BARU berusia 13 tahun, Colton Hill sudah membuktikan usia bukan penghalang untuk berjaya. Remaja dari Welland, Kanada ini kini bergelar pengusaha seni kraf arca simen yang dipasarkan di butik Handmade Presence, Garrison Village. Lebih hebat lagi, langkah perniagaan Colton sebenarnya bermula sejak usianya hanya enam tahun!

Usahawan Remaja Colton Hill, 13 Tahun Sudah Jadi Pengusaha Seni Kraf Simen
Hasil seni kraf Colton Hill menjadi antara produk terkenal di kedai cendera mata sekitar Niagara, Kanada. — Agensi

Menurut Colton, segalanya tercetus daripada kisah seekor anjing bernama Titan yang diambilnya dari pusat perlindungan haiwan SPCA di Niagara. Melihat dedikasi pekerja di pusat itu membuatkan dia ingin menyumbang semula. Dua tahun kemudian, dia mula menghasilkan acuan rumah kecil menggunakan konkrit berbentuk kotak mancis dan menjualnya di hadapan rumah. Separuh hasil jualannya disalurkan kepada SPCA.

Produk kraf popular

Tanpa disangka, minat kecil itu berkembang menjadi perniagaan sebenar. Kejiranannya mula mengenali produk yang dijual, malah ia mendapat permintaan yang semakin meningkat. “Ketika itu, barulah saya sedar bahawa ini rupanya sebuah perniagaan sebenar,” katanya.

Ads

Usahawan Remaja Colton Hill, 13 Tahun Sudah Jadi Pengusaha Seni Kraf Simen

Kini, karya Colton bukan sekadar dijual di kawasan kejiranan, tetapi turut menjadi antara produk kraf popular di kedai-kedai cenderamata sekitar Niagara. Rekaannya cukup unik, moden dan penuh gaya — antaranya pasu mini berbentuk Darth Vader dari filem Star Wars, bekas mancis berbentuk kasut Nike, hingga dekorasi konkrit bertema Halloween seperti labu mini, tengkorak, hantu, dan watak seram Michael Myers serta Jason Voorhees.

Ads

Walaupun begitu, Colton tetap menganggap karya sentimentalnya, rumah mancis konkrit, sebagai hasil paling istimewa. “Itu karya pertama saya, dan ilham kepada perniagaan ini,” jelasnya.

Ads

Usahawan Remaja Colton Hill, 13 Tahun Sudah Jadi Pengusaha Seni Kraf Simen

Tidak menangguhkan kerja

Lebih daripada sekadar berniaga, Colton belajar pelbagai kemahiran berharga sejak kecil. Dari cara menjual di pasar, disiplin menyiapkan kerja tepat pada masanya, sehinggalah pentingnya perancangan. Baginya, prinsip paling penting ialah tidak menangguhkan kerja.

Kini, Colton bercadang untuk berkongsi teknik membuat seni konkrit dan tip keusahawanan yang dipelajari melalui saluran YouTube miliknya. Inspirasi daripada seorang remaja berusia 13 tahun ini membuktikan bahawa minat, disiplin dan keberanian mencuba boleh membuka pintu kejayaan lebih awal daripada yang dijangka.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads