Virus Covid-19 sehingga kini masih lagi belum mempunyai vaksin yang seratus peratus boleh menyembuhkan. Namun beberapa penemuan baru yang telah dikeluarkan memberi sedikit cahaya sebagai permulaan untuk membendung penyebaran virus ini dengan lebih luas.
Walaupun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan mengguna pakai mana-mana vaksin Covid-19 selagi ia belum didaftarkan dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham sendiri menegaskan bahawa tindakan ini diambil bagi memastikan ujian klinikal terhadap semua vaksin tersebut selamat digunakan selain berkesan untuk merawat virus terbabit.
Ads
Dalam sebuah sesi taklimat pada Sabtu kelmarin, beliau berkata, “Sehingga kini masih tiada data yang dimaklumkan kepada kita berhubung keberkesanan dan keselamatan vaksin yang dihasilkan, Cuma yang ada adalah daripada laporan media.
“Jadi kita tidak boleh ambil laporan media dan daftarkan vaksin tersebut sebaliknya memerlukan data hasil kajian dilakukan khususnya kajian peringkat akhir. Kita tidak akan membeli mana-mana vaksin jika ujian klinikal belum tamat bagi memastikan ia selamat digunakan dengan bekesan.”
Ads
Umum mengetahui yang sebelum ini sebuah syarikat farmaseutikal, Pfizer, telah mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin Covid -19 semakin hampir medapat kelulusan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi tujuan membenarkan penggunaan yang dijangka bermula pada bulan depan.
Ads
Sumber: Astro Awani
***P/S- Soal vaksin bukan boleh dibuat mainan kerana jika salah digunakan boleh membawa kemudaratan. Kita sebagai rakyat Malaysia silalah patuhi segala SOP yang telah dikeluarkan pihak kerajaan agar lekuk gelombang Covid-19 ini berjaya kita ratakan. Sekaligus kehidupan akan menjadi seperti sediakala. Jangan lupa untuk sentiasa memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai pelajar universiti mengadu susah mencapai pointer 4.0 ketika peperiksaan akhir semester. Kata mereka, hanya pelajar benar-benar bijak saja yang boleh melakukannya. Pelajar di universiti amat maklum, penerima anugerah dekan adalah mereka yang memperoleh pointer yang tinggi sahaja.
Remaja berkongsi kisah kejayaan Salwa Mohd Azman, 21 tahun, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagaimana dia memperoleh 4.0 Flat bagi ujian semester 2 yang lalu. Bukan sekali tetapi sudah dua kali Salwa menerima anugerah dekan. Pada semester pertama, dia memperoleh pointer 3.7.
Salwa peroleh A dalam kesemua mata pelajaran dan memperoleh 4.0 flat
Ini keputusan peperiksaannya semasa semester 1, pointernya 3.7
Salwa memperoleh kesemua gred A bagi 6 mata pelajaran diambilnya iaitu Study Circle 2 (Sister), Introduction To Political Science, Reflections On Prophetic History, Islam Aqidah, Islamic Ethics dan Introduction To Sociology . Memang lagend dan superb la pencapaiannya inikan.
Nak tahu apa rahsia belajarnya? Mana tahu caranya belajar boleh dijadikan perkongsian dan panduan buat rakan pelajar yang lain. Cara setiap orang memang tidak sama kerana manusia itu dilahirkan berbeza-beza. Tapi 6 teknik ini amat berkesan kepada dirinya semasa di tahun 1 pengajian.
Salwa kongsikan 6 tips belajar caranya sehingga berjaya peroleh 4.0 flat dalam ujian semester 2 yang lalu
Pertamanya, kata Salwa, dia TIDAK SALIN NOTA ketika pensyarah menyampaikan kuliah. Dia hanya mendengar dengan penuh tekun.
Salah satu sebab dia berbuat demikian kerana Salwa akui dia tidak boleh buat kerja 2 dalam 1. Maksudnya mendengar dan masa yang sama menulis. Katanya kalau dia menulis dia akan terlepas apa yang pensyarah cakapkan. Dia cuma tumpu pada satu perkara saja.
Mengakui sifat manusia itu pelupa, kata Salwa sebelah malam, biasanya dia akan refer buku rujukan tentang apa yang pensyarah ajarkan siang tadi. Ini menjadikannya lebih pengingat.
Keduanya, Salwa akui dia tidak akan mengulangkali pelajaran pada sebelah pagi dan petang. Dia hanya BELAJAR SELEPAS ISYAK.
“Biasanya kalau ada kuiz, saya akan salin nota lebih kurang setengah jam. Kalau tak ada kuiz, saya akan belajar dari jam 9-12 tengahmalam. Kalau memerlukan tulis nota yang banyak, biasa waktu belajar akan berubah sehingga jam 1 atau 2 pagi.
Tips ketiga darinya ialah LIHAT NOTA KAWAN. Biasanya dalam bilik ada empat pelajar, Salwa akan memastikan dia melihat ketiga-tiga nota kawan-kawannya.
“Jika kebanyakan nota mereka sama, kami berempat akan bersetuju. Tapi kalau ada yang tidak sama dan kurang, biasanya saya akan tulis selebihnya. Dengan ini nota belajar kami akan lengkap,” kata anak kedua dari tiga beradik ini memaklumkan, pembelajaran di UIA adalah 100 peratus dalam Bahasa Inggeris dan pelajar mesti mahir menguasai bahasa antarabangsa ini.
Melalui kehidupan pelajar dengan penuh keceriaan
Tip ke empat ialah JIKA BELAJAR SAAT AKHIR, dia tak akan buka buku dah.
“Untuk lebih mengingati, kami buat kuiz soal jawap. Mencari apa yang berbeza atau kekurangan. Jadi masing-masing akan saling mengingati.
Tips ke lima darinya, BUAT NOTA PENDEK kerana itu adalah cara terbaik untuk mengingati.
Dan terakhir sekali, HORMAT PENSYARAH. Kalau cara pensyarah ajar tak best sekali pun, kalau pelajaran susah nak diingati, redhalah. Kata Salwa, bila kita hormatkan pensyarah, insya Allah ilmu yang diajar LEBIH BERKAT.
Aktif sebagai fasilitator pelajar di UIA
Hah, nampak mudahkan tips belajar darinya. Untuk makluman, sebelum memasuki UIA, Salwa bersekolah di SMK Danau Kota dan dia memperoleh 8 A dalam PMR. Masuk ke tingkatan 4 & 5, dia bersekolah di SMK Setapak Indah dan mendapat 8 A 1 C dalam SPMnya sebelum ditawarkan mengikuti Asasi di UIA.
Mengakui belajar bukan mudah tetapi sebagai pelajar, Salwa akui dia sama seperti pelajar lain.
“Paling utama, kalau tertekan, jangan teruskan lagi pembacaan atau mengulangkaji. Nanti kalau dipaksa, apa pun tak masuk. Biasanya saya akan main telefon bimbit, makan-makan, dengar lagu.
“Kita kena “enjoy” dengan dunia pelajar. Bila stres sudah hilang, sambunglah belajar kembali,” katanya yang turut aktif sebagai fasilitator pelajar di bawah pengajian diikutinya. Malah IIUM Comm tv pernah menjemputnya sebagai tetamu jemputan kerana dirinya merupakan bekas pelajar asasi UIA. Maklumlah, kampus di Petaling Jaya sudah ditutup sepenuhnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam finale Big Stage musim ketiga sebentar tadi berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada Muhammad Azzammuddin Bin Lop Hisham atau Azzam Sham.
Azzam, 23 telah mengenepikan saingan sengit daripada naib juara, Usop apabila berjaya mengutip 67.85 peratus berbanding Usop, 66.57 peratus.
Jurang markah 1.28 peratus itu diterima oleh Usop yang mengakui bahawa Azzam sememangnya mempunyai aura untuk bergelar juara sejak daripada minggu pertama lagi.
Sementara itu Qody Rani menduduki tempat ketiga dengan 61.85 peratus, Dinie Rashid di tempat keempat (60.04 peratus) dan tempat kelima milik Fadh Majid (58.80 peratus).
Pada pentas akhir Big Stage malam ini, Azzam telahpun membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade nyanyian asal Bruno Mars.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana rezeki dan bakat ini datang daripadaNya. Terima kasih kepada ibu bapa saya, ahli keluarga, atok nenek dan peminat yang selalu mengundi.
“Tulang belakang saya tentunya adalah kamu, Azzam Sham Troopers dan Azzam Sham FC atas sokongan mereka selama ini. Terima kasih juga kepada management saya, Rusa Music yang banyak membantu saya untuk berjaya sehingga ke peringkat hari ini. Saya saya semua orang yang ada di sekeliling saya.
“InsyaAllah saya tak sabar untuk mengeluarkan single baru, tak lama lagi,” katanya yang mengakui tidak menyediakan sebarang ucapan untuk malam ini.
Untuk pengetahuan, Azzam telah memenangi kategori BBNU of the Week selama 4 kali sepanjang 8 episod berlangsung pada musim kali ini.
Menariknya, pengacara Big Stage Live iaitu Radin dan Isha berjaya ‘mengorek’ siapakah buah hati yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.
“Terima kasih kepada Sheryl Shazwanie yang sentiasa memberikan kata-kata semangat,” bongkarnya.
Sheryl Shazwanie
So guys, korang bersetuju dengan keputusan Big Stage 2020 pada malam ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peluang menyertai Miss Universe New Zealand 2018 sudah cukup bermakna untuk diri gadis berhijab ini. Apatah lagi memasuki TOP 5!
Sekitar bulan Mei lalu, Nurul Zuriantie Shamsul menjadi bualan hangat ramai orang di Malaysia dan Indonesia berikutan penyertaan viralnya di dalam pertandingan ratu cantik.
Sebagai peserta pertama yang berhijab dalam sejarah pertandingan Miss Universe New Zealand, remaja kelahiran Ampang Selangor ini tak pernah berhenti untuk memuat naik gambar aktiviti terbaru yang dilakukannya bersama peserta ratu cantik lain.
Semalam merupakan hari jadi Nurul yang ke-21. Semalam juga adalah pentas akhir pemilihan Miss Universe New Zealand and she got her present there and then!
Nurul terpilih menduduki tempat kelima dalam pertandingan tersebut. Bukan saja Nurul dan keluargan yang merasa bangga, malah kami di Malaysia juga turut berbangga dengan keputusan tersebut!
Dalam posting di Instagram, Nurul berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan menyokong penyertaannya. “Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Ini hanyalah permulaan untuk saya dan saya tak sabar untuk menantikan peluang yang akan diberikan oleh Allah selepas ini.
“Hari ini juga adalah hari jadi saya ke-21, jadi ini adalah chapter terbaru dalam hidup saya!” katanya sambil sempat membalas komen followers yang mengucapkan tahniah.
Pelajar jurusan psikologi di University of Waikato ini menjadi bualan netizen di internet berikutan imej berhijabnya dikatakan tak selari dengan pertandingan ratu cantik. Namun, Nurul telah menjelaskan yang Miss Universe New Zealand tidak menyelitkan segmen pakaian renang sejak 6 tahun lalu.
“Saya tenang saja sepanjang pertandingan ini berlangsung. Tak sekalipun hijab yang saya pakai ini menjadi kekurangan untuk saya sebagai peserta.”
Apa pun REMAJA ucapkan TAHNIAH kepada NURUL!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!