Skim penipuan wang atau money scam ternyata tidak mengenal mangsa.
Jaguh pecut dunia, Usain Bolt dilaporkan menjadi mangsa terbaru dan terperangkap dalam skim penipuan firma pelaburan swasta di negara kelahirannya, Jamaica.
Mengikut laporan Bloomberg, peguam Linton P. Gordon yang mewakilinya berkata akaun simpanan Bolt yang sebelum ini menyimpan jumlah keseluruhan US$12.8 juta (sekitar RM54.5 juta) kini hanya berbaki US$12,000 (kira-kira RM51,546) sahaja! Dalam erti kata lain, Bolt dilaporkan kehilangan lebih daripada US$12.7 juta daripada simpanannya!
Sumber Gambar: Eurosport
Tambah malang lagi, akaun tersebut difahamkan merupakan sebahagian daripada simpanan wang persaraan hidup Bolt setelah dia memutuskan untuk tidak lagi bertanding sebagai pelari pecut profesional sejak tahun 2017.
“Sekiranya ini betul, maka ia adalah satu penipuan serius yang telah dilakukan terhadap anak guam kami,” kata peguam Bolt dalam surat yang dihantar kepada firma pelaburan yang berpangkalan di Kingston, Jamaica itu.
Di laman sesawang syarikat guaman itu, mereka turut meminta pelanggan melakukan pertanyaan segera kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Jamaica yang sedang menyiasat firma pelaburan berkenaan.
Ads
Sekiranya wang tersebut tidak dikembalikan dalam tempoh 10 hari, firma pelaburan itu bakal berdepan dengan dakwaan jenayah dan sivil.
Peguam Bolt telah menghantar surat berkenaan Isnin lalu iaitu pada hari sama Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Jamaica mengumumkan pelantikan juruaudit khas untuk meneliti dakwaan penipuan.
Buat masa ini, wakil dari firma belum memberi apa-apa maklum balas.
Pada hari Selasa pula, pihak berkuasa kewangan Jamaica memaklumkan ia telahpun mengambil alih pengurusan syarikat pelaburan swasta itu sementara siasatan dijalankan. Firma pelaburan itu masih boleh meneruskan beroperasi namun memerlukan kelulusan kerajaan untuk melakukan sebarang transaksi.
Ads
Foto Via Indiatimes
Kes penipuan melibatan akaun Usain Bolt ini telahpun tular di seluruh Jamaica sehinggakan Menteri Kewangan negara itu, Nigel Clarke menyifatkan kes ini sebagai sesuatu yang amat membimbangkan.
Maklumlah, Bolt merupakan figura popular yang telah membanggakan Jamaica di kejohanan antarabangsa sepanjang beliau masih aktif sebagai atlet kebangsaan.
Sama-sama kita saling mengingati agar melindungi diri daripada apa-apa aktiviti mencurigakan yang melibatan transaksi kewangan terutamanya dalam talian.\
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini tular video individu yang melaporkan bahawa sijil vaksin akan diberikan secara kad fizikal mengikut jenis vaksin yang diterima oleh orang ramai.
Namun, kerajaan telah menafikan pengunaan kad fizikal bercetak itu bagi individu yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 seperti yang dijual di pasaran.
Kerajaan menjelaskan kad fizikal yang dijual itu tidak diiktiraf atau diterima sebagai bukti melengkapkan dos suntikan vaksin buat masa ini dan masih menunggu kelulusan Kabinet untuk mengeluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge.
Untuk pengetahuan umum, setakat ini hanya sijil digital menerusi aplikasi MySejahtera dan kad vaksinasi diterima oleh individu di pusat pemberian vaksin (PPV) boleh digunakan. Orang ramai disaran merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih.
Jadi, janganlah korang terpedaya sekiranya ada individu yang tidak bertanggungjawab menjual kad fizikal yang dikatakan sebagai sijil lengkap suntikan vaksin COVID-19.
Dalam keadaan seperti ini ramai yang ingin ambil kesempatan. Hati-hati ya guys!
Siapa yang tak kenal dengan bintang realiti televisyen yang popular dengan kisah adik-beradik, The Kardashian.
Memilki empayar bisnesnya sendiri iaitu Kylie Cosmetics, jenama pakaian dan banyak lagi, kesemuanya bernilai $900 juta di usia 21 tahun, secara tak langsung menjadikan Kylie wanita terkaya di Amerika Syarikat.
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes, dianggarkan syarikat milik remaja ini bernilai sekurang-kurangnya USD$900 juta iaitu bersamaan dengan RM3.678 bilion. Pergh, muda-muda lagi dah jadi jutawan.
Lebih hebat lagi apabila Kylie berjaya menewaskan pengasas Facebook Mark Zuckerberg yang menjadi bilionair termuda pada usia 23 tahun. Malah, dia berada di ranking ke 2,057 sebagai orang paling kaya di dunia ketika ini.
Tahniah kami ucapkan kepada adik tiri Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian ini kerana telah berjaya mencipta nama menerusi jenama kosmetiknya sendiri, sekaligus menjadi antara remaja paling kaya di dunia.
Semoga kejayaan selebriti Hollywood ini menjadi inspirasi buat anak muda di Malaysia untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup.
Membeli emas merupakan satu pelaburan yang berbaloi kerana hari demi hari, harga emas semakin meningkat naik dan memberi keuntungan kepada si pemilik jika dijual pada waktu yang sesuai.
Menurut Berita Harian, harga emas mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah hari ini kerapa berpotensi melepasi AS$2,000 (RM8,503.50) seauns atau kira-kira RM300 segram, disebabkan tekanan lebih besar ke atas ekonomi.
Penganalisis Kanan Penyumberan MineLife, Gavin Wendt, berkata tumpuan ketika ini beralih kepada mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu ini dengan wujudnya ramalan pelaksanaan langkah seterusnya dalam memacu ekonomi termasuk kemungkinan kadar faedah pada paras negatif.
Khabarnya, situasi ini akan memberi tekanan lebih banyak dan menolak emas melepasi paras AS$2,000 seauns. Wujud kebimbangan mengenai data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang lebih buruk daripada jangkaan pada suku kedua mencetuskan penjualan dolar.
Harga emas mencecah paras tertingginya kepada AS$1,944.71 (RM8,268.43) seauns atau sekitar RM291.66 segram hari ini, mengatasi paras tertinggi AS$1,921.18 (RM8,168.60) atau RM288.14 segram yang dicatatkan pada 2011.
Gambar hiasan
Penganalisis turut menjelaskan bahawa lonjakan harga logam berharga itu dicetuskan oleh kebimbangan mengenai ketegangan antara China dan AS serta peningkatan kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia.
kekurangan isyarat jelas dan kemajuan dalam pakej rangsangan baharu di Washington juga mencetuskan impak positif kepada emas. Langkah Fed melaksanakan langkah pelonggaran monetari besar-besaran menyaksikan dolar AS lebih rendah sekali gus melonjak harga emas.
Pergh, boleh menangis tengok harga emas sekarang. Hiks!
Jika korang mampu, bolehlah jadikan pembelian emas ini sebagai satu pelaburan jangka panjang. Memang berbaloi-baloi.
Tapi, bagi individu yang nak melangsungkan perkahwinan, mungkin korang akan rasa ‘sesak’ sikit la nak beli cincin untuk bakal isteri. Hehe!
Nama Maha Klinik bukan sekadar sebuah pusat rawatan, sebaliknya menyimpan kisah cinta dan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Allahyarham...