
Kontroversial ataupun tidak, korang tentukan sendiri.
Begitupun, setelah sekian lama tidak menempah kontroversi disebabkan hantaran foro dan video di media sosial, pempengaruh tempatan, Ameera Khan hari ini kembali menuai ratusan komentar akibat foto yang dimuat nail olehnya.
Ameera atau lebih mesra dengan nama timangan Little Miss Khan dan Baby dalam kalangan ahli keluarga serta kenalan rapatnya kini banyak meluangkan masa di bumi Great Britain dan Perancis setelah sekian lama dikatakan berada di Dubai.
Pada minggu ini, Ameera berada di Paris, Perancis untuk menghadiri acara anjuran jenam terkenal, Diptyque. Girl is just living her live to the fullest and it shows!
Apa yang tidak enaknya adalah apabila warganet lebih tertarik dengan foto persalinannya di sana.
Ameera memilih untuk menyarungkan persalinan & aksesori beg tangan jenama Fendi. Ternyata, beg berona merah jambu terang itu pantas menangkap perhatian.
Namun bukan itu sahaja yang ‘menangkap perhatian’ apabila Ameera memilih baju berona kulit yang melekap pada tubuhnya. Lantas, ramai melabel imej tersebut sebagai seksi melampau dan tidak bersesuaian dengan dirinya yang baru sahaja pulang dari tanah suci mengerjakan ibadah Umrah.

Antara komen-komen yang menyinggah di hantaran tersebut juga berbaur provokasi dan bersifar negatif.
“Boleh dah ni jadi model Playboy, tapi sebelum tu padam gambar dekat Mekah.”
“Ustaz-ustaz pun ramai zoom in.”
“Abang ipar dia tak nampak ke? Mak tak tegur?”
“Berapa kali Allah jemput ke Mekah masih belum sedar ke?”
“Memang minta untuk dikecam. Nanti merajuk lagi setahun lepas itu muncul balik.”
“You went to Umrah just for vacation, right?”
Hhm, bagi REMAJA terpulanglah bagaimana korang ingin mengintepretasi hantaran Instagram terbaru adik kepada Noor Neelofa ini. Yang penting, ia merupakan akaun miliknya dan Ameera bebas memuat naik apa jua yang diinginkan.
Tak suka, boleh swipe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi Kesilapan Teknikal Ketika Terjunan Rope Swing, Adik Mohon Doa Keselamatan Kakak

Keinginan seorang gadis melakukan terjunan rope swing Ahad lalu di Kuala Kubu Bharu berakhir dengan ujian apabila kabel yang mengikatnya mengalami kesilapan teknikal sebelum Siti Halijah Abd Rahim, 33 terjatuh ke dalam sungai dan tubuhnya terhempas ke sungai tersebut dari ketinggian 10 meter.
Difahamkan Siti Halijah berkeinginan melakukan terjunan rope swing malah sempat memuat naik gambar terakhir sambil memegang placard Don’t Tell My Mom sebelum melakukan terjunan tersebut.
Dalam satu perkongsian dibuat adiknya, Mohamad Yakub di fbnya, dia memaklumkan kakaknya sudah selamat menjalani pembedahan memasang lapan skru di bahagian L4, L3, L2 dan pembedahan dibuat segera semalam untuk menyelamatkan urat kaki kakaknya dari gagal berfungsi selepas tragedi tersebut berlaku.
Redha dengan tragedi tersebut selain mengharapkan doa dari orang ramai selain mengharapkan sumbangan orang ramai untuk pembedahan kakaknya, di Facebook-nya juga Mohamad Yakub sempat memberi pesanan kepada orang di luar sana agar tidak menuding jari kepada sesiapa tentang tragedi yang berlaku ini.
Tidak mencari siapa benar dan siapa salah. Malah pihak bertanggungjawab dalam aktiviti rope swing tersebut, RENTAS dikatakan sangat membantu dan memberi kerjasama kepada Ejah (panggilan untuk kakaknya) dan kami sekeluarga. Kun fa ya kun. Kalau Dia nak jadi maka terjadilah ia. Siapa kita nk menidakan takdir dan ketentuan yang maha ESA.

.

.
Baca perkongsiannya.
7 Jam bertarung nyawa di dalam OT Room
29.9.2020 seawal jam 6.45 pagi, awak dah pun ditolak dalam dewan bedah Jah. Awak sempat lagi bergurau “dik tolong ambil gambar aku sekeping masa nurse tolak katil. Aku nak masuk dewan bedah. Aku nak buat kenangan nanti bila aku dah baik.
Ya Allah, dalam hati aku kau sempat lagi bergurau Jahkan. Tapi kalau korang nak tahu, itulah watak kakak saya yang ramai buat orang tertawa.
Jam 7.30am, aku tunggu di luar dewan bedah. Kau pun dah masuk ke dalam Jah. Lampu dewan bedah mula menyala, tappp!!
Aku dah mula risau beb. Aku dah start duduk berdiri berjalan semua tak kena. Macam macam ada dalam kepala hotak ni yang datang.

.
Nak pasang 8 skru di tebuk di tulang belakang
8 skru nak ditebuk di tulang belakang awak Jah. Besi rod lagi nak dimasukkan. Ya Allah aku tak boleh bayangkan Jah macam mana kau sangat kuat untuk semua tu. Lama aku tunggu kau Jah dekat laur tapi tak apa, sampai ke ke titisan darah terakhir aku Jah, selagi nyawa di kandung badan aku sabagai adik kau aku akan tetap bagi sokongan moral gila-gila kat ko!
Jam 3 petang, nurse bagi tahu akak awak dah selesai dibedah. Now dia ada di dalam icu. Then aku tak tunggu lama Jah. Soalan pertama aku tanya pembedahan ko macam mana?
Then nurse tu kata berjaya Allamdulillah Jah. Makbul doa kawan-kawan, ahli keluarga dan sahabat handai awak Jah. Nurse di ward ICU tu tak kenal pun awak Jah. Dia boleh cakap kat aku yang kakak awak ni kuat semangat dia..YES! Itulah yang aku nak ko buat Jah.
Jam 5.30 petang waktu melawat ko pun dah tiba. Serius Jah, aku kena cekalkan hati mental dan fizikal untuk aku jumpa kau sebab doktor cakap kau separa sedar dan doktor cakap awak cakap je dengan dia. Telinga dia dengar dan dia faham apa awak cakap.
Aku dan Umi pun masuk dan terus ke katil awak Jah. Umi sampai di sisi awak. Air mata ibu memang tak akan pernah kering. Dia usap tangan awak Jah sambil menagi. Jah, Umi datang ni Jah.
Dengar suara Umi terus buka mata
Awak dah selamat Jah. Istigfar banyak-banyak Jah dan saat itu kuasa Allah telah terbukti apabila mata awak terus terbuka dan awak tengok Umi. Air mata awak meleleh Jah dan awak seakan mahu berkata sesuatu tapi tak boleh sebab masih ada wayar oksigen di dalam mulut awak.
Dari raut wajah awak Jah, aku dapat rasa kesakitan yang awak tangung sekarang bukanlah macam jatuh bermain basikal. Perit pedih dan satu badan awak mengigil Jah. Nak terima besi di dalam badan bukan satu perkara yang mudah.
Aku pegang tangan ko Jah. Aku cakap kat ko syabas Jah! Ko dah berjaya sampai ke puncak gunung! Inilah Jah yang aku kenal sebelim ni semangat juang kau yang sangat tinggi! Cuma aku pesan jangan pernah down Jah ye sebab lepas nie your life totly change! Awak tuduk kan kepala tanda paham.
Habis waktu melawat kau Jah, aku terpaksa balik sebab dalam ICU siapa pun tak boleh tunggu kau Jah. Tapi bila aku cakap aku nak balik, ko tarik tangan aku Jah. Muka kau macam kau takut. Tak per Jah, nurse dalam ni cantik cantik semua baik-baik. Esok aku datang lagi ye. Kau berehatlah dulu.
Esok doc pakar akan buat MRI dan city scan untuk pantau result stand dan skru yang dah di pasang kat tulang belakang kakak saya. Kalau ada keajaibpan syifaq kesembuhan masya-Allah tabarakallah, urat saraf dia kembali normal awak akan sembuh Jah. Doaka semua agar esok dan hari mendatang ada keajaiban berlaku kepada kakak saya. Sebab ramai sayang dia.
Yang nak bantu boleh hulurkan bantuan ke akaun Yakub ya.
Name: Mohamad yakub (adik)
Acc Maybank: 162107181368
Num fone : 0122836884
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ulam Raja Mampu Kurangkan STRESS & Anxiety, RESEPI Kerabu Simple Dan Sedap!

Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus, tanaman ulaman yang paling terkenal dan mudah untuk dibiakkan. Sambal belacan adalah padanan terbaik untuk menjamu ulaman ini sebagai juadah.
Bukan sahaja enak di makan, malah tinggi khasiat untuk kesihatan dan telah diamalkan secara tradisional sejak dulu kala.
ARTIKEL BERKAITAN : Air Kunyit Asam Untuk Nak Kekal Bertenaga Dan Awet Muda. Banyak Khasiatnya!

Petikan artikel dari website Majalah sains menjelaskan, Ulam Raja didapati mempunyai tinggi kandungan flavonoid dan antioksidan serta beberapa lagi kompaun aktif yang boleh bertindak sebagai agen pelindung neuron, selain daripada didapati bermanfaat sebagai antidiabetes, anti-inflamasi, anti-obesiti, antimikrobial, antihypertensi, dan antikanser. Dari segi kandungan nutrien, 100g tanaman ini membekalkan antara lainnya 18 kkal tenaga, 1.6g fiber, 270mg kalsium, 426g potassium dan 64.6mg vitamin C.
Dalam satu kajian terbaru yang diterbitkan pada awal tahun 2021 di dalam jurnal Nutrients, para pengkaji dari Universiti Kebangsaan Malaysia melaporkan bahawa pengambilan Ulam Raja dapat mempengaruhi fungsi otak. Dalam kajian tersebut, 48 orang warga tua berumur dalam lingkungan 60 hingga 75 tahun yang mengalami masalah kognitif yang ringan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi makan kapsul yang mengandungi 500 mg serbuk Ulam Raja selama 12 minggu manakala kumpulan kedua bertindak sebagai kumpulan kawalan, hanya diberi kapsul yang tidak mengandungi serbuk Ulam Raja.
Berikut 3 ringkasan dari kajian yang telah dilakukan:
- MEMPERBAIKI FUNGSI OTAK DAN TAHAP KOGNITIF
- ULAM RAJA BERPOTENSI MENGURANGKAN STRES
Tanaman ini didapati memberi kesan positif terhadap stres dan gangguan mood kerana kandungan flavonoid di dalamnya mempunyai kesan anti-depresi serta mampu mengurangkan rasa cemas (anxiety)
- ANTIOKSIDAN DAN MENGURANGKAN RADIKAL BEBAS
Kajian pada tahun 2012 oleh para penyelidik dari Universiti Sains Malaysia turut mendapati tanaman ini mempunyai kapasiti antioksidan yang tertinggi jika dibandingkan dengan daun selom, daun kari, petai dan pegaga.
RESEPI Kerabu Ulam Raja

Bahan-bahan:
- 1 ikat daun ulam raja ( dihiris halus)
- ½ biji kelapa ( santan)
- 1 inci halia-ditumbuk
- 3-4 batang serai-ditumbuk
- 10 biji cili Melaka-ditumbuk
- Udang direbus-ditumbuk sedikit
- 2-3 sudu air asam jawa
- 1 peket kerisik
- ½ inci belacan
- Bawang besar- dihiris nipis
- Bunga kantan -dihiris
- Garam, gula dan sedikit serbuk perasa
Cara membuat:
1. Masukkan bahan yang ditumbuk, kerisik dan belacan digaul bersama santan.
2.Masukkan air asam jawa,garam, gula dan serbuk perasa. Rasa mengikut citarasa masing-masing.
3. Masukkan daun ulam raja,bunga kantan dan bawang besar. Gaul sebati.
Sedapnya ulam raja ni, makan dengan nasi panas memang tak pandang kiri kanan dah.
Artikel ini diambil dan diolah dari RASA.
Kredit: Sal Salleh
BACA LAGI : Berkhasiat Tapi Hati-Hati Makan Tiram Mentah, Takut Kena Bakteria
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peluang Jadi Angkasawan Di Planet Marikh, NASA Cari Sukarelawan

Bosan dengan keadaan pandemik yang menyerang dunia ketika ini dan menyebabkan korang terkurung di rumah? Pernah bermimpi duduk di planet Marikh?
Ini lah peluang korang…hiks
Baru-baru ini, NASA mahu mengupah individu yang sanggup untuk hidup dalam simulasi kehidupan di Mars selama setahun.

Rata-rata kita mesti pernah terlintas berharap untuk berada di angkasa lepas kerana ingin melihat sendiri ciptaan dan kekuasaan Maha Pencipta. Tapi bukan senang untuk ke sana kerana tiada kelayakan yang mengizinkan. Nak ke angkasa lepas bukan boleh main suka-suka, ilmu kena cukup di dada barulah boleh digelar sebagai seorang angkasawan.
Kini Pentadbiran Aeronautif & Angkasa Kebangsaan ataupun NASA sedang merangka perancangan dan misi simulasi, yang disebut Crew Health and Performance Exploration Analog (CHAPEA).
Ia dirancang sebagai ujian bagi menghadapi cabaran, rintangan dan kesukaran ketika berada di planet Marikh. “Analogi ini sangat penting untuk mencari penyelesaian bagi memenuhi keperluan hidup yang kompleks di permukaan Marikh,” kata saintis teknologi makanan utama Grace Douglas dari Pusat Angkasa Johnson NASA di Houston.
Calling all Martians! @NASA is recruiting four crew members for a year-long mission that will simulate life on a distant world, living in “Mars Dune Alpha,” a 3D-printed habitat. Want to take part in research for the first human Mars mission?
Learn more! https://t.co/v3dL7qzRk9 pic.twitter.com/k5sviRXvtV
— NASA Mars (@NASAMars) August 6, 2021
Walaupun kedengaran seperti tidak logik ia terbuka kepada semua untuk menjadi angkasawan di planet Marikh, dan mereka mencari individu yang sanggup untuk hidup dalam simulasi kehidupan di Mars selama setahun. Mereka yang lulus akan mendapat latihan mendalam mengenai bagaimana rasanya menjadi angkasawan yang ditempatkan di planet Marikh untuk misi jarak jauh.
NASA kini mahu mengupah individu yang sanggup untuk hidup dalam simulasi kehidupan di Mars selama setahun.
Untuk misi ke bulan kali ini, program terbaru NASA iaitu CHAPEA merangkumi tiga misi analog, yang pertama dalam fasa pemilihan, kemudian misinya akan bermula pada musim gugur 2022 dan lanjutan daripada projek ini akan berlangsung pada tahun 2024 dan 2025.


Dalam simulasi yang dijalankan sepanjang tahun ini, empat anak kapal akan tinggal dan bekerja di Mars Dune Alpha. Ini kawasan habitat seluas 160 meter yang diasingkan di Johnson Space Center. Kawasan yang dirancang oleh firma seni bina BIG-Bjarke Ingels Group ini akan menempatkan kru untuk mereka menangani pelbagai tugas dan masalah.
Tapi malangnya tiada peluang untuk rakyat Malaysia kerana salah satu syarat untuk menjadi sukarelawan ini, NASA mengharuskan menjadi warganegara Amerika Syarikat. Mempunyai tubuh badan yang sihat serta bermotivasi tinggi, berusia 30 hingga 55 tahun dengan keinginan yang kuat untuk berjuang. Keperluan lain adalah tidak merokok, mahir berbahasa Inggeris, dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang relevan – termasuk ijazah sarjana atau setaraf, selain dua tahun pengalaman profesional – atau mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 jam penerbangan sebagai juruterbang.
Di Mars Dune Alpha, setiap anak kapal akan mendapat ruang mereka sendiri. Di tempat lain, susun atur merangkumi kawasan kerja, stesen tumbuh-tumbuhan, bilik perubatan, dapur, ruang kecergasan, dan ruang tamu bersama. Sistem pencahayaan, suhu dan bunyi semuanya boleh disesuaikan. Manakala kebanyakan perabot mampu dipindahkan bagi membantu kru menyesuaikan diri dengan keperluan mereka.
Kalau rasa korang memenuhi kriteria ini, boleh la mohon disini.
Sumber : NASA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

