Baru-baru ini, tular sebuah video ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Abdul Somad susulan khabar mengenai pemergian suami kepada pelakon Indonesia Jennifer Coppen, Dali Wassink yang dibakar jenazahnya walaupun sudah bergelar mualaf.
Menerusi video tersebut, Ustaz Abdul Somad berkongsi ilmu mengenai hukum dari segi agama apabila seseorang itu memilih untuk dibakar jenazahnya setelah mati.
Selain pilihan individu itu sendiri, jika si mati tidak diketahui keislamannya walaupun sudah bergelar mualaf namun tetap dibakar jenazah dan bukannya ditanam, satu kampung atau masyarakat disitu akan menanggung dosa.
Ads
“Bila ada seorang muslim di mana ibu bapanya tidak tahu dia sudah muslim tetapi jenazahnya dikremasi (dibakar), maka satu kampung akan tanggung dosa”
“Itu makanya dinamakan fardhu kifayah. Kifayah bermaksud jika sudah dillaksanakan oleh satu orang atau sebahagian daripada masyarakat, maka gugurlah kewajiban tersebut daripada seluruh masyarakat”
“Jika sudah mengucap dua kalimah syahadah, anda perlu berikan maklumat peribadi di pusat mualaf termasuk alamat tempat tinggal, info keluarga dan saudara-mara,” katanya lagi.
Ads
Susulan itu, Ustaz Abdul Somad turut memesan agar para mualaf di luar sana untuk mencatat atau memaklumkan identiti dengan lengkap supaya dapat memudahkan proses pengebumian setelah meninggal suatu hari nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperkenalkan inisiatif baharu dengan melantik warden sepenuh masa di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) daripada kalangan bekas anggota tentera dan polis. Langkah ini bertujuan membanteras isu buli dan meningkatkan tahap disiplin pelajar di asrama.
Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi sebuah perkongsian di Facebook, berkata kumpulan pertama warden beruniform ini akan mula bertugas di MRSM Besut dan MRSM Balik Pulau bermula Isnin depan dan mereka telah melalui proses saringan ketat termasuk sesi temuduga menyeluruh bagi memastikan kriteria yang ditetapkan dipenuhi.
“Tegas pada prinsip, hikmah pada pendekatan. Dengar sebelum menghukum, nasihat sebelum menegur, memulih sebelum mendisiplin,” katanya menerusi perkongsian yang sama.
Dalam pada itu, beliau juga menekankan bahawa asrama MRSM adalah ‘rumah kedua’ bagi pelajar.
“Di sinilah mereka belajar tentang tertib hidup bermasyarakat, mengurus masa, serta amanah dan tanggungjawab,” ujarnya.
Sementara itu, Datuk Dr Asyraf menjelaskan tentang peranan warden bukan sekadar memantau rutin harian, tetapi menjadi pendidik watak dan ibu bapa kedua yang memastikan keselamatan, disiplin, dan kasih sayang menjadi budaya di asrama. Tiada toleransi terhadap salah laku, namun pendekatan yang digunakan adalah mendidik dan memulihkan.
Beliau sempat memetik pesanan Saidina Ali RA yang berbunyi, “Jangan terlalu berkeras hingga patah, jangan pula terlalu berlembut hingga cair,” sebagai panduan kepada warden-warden tersebut.
Jelasnya lagi, antara sebab pelantikan warden sepenuh masa ini adalah kerana guru-guru MRSM sebelum ini merungut bahawa tugas warden membebankan mereka, tanpa imbuhan setimpal. Namun, menerusi langkah baharu ini diharap dapat membolehkan guru fokus kepada pengajaran, manakala warden mengurus aspek kesejahteraan dan disiplin pelajar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Prosiding inkues Zara Qairina memasuki fasa baharu
Prosiding inkues Zara Qairina Mahathir memasuki fasa baharu apabila seorang saksi remaja tampil memberikan gambaran sebenar tentang peribadi arwah. Ini bukan sekadar khabar atau andaian, tetapi keterangan daripada seseorang yang pernah mengenali Zara sebagai junior di SMKA Tun Datu Mustapha, Kinarut.
Pelajar yang sopan, periang dan disenangi ramai
Menurut saksi yang merupakan deponen ke-44, Zara bukanlah seperti persepsi negatif yang pernah tular. Saksi menggambarkan Zara sebagai seorang pelajar yang sopan, ceria dan senang bergaul, seorang remaja yang aktif membantu guru dan rakan dan jauh berbeza daripada cerita liar yang pernah kedengaran.
Zara, katanya, tidak pernah menunjukkan tanda kemurungan, tekanan emosi atau masalah mental. Malah, personalitinya yang “happy-go-lucky” menjadikannya antara junior yang disenangi ramai dalam lingkungan sekolah.
Rajin ke surau dan sering membaca al-Quran
Antara sisi paling menonjol tentang Zara ialah kecintaannya kepada al-Quran.
“Saya selalu nampak Zara membawa al-Quran dan membacanya di surau sekolah.”
Arwah juga rajin membantu ahli Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) walaupun masih di Tingkatan Satu. Semangatnya yang matang untuk usia muda membuatkan dia menyerlah sebagai pelajar junior yang berdedikasi.
Namun saksi menjelaskan bahawa ada pelajar Tingkatan Dua yang tidak menyukai Zara kerana dia rajin menulis nama pelajar yang tidak menunaikan solat. Perkara kecil seperti ini kadangkala mencetuskan rasa tidak puas hati dalam suasana asrama.
Didakwa dimarahi pelajar senior sebelum kejadian tragis
Pada malam sebelum kejadian, saksi memaklumkan bahawa dia terdengar beberapa pelajar bercakap buruk tentang Zara ketika berada di kawasan mesin basuh.
“Mereka panggil Zara ‘Sok-Sok Badar’. Saya juga dengar Zara dipanggil ke sebuah dorm dan dimarahi pelajar Tingkatan Empat.”
Menurut saksi, terdapat seorang pelajar senior yang dikatakan paling lantang memarahi Zara. Kejadian itu didakwa membuatkan Zara menangis. Arwah juga dikatakan meminjam gunting daripada rakan dorm — satu detail penting yang kini dipertimbangkan dalam inkues Zara Qairina.
Warden larang pelajar hubungi ibu bapa — suasana tegang dan ramai menangis
Saksi turut menceritakan peristiwa lain pada minggu kejadian. Ketua warden sekolah mengumumkan bahawa pelajar tidak dibenarkan menghubungi ibu bapa selama dua hari, dari 16 hingga 18 Julai.
Pelajar hanya boleh membuat panggilan pada jam 10 malam hari Jumaat. Larangan itu mencetuskan suasana kelam-kabut di asrama kerana ramai pelajar bergantung kepada telefon sekuriti Aunty Linah untuk berhubung.
Keadaan menjadi tegang dan menurut saksi:
“Suasana ketika itu menakutkan. Ramai pelajar menangis.”
Pendedahan ini sekali lagi menimbulkan persoalan tentang tahap keselamatan emosi dan kesejahteraan pelajar di sekolah berasrama, yang kini menjadi antara isu penting dalam inkues Zara Qairina.
Refleksi buat remaja, keselamatan emosi bukan topik kecil
Kisah Zara Qairina bukan sekadar kes mahkamah. Ia memberi peringatan besar kepada seluruh remaja tentang pentingnya:
Bersuara apabila rasa tak selamat — tiada siapa berhak menengking, mengugut atau merendahkan orang lain di asrama.
Budaya senior-junior perlu dipantau — ia bukan alasan untuk mengasari junior. Hormat mesti datang bersama empati.
Jangan meminggirkan rakan kerana hal agama — sikap Zara yang rajin ke surau bukan perkara untuk dijadikan bahan ejekan.
Remaja juga ada hak untuk dilindungi — dan sekolah perlu menjadi ruang paling selamat untuk mereka.
Prosiding inkues ini diharapkan mampu merungkai punca sebenar tragedi yang menimpa, dan lebih penting, membuka mata semua pihak bahawa keselamatan pelajar bukan perkara remeh. Prosiding inkues Zara Qairina ini turut mengingatkan bahawa emosi remaja tidak boleh dipandang ringan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengeluar dan pengedar minuman terbesar, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, telah melancarkan air minuman yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia sejak sekian lamanya, F&N Teh Tarik dalam format yang mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Kempen terbaharunya, ‘Biar Ori, Baru Sempoi’ ini dianjurkan bagi mengukuhkan lagi kedudukan jenama dengan menampilkan video dan lagu tema baharu yang disampaikan secara eksklusif oleh penyanyi dan rapper terkenal tempatan, MK K-Clique.
“Saya sangat gembira sebenarnya kerana air teh tarik ni memang kegemaran saya. Jadi, peluang untuk menyanyikan lagu tema terbaharu F&N ini saya terus grab.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur. Terima kasih F&N Teh Tarik kerana mempercayai saya,” ujar MK kepada Remaja.
Kempen F&N Teh Tarik baharu ini bertujuan untuk menarik perhatian generasi muda Malaysia dengan cara yang ceria lagi bertenaga.
Untuk informasi, produk ini kini boleh didapati dalam dua variasi – ORI dan Kurang Manis dan didatangkan dalam format botol dan juga tin.
F&N Teh Tarik ORI dan Kurang Manis juga akan dilancarkan di Malaysia Timur bermula bulan Mei, sebagai usaha untuk meluaskan lagi penawarannya kepada semua rakyat Malaysia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai F&N Teh Tarik, sila layari www.fn.com.my atau laman media sosial rasmi @fnndairies di Facebook & Instagram.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!