Ustaz Ebit Lew Sediakan Food Bank Di Hadapan Pasarayanya, Berkongsi Rezeki Tak Kira Bangsa & Agama

Share

Semoga Allah terus memurahkan rezeki Ustaz Ebit Lew.

Menerusi fbnya sebentar tadi, Ustaaz Ebit Lew berkongsi food bank yang boleh diambil siapa saja tanpa mengira agama atau bangsa.

Malah katanya, ia juga niat utamanya ketika membuka Elewsmart yang kini sudah bercambah kepada beberapa cawangan.

Menariknya, setiap hari Food Bank ini akan menyediakan beberapa barangan asas yang boleh diambil siapa sahaja yang kurang berkemampuan. Malah bagi mereka yang berkemampuan dan ingin berkongsi rezeki, boleh juga menyumbang ke food bank ini.

Baca catatannya.

Doakan ya. FoodBank di semua cawangan

Elewsmart
ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.

Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free je. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.

Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.

Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat

FoodBank
Take What You Need
Give What You Can

IKLAN