UTP Raih Keputusan Cemerlang Semua Subjek QS World University Rankings

Share

Tahniah diucapkan kepada Universiti Teknologi Petronas (UTP) kerana telah disenaraikan antara universiti terkemuka dunia dalam 11 mata pelajaran menerusi Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings by Subject 2022.

BACA: Dalam Sejarah Negara, Lima Pelajar Malaysia Bakal Ke Universiti Harvard. Tahniah!

Menurut Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, mata pelajaran itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Semula Jadi serta Sains Sosial dan Pengurusan.

Sumber: Universiti Teknologi Petronas – Main Page

Bagi mata pelajaran Kejuruteraan dan Teknologi, UTP kini berada di kedudukan ke-159 di peringkat global, meningkat 71 anak tangga daripada kedudukan sebelum ini iaitu 230 dan sekali gus menjadikan UTP berada pada kedudukan keempat terbaik dalam kalangan universiti di Malaysia.

Mata pelajaran Kejuruteraan Petroleum ditempatkan di kedudukan ke-22 dan mengekalkan kedudukan 50 teratas, manakala subjek Kejuruteraan Mineral dan Perlombongan, UTP berada di tempat 60 teratas.

Foto: Malay Mail (Gambar hiasan)

BACA: Universiti Utara Malaysia (UUM) Perkenal Sistem E-Konvo Guna RFID

Pencapaian ini menunjukkan reputasi kukuh UTP di peringkat global dari segi kecemerlangan akademik menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kepakaran dan kekuatan mereka sebagai institusi pengajian tinggi yang berfokuskan industri dalam bidang penting berkaitan industri.

Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan kepada UTP kerana telah membuktikan bahawa institusi pengajian di negara kita juga mampu menjadi yang terbaik dalam bidang akademik.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN