Pelantikan Ustazah Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mencuri perhatian ramai apabila namanya diumumkan dalam rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Langkah ini sekali gus menandakan satu fasa baharu dalam landskap kepimpinan dan dakwah Islam di Malaysia, khususnya yang melibatkan suara wanita serta pendekatan pentadbiran agama yang lebih berteraskan kemanusiaan dan keadilan sosial.
Dari #JusticeForZaraQairina Ke Perhatian Nasional
Sebelum dilantik ke jawatan berkenaan, Ustazah Marhamah Rosli cukup dikenali sebagai antara figura utama yang lantang menyuarakan tuntutan keadilan menerusi gerakan #JusticeForZaraQairina.
Gambar: BERNAMA
Beliau konsisten berkongsi perkembangan berkaitan inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu berdasarkan nasihat perundangan, sekali gus berjaya meraih sokongan meluas masyarakat, bukan sahaja dalam negara malah hingga ke peringkat antarabangsa.
Keberanian beliau menyentuh isu sensitif berlandaskan fakta, undang-undang dan nilai Islam menjadikan suaranya berwibawa serta dipercayai oleh masyarakat pelbagai lapisan.
Suara Tegas Berpaksikan Keadilan
Ketegasan Ustazah Marhamah Rosli dalam isu #JusticeForZaraQairina memperlihatkan satu pendekatan dakwah yang berani tetapi bertanggungjawab.
Ads
Pendekatan beliau yang berpaksikan ilmu, fakta dan prinsip Islam yang menuntut keadilan serta empati menjadikan perjuangannya dekat dengan generasi muda. Bagi ramai pihak, keberanian beliau membuktikan bahawa memperjuangkan kebenaran tidak pernah bertentangan dengan ajaran agama.
Gambar Facebook Ustazah Marhamah Rosli (1), (2) & (3).
Dari Aktivis ke Pentas Pentadbiran Negara
Pelantikan ini dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap usaha dan konsistensi beliau dalam memperjuangkan kebajikan awam serta keadilan sosial.
Kini, Ustazah Marhamah Rosli bergandingan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hassan, dalam menerajui hal ehwal Islam di peringkat nasional.
Ads
Ramai pemerhati berpandangan kehadiran beliau mampu membawa nafas baharu dalam pendekatan dakwah negara, khususnya yang menyentuh isu kemanusiaan, undang-undang, perlindungan golongan rentan serta pembangunan sosial, topik yang semakin dekat dengan realiti dan keprihatinan masyarakat hari ini.
Latar Belakang Dakwah & Kebajikan
Sebelum menyertai pentadbiran kerajaan, Ustazah Marhamah Rosli aktif sebagai penceramah bebas dan aktivis kebajikan.
Beliau merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah serta pengasas kepada pelbagai inisiatif pendidikan dan dakwah yang memfokuskan golongan asnaf dan masyarakat pedalaman, khususnya di Sabah.
Ads
Selain itu, beliau turut dikenali sebagai penceramah seminar motivasi Al-Quran Soul to Soul, di samping mengasaskan jenama Soul to Soul dan Mahabbah Muslimah yang memberi tumpuan kepada pembangunan spiritual serta pemerkasaan wanita Muslimah.
Gambar Facebook Ustazah Marhamah Rosli (1), (2) & (3).
Fakta Menarik Ustazah Marhamah Rosli
Berasal dari Sabah dan memiliki latar belakang pendidikan undang-undang sejak peringkat diploma
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), 2010
Pernah mengikuti pengajian Bahasa Arab di Universiti Sains dan Teknologi Sana’a, Yemen
Aktif mendalami ilmu Al-Quran termasuk Kaedah Rasm Uthmanim
Pengasas Sekolah Anak-Anak Asnaf dan Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah
Dianugerahkan Wanita Inspirasi 2024 dan Anugerah Pembangunan Modal Insan 2024
Pernah menerima pengiktirafan Ikon Wanita Motivasi & Inspirasi 2023 Daerah Tawau
Memiliki tauliah mengajar agama dan Al-Quran di Negeri Sabah serta beberapa negeri lain
Simbol Harapan Kepimpinan Islam Inklusif
Pelantikan Ustazah Marhamah Rosli bukan sekadar membawa wajah baharu dalam kepimpinan agama, malah mencerminkan harapan besar masyarakat terhadap pendekatan pentadbiran Islam yang lebih inklusif, berprinsip dan berpaksikan keadilan.
Bagi generasi muda, perjalanan beliau menjadi bukti bahawa suara yang jujur, berilmu dan konsisten mampu membawa perubahan besar — daripada gerakan akar umbi hingga ke pentas kepimpinan negara.
Setiap kejayaan hebat hadir bersama pengorbanan yang tidak ternilai. Begitulah kisah mengharukan seorang pemain kriket wanita muda yang kini menjadi bualan dunia selepas membantu pasukan negaranya menjuarai Piala Dunia Kriket Wanita 2025.
Namun, di sebalik sorakan dan trofi kemenangan, tersembunyi perjalanan getir seorang gadis kampung yang membuktikan tiada apa mustahil jika berani bermimpi besar.
Dari Halaman Rumah ke Pentas Dunia
Dilahirkan dalam keluarga sederhana, gadis ini mula berjinak dengan sukan kriket sejak berumur sembilan tahun. Waktu itu, keluarganya tidak berkemampuan membeli peralatan sukan jauh sekali membayangkan untuk menghantar anak ke akademi kriket.
Namun, semangatnya tidak pernah luntur. Ayahnya yang bekerja sebagai tukang kayu tekad menyokong minat anaknya dengan caranya sendiri.
“Abah kutip sisa kayu dari bengkel, kemudian ukir jadi pemukul kriket pertama saya. Waktu itu saya tak faham erti pengorbanan, tapi sekarang setiap kali pegang pemukul, saya teringat tangan abah yang penuh luka,” ujar gadis ini dalam satu temu bual media.
Setiap petang, mereka berdua akan berlatih di halaman rumah. Bola tenis lama, jaring koyak dan pemukul kayu buatan tangan menjadi saksi kepada permulaan luar biasa itu.
A poor Punjabi carpenter built his daughter’s first bat with his own hands. They mocked him for letting her play cricket.
Years later, Amanjot Kaur became a World Cup winner with Team India, one of the most consistent performers of the tournament.
Berkat kesungguhan dan disiplin tinggi, bakatnya mula disedari jurulatih tempatan. Dari pertandingan peringkat sekolah ke negeri, namanya semakin dikenali. Akhirnya, beliau dipilih menyertai skuad kebangsaan wanita pada usia muda.
Di pentas dunia, gadis ini bukan sahaja mencuri perhatian dengan gaya permainan agresif, tetapi juga ketenangan luar biasa ketika menentang pasukan gergasi kriket antarabangsa. Detik manis tercipta apabila beliau menyumbang pukulan kemenangan terakhir yang memastikan negaranya muncul juara Piala Dunia Kriket Wanita 2025.
“Waktu bola terakhir itu mengenai sempadan padang, saya terus teringat wajah abah. Kalau bukan kerana dia, saya takkan sampai ke sini,” katanya sambil menahan sebak.
Kejayaan Hasil Pengorbanan
Bapa yang dulu hanya mampu menyediakan pemukul dari kayu terbuang kini berdiri megah menyaksikan anaknya menjulang trofi juara dunia.
“Saya tak pernah malu dengan kekurangan kami. Saya cuma mahu anak saya tahu bahawa impian tak kenal asal-usul,” kata si ayah dengan senyuman bangga.
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Kisah ini bukan sekadar tentang kriket. Ia tentang kepercayaan, semangat, dan kasih sayang keluarga. Bagi remaja di luar sana, cerita ini menjadi bukti bahawa kekurangan bukan alasan untuk menyerah. Yang penting, percaya pada diri sendiri dan terus melangkah walau dengan langkah kecil.
Dari kayu sisa ke pentas dunia kisah anak tukang kayu ini membuktikan bahawa impian yang diukir dengan keikhlasan dan kerja keras pasti akan menjadi nyata.
Kepada semua remaja, jangan tunggu peluang datang cipta peluang itu sendiri, seperti mana seorang bapa mencipta pemukul dari kayu sisa untuk anaknya. Inilah semangat sejati juara Piala Dunia Kriket Wanita 2025.
Jika dahulunya, rakyat selalu ternanti-nantikan pengumuman rasmi sama ada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal ditamatkan atau disambung setelah menghampiri tarikh akhir PKP yang ditentukan kerajaan.
Namun kini menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat harus melihat kepada jumlah kes COVID-19 harian sebagai indikator sama ada arahan PKP Penuh yang kita lalui sekarang akan ditamatkan ataupun tidak.
Itulah yang dijelaskan beliau hari ini bagi menjawab pertanyaan rakyat yang tertunggu-tunggu pengumuman rasmi pada hujung minggu ini setelah negara hampir menamatkan tempoh dua minggu PKP Penuh.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu ditemui di PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada hari ini. Sumber Foto : BERNAMA.
“Saya nak jelaskan, sebab ada yang tidak berapa faham.
“Mereka kata sekarang ni dah nak tamat PKP dan sebagainya. Tapi sekarang ini kita tidak sebut PKP. Kita sebut kita berada di fasa.
“Sekarang ini ialah Fasa Pertama sampai Julai, mungkin pertengahan (Julai) dan sebagainya. Jadi bukan kita kira 28 Jun (sebagai penamat PKP).
“Kita masih di Fasa Pertama. Fasa Pertama ini kita akan lanjutkan sehingga mana kita telah mencecah nilai ambang. Ini termasuklah kes di bawah 4000, kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah turun dari paras tenat (di mana kapasiti katil ICU sudah berada pada tahap sederhana) dan vaksinasi sudah ditingkatkan (sekurang-kurangnya 10 peratus rakyat sudah diberikan vaksin sepenuhnya).”
“Untuk kita beralih fasa, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk mematuhi SOP yang ditetapkan,” ulas beliau semasa ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada hari ini.
Untuk pengetahuan, setelah negara mencapai 3 indikator utama seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri di atas, barulah kita akan beralih ke Fasa Kedua.
Peralihan ke Fasa Ketiga pula adalah apabila purata kes harian tidak melebihi angka 2000, kapasisi ICU sudah pada tahap mencukupi dan 40 peratus rakyat sudah diberikan vaksin sepenuhnya. Mengikut jangkaan, fasa ketiga yang akan memberikan lebih kelonggaran kepada rakyat itu hanya akan dicapai sekitar September 2021.
Fasa terakhir iaitu Fasa Keempat pula akan dicapai setelah purata kes harian berjaya turun ke paras bawah 50 kes.
Sama-samalah kita menjaga SOP dan duduk rumah seperti yang diarahkan guys. Buat masa ini, kita semua tahu negara sedang ‘tersangkut’ pada angka kes harian melebihi 5000 kes. Sekiranya kita ingin bebas dengan lebih pantas, kita sendiri perlu laksanakan tanggungjawab peribadi dengan tidak meletakkan diri dalam risiko dijangkiti wabak COVID-19.
Mungkin tidak ramai peminat bola sepak tempatan yang mengenalinya, namun siapa sangka bekas pertahanan kanan Arsenal, Joshua Noah Robinson baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau mendedahkan bahawa dirinya mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Asal Usul Berdarah Malaysia
Menerusi sebuah temubual yang disiarkan di laman rasmi Arsenal, Joshua Noah Robinson menceritakan latar belakangnya yang unik serta pengalamannya bersama skuad utama The Gunners. Selain itu, pemain berusia 21 tahun juga mendedahkan asal-usul keluarganya dalam temubual yang sama bersama kelab lamanya sebelum berpindah ke Wigan Athletic pada Januari lalu.
Menurut laporan tersebut, Joshua mengakui bahawa ibunya berdarah campuran Malaysia dan Inggeris, manakala bapanya berasal dari Jamaica. Pendedahan itu sekaligus menimbulkan rasa bangga dalam kalangan penyokong tempatan yang teruja apabila mengetahui wujudnya pemain berdarah Malaysia di pentas bola sepak Eropah.
Latar Belakang & Pengalaman Di Arsenal
“Saya membesar di Leyton, timur London. Ayah saya orang Jamaica dan ibu saya pula berdarah Malaysia-Inggeris,” katanya dalam temu bual bersama media rasmi Arsenal.
Sepanjang bersama Arsenal, Joshua Noah Robison juga sempat berkongsi kenangan indah semasa menimba pengalaman berharga di bawah kendalian pengurus utama, Mikel Arteta. Malah, pemain muda ini turut disenaraikan dalam skuad utama Arsenal untuk saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim 2024-2025, satu pencapaian yang pastinya menjadi kenangan bermakna dalam kerjaya awalnya.
Wigan Athletic
Tidak lama kemudian, pemain muda itu berhijrah ke Wigan Athletic bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan serta peluang mengembangkan potensi dirinya. Namun selepas tamat kontrak bersama kelab tersebut, Joshua kini berstatus ejen bebas dan masih belum menyertai mana-mana pasukan baharu.
Potensi Masa Depan & Harapan Pemain Berdarah Malaysia
Kini, walaupun beliau belum pasti destinasi seterusnya, latar belakang dan pengalaman yang dimilikinya pastinya menjadikan Joshua Noah Robinson antara nama yang menarik untuk diperhatikan oleh kelab-kelab Eropah mahupun Asia. Tidak mustahil juga jika suatu hari nanti, peminat bola sepak Malaysia dapat melihat pemain berdarah tempatan ini menyarung jersi Harimau Malaya.
Dengan bakat dan semangat yang dimiliki, Joshua Noah Robinson membuktikan bahawa darah Malaysia tetap mengalir di kancah bola sepak antarabangsa dan menjadi inspirasi buat pemain muda tempatan untuk terus berusaha mencapai impian di peringkat global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!