
Pengacara dan pelakon berbakat, Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga. Berita gembira itu didedahkan secara eksklusif menerusi satu video santai dan menghiburkan yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Dalam video tersebut, Uyaina berseloroh bahawa azamnya untuk menguruskan badan pada tahun ini tidak menjadi kenyataan rupanya kerana dia sedang hamil tiga bulan. Dengan senyuman manis dan gaya penuh ceria, selebriti berusia 32 tahun itu mengumumkan bahawa kandungan terbarunya ini adalah ‘kejutan’ bukan sahaja untuk peminat, malah untuk dirinya dan suami.

“Sebenarnya saya simpan cerita ini dah lama dan berita ini eksklusif untuk netizen di luar sana. Ada sesuatu yang saya nak bagitahu yang sebenarnya saya sedang mengandung tiga bulan, surprise,” ujarnya.
“Bukan Setiap Tahun Saya Hamil, Tapi…”
Bekas pengacara rancangan Wanita Hari Ini ini turut berkongsi bahawa kehamilan terbarunya ini mungkin yang terakhir buat dirinya dan suami tercinta, Raja Syahiran. Walaupun tidak dirancang, kehadiran cahaya mata ketiga ini dianggap rezeki yang sangat disyukuri oleh pasangan ini.
“Bukanlah setiap tahun pun saya hamil cuma selang dua tahun saja. Anak pertama pada 2022, anak kedua pada 2024 dan insya-Allah anak ketiga ini akan lahir pada 2026,” katanya sambil berseloroh.
Tambah Uyaina, meskipun kehamilan kali ini tidak dirancang, ia adalah satu anugerah Tuhan yang sangat dihargai. Pasangan ini menerima ketentuan ini dengan penuh syukur dan rasa rendah hati.
Ucapan Tahniah
Sejurus selepas video itu dimuat naik, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa daripada para peminat dan rakan-rakan selebriti. Ramai yang meluahkan rasa gembira serta kagum melihat ketenangan dan aura positif yang ditampilkan Uyaina, walaupun kini sedang melalui fasa awal kehamilan.
Untuk rekod, Uyaina Arshad atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka kini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, 1 tahun.
Majalah Remaja mengucapkan tahniah buat Uyaina dan Raja Syahiran atas kehamilan ini. Semoga perjalanan sembilan bulan ini dipermudahkan dan anak yang bakal lahir menjadi penyejuk mata dan penyeri keluarga yang penuh kasih sayang.
Sumber: TikTok
BACA LAGI : ‘Ini Adalah Buli Siber’ – Uyaina Arshad Tak Lagi Berdiam Diri Jadi Bahan Kutukan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Fatima Hafal Semua Lagu Saya & Dia Suka Berlakon..” -Nur Fazura

Aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura, memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang halangan terhadap impian dan cita-cita anak perempuannya, Nur Fatima Aisya Abdul Fattah.
Katanya kepada Remaja, walaupun Fatima bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan, dia juga menunjukkan minat dalam bidang seni.
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Banyak Belajar Gayakan Hijab Daripada Gen Z Di Media Sosial

“Saya tiada halangan untuk anak perempuan saya. Macam Fatima, dia memang nak jadi ahli perniagaan tapi bila di rumah pun dia hafal semua lagu saya.
“Selain itu, dia juga minat berlakon kerana suka bercakap di depan cermin. Jadi tiada halangan untuk Fatima pada masa akan datang untuk dia jadi apa,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘Approved’ Fazura Nyanyi Lagu Adele, Siap Dapat Pujian Melambung!

Dalam pada itu, pelakon filem popular Gol Dan Gincu itu turut menekankan bahawa yang penting baginya adalah kebahagiaan dan usaha yang ditunjukkan oleh puteri tercintanya, sama ada untuk menjadi usahawan mahupun anak seni pada masa depan.
Selain, dia juga berharap agar Fatima dapat terus bekerja keras untuk mencapai cita-citanya.
“Bagi saya, yang penting dia gembira dan bekerja keras untuk menjadi usahawan mahupun anak seni yang berjaga kelak. Insyaallah,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Fazura turut berkongsi pandangannya mengenai pilihan watak yang lebih selektif dalam kerjaya lakonannya.
Ujarnya, sebelum ini pelakon filem Pisau Cukur itu sering mengharapkan watak-watak yang memberi kesan positif, seperti wanita yang berdaya, namun yang ditawarkan kebanyakannya adalah watak penyondol.
“Saya kini lebih memilih dari segi watak kerana sebelum ini pun saya mengharapkan watak women empowerment, tetapi yang ditawarkan adalah watak penyondol dan sebagainya.

“Bagaimanapun saya bersyukurlah apa yang sudah terjadi, tetapi selepas ini saya akan lebih selektif dari segi watak dan jalan cerita untuk setiap karya yang ditawarkan,” kongsinya.
Fazura juga berharap agar industri seni tempatan dapat menghasilkan lebih banyak karya yang memberikan inspirasi dan berkualiti.
“Kerana sekarang ini terlalu banyak cerita penyondol dan saya harap industri kita dapat menghasilkan naskhah yang lebih baik dan lebih inspirasi,” tuturnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah Amirul Afiq! Graduan Malaysia Terbaru Dari Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat

Siapa kata anak Malaysia tak mampu menempah kejayaan di bumi asing.
Apatah lagi dalam bidang ketenteraan udara! Tahniah REMAJA ucapkan kepada graduan Malaysia ketiga yang berjaya untuk menamatkan pengajian di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) iaitu Mohd Amirul Afiq.
Kini berusia 24 tahun, graduan yang berasal dari Negeri Sembilan ini tak terkecuali untuk berkongsi sedikit sebanyak usaha keras yang perlu diberikan olehnya dari usia kecil sehinggalah berjaya mencapai tahap ini.

Menurut Amirul, walaupun jumlah sebenar pelajar Malaysia yang diterima masuk ke USAFA adalah 6 orang, hanya 3 orang saja yang berjaya menamatkan pengajian di akademi termasuklah yang terbaru, dirinya sendiri.
“Sebagai seorang anak kepada penagih dadah dan ibu pula bekerja di Kuala Lumpur untuk mencari rezeki, mama dicemuh banyak kali. Ramai yang menuduh kami adik-beradik akan sama mengikut jejak langkah ayah.
“Bila dulu kecil-kecil, selalu terdengar orang tua-tua berborak. Selalunya saya dengar, ‘Anak Amer tu, apalah nak jadi bila besar nanti.’ Ayah saya (Amer) is a great guy, Saya jarang jumpa beliau tapi beliau seorang yang sangat baik. Cuma seperti insan lain, dia juga pernah buat kesilapan dan ini mempunyai impak dalam hidup saya.”

Amirul meneruskan thread di akaun Twitter-nya dengan berkata dahulu, tidak ramai yang meletakkan harapan kepadanya untuk berjaya dalam pelajaran. Jangan target tinggi-tinggi dan jadilah realistik, kata mereka.
Namun kata orang, nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Amirul menutup pandangan orang di sekeliling dengan memperolehi keputusan 5A dalam ujian UPSR lalu menjadi cucu pertama keluarganya untuk memasuki sekolah berasrama penuh di SM Sains Hulu Selangor. Dari situlah, Amirul mula belajar untuk bercakap dengan orang disekeliling dan meneruskan kecemerlangan dengan memperoleh keputusan yang konsisten.
“Time tu aku sedar if I put in the work, there is nothing i cannot do. That is what I learned in high school, the importance of self confidence.”

Dengan keputusan cemerlang straight As untuk peperiksaan PMR dan SPM, ibu Amirul berharap sangat agar dia memohon untuk memasuki Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Alasan beliau adalah kerana ingin memenuhi harapan atuk Amirul untuk melihat cucunya menjadi seorang askar kerana dahulu, arwah atuk pernah berpangkat Lans Koperal. Walaupun hatinya berat, tetapi Amirul akur dengan permintaan itu.
“Aku sebenarnya nak belajar overseas dari kecil. Impian itu tak terpadam di UPNM kerana mereka membuka peluang kepada semua pegawai kadet untuk belajar di luar negara.
“Saringan ke USAFA agak mencabar kerana pemohon perlu melepasi syarat kelayakan peperiksaan SAT, lulus ujian fizikal dan proses interview juga disaring oleh pihak USAFA,” kata Amirul sambil sempat menyelit, doa adalah perkara yang amat berkuasa dalam mengejar impian.


Kepada Dia saja kita berdoa kerana kita percaya, Tuhan mampu mendengar segala luahan hati hambaNya.
REMAJA turut sama berbangga dengan kejayaan Amirul ini. Best of luck on your future!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wow! Hanya Dengan Mengambil Gambar Dengan Sandal, Korang Boleh Terbang Ke Grand Canyon USA

Ramai peminat aktiviti mendaki bukit dan merentas sungai terpaksa menghentikan sekejap aktiviti mereka itu pada bulan Ramadan kerana kekurangan stamina.
Hanya apabila bulan Syawal tiba kelak, ramai yang akan berpakat untuk memulakan kembali adventure memasuki kawasan hutan dan mendaki bukit. Sebelum itu, penulis ingin berkongsi mengenai rekaan kasut yang boleh membuatkan pengalaman lasak korang itu lebih selesa dan bergaya.
But here is the catch, ia bukannya kasut tetapi sandal.
Huh, boleh ke mendaki dengan memakai sandal?
Jenama sport sandal Teva telah lama diperkenalkan sejak tahun 1984 di Grand Canyon, Amerika Syarikat setelah pengasasnya mendapat idea untuk menghasilkan sandal yang tidak akan dihanyut air deras sungai.

Setelah lebih 30 tahun di pasaran, rekaan sandal Teva juga telah banyak berubah menjadi lebih selesa, minimalis, mempunyai pilihan polos atau bercorak serta sesuai untuk dipakai oleh lelaki atau perempuan.
Untuk meraikan ulang tahun ‘kelahiran’ Teva dan ulang tahun pembukaan Taman Nasional The Grand Canyon, Teva memperkenalkan peraduan mudah kepada kesemua pelanggan sandal Teva dan korang berpeluang memenangi trip once-in-a-lifetime ke Grand Canyon selama 10 malam!

Caranya mudah saja, korang hanya perlu berbelanja minimum sebanyak RM250 dalam SATU resit di mana-mana stor Teva (Mid Valley, One Utama atau Sunway Velocity Mall) untuk melayakkan diri menyertai peraduan lucky draw ini.
Tarikh pembukaan peraduan adalah dari sekarang hingga 16 Jun kelak. Manakala keputusannya akan diumumkan bermula 8 Julai 2019.
Selain itu, korang juga boleh mencuba satu lagi bentuk peraduan Teva ini di mana korang perlu memuat naik foto diri sendiri ke Facebook Teva Malaysia dengan memakai sandal Teva dan sertakan caption menarik. 20 gambar yang menerima ‘likes & shares‘ terbanyak akan layak menyertai cabutan lucky draw tersebut.

OMG, siapa je yang tak nak pergi ke The Grand Canyon, Amerika Syarikat. Cepat-cepat dapatkan sandal Teva atau muat naik foto ke Facebook!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

