ramai turut berkongsi keterujaan di media sosial sehingga ada yang tidak percaya dengan kebolehan pelakon yang kini berusia 32 tahun itu dalam menyampaikan berita ramalan cuaca.
“Saya tak ingat langsung ramalannya, tapi wajah dia sudah stuck dalam kepala saya,” kata salah seorang peminat.
Pada masa yang sama, ada di antara peminat yang turut berharap agar Bo Gum boleh membawakan watak sebagai pembaca berita dalam drama beliau pada masa akan datang.
Walaupun segmen ramalan cuaca itu cukup singkat, namun ini merupakan sebahagian daripada kempen promosi drama terbaru JTBC berjudul ‘Good Boy’ yang bakal ditayangkan pada 31 Mei ini dimana Park Bo Gum memegang watak utama sebagai atlet pingat emas dalam sukan tinju iaitu Yoon Dong-Joo.
Sementara itu, ramai menganggap strategi promosi ini unik kerana sambil mempromosi drama, Bo Gum berjaya membuatkan penonton rasa lebih dekat dan teruja untuk melihat lakonannya dalam drama tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!