Ustaz Beri Pandangan Tentang Aplikasi ‘Gerakkan’ Gambar Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Share

Baru-baru ini, ramai telah menggunakan aplikasi yang boleh menggerakkan wajah sebagai hiburan di media sosial. Malah, aplikasi ini juga dikatakan menjadi pengubat rindu buat insan yang telah meninggal dunia kerana setidak-tidaknya kita boleh melihat mereka bergerak dan tersenyum semula.

Namun begitu, seorang pengguna TikTok telah mengajukan soalan kepada Ustaz Ahmad Dusuki

tentang pandangan beliau berkenaan dengan aplikasi tersebut, yang dikatakan boleh menggerakkan semula gambar orang yang telah meninggal dunia.
@ustazahmaddusukiReply to @nadialiyana91 ##ustadpesan ##ustazahmaddusuki ##mengejarsyurga ##UAD ##tiktokGuru ##pemudasyurga ##nasihatkehidupan♬ Sesungguhnya 2020 – Nazrey Johani

Jelas Ustaz Ahmad Dusuki, ada sebuah hadis yang telah disebut oleh Rasulullah SAW, di akhirat nanti pada sesiapa yang membuat patung atau pun melukis gambar, dia akan diarahkan oleh Allah supaya meniup balik roh pada gambar atau pun patung tersebut.

Foto: brunchvirals

Ustaz memberi pandangannya bahawa sebaik-baiknya jangan kita terlibat dengan perkara demikian. Takut di akhirat nanti, dimana siapa yang terlibat dengan program sebegini, di akhirat nanti Allah menyuruh mereka meniup roh kepada gambar-gambar yang demikian.

Foto: distractify

Jika gambar tersebut tidak bergerak, jangan pula kita nak menggerakkan untuk menimbulkan kenangan lalu. Bagi orang yang telah meninggal dunia, sebaiknya kita bacakan doa. Mudah-mudahan Allah rahmati mereka dan Allah jadikan kebaikan bertambah buat mereka. Bukan dengan cara mengingatkan kenangan-kenangan yang tidak membangkitkan kita.

Tidak dinafikan kehilangan orang tersayang memang sakit untuk menanggung rindu. Namun, ustaz juga telah berkongsi pandangannya dan menjelaskan hadis Rasulullah SAW. Jadi, terpulanglah kepada korang untuk menerimanya atau tidak.

Sumber: TikTok Ustaz Ahmad Dusuki

IKLAN