Google Malaysia kembali dengan senarai personaliti dengan carian tertinggi di Google sepanjang tahun.
Menurut data yang dikongsikan mereka bagi tahun 2022, antara nama-nama popular yang ‘sangkut’ dalam kedudukan Top 10 termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kedudukan pertama.
Selain individu nombor satu negara itu, nama bekas personaliti TV3 yang hilang secara misteri, Zalina Azman; pelakon kanak-kanak, Nik Adam Mika serta penyanyi, Yasin Sulaiman turut tersenarai dalam carian tertinggi oleh rakyat Malaysia di kotak carian Google.
Satu lagi nama yang tersenarai ialah pelakon drama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling di kedudukan ketujuh.
Bercakap kepada rakan media, Anna, 22 jelas terkejut dengan perkhabaran tersebut dan menyifatkan kejayaan drama tular itu sebagai pemangkin kepada perhatian yang diterimanya sepanjang tahun 2022.
Selain itu, usaha kerasnya bagi menempatkan nama sebagai seorang pelakon usai tamat penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2018/2019 juga memainkan peranan penting. Hasilnya, dalam tempoh tiga tahun Anna boleh berbangga dengan kejayaan setakat ini.
“Saya terkejut apabila tersenarai di antara 10 personaliti paling banyak carian di Google Malaysia untuk sepanjang tahun ini.
“Saya yakin carian ini adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya, selain sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.”
Anna bersama gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen.
“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya,” katanya.
Tambah Anna, pihak pengurusannya iaitu Mask Team juga bertanggungjawab dalam menaikkan nama serta kerjayanya.
Bagi meneruskan rentak cemerlang ini, Anna kini sedang dalam perancangan melebarkan saya ke industri hiburan Indonesia. Melihatkan kepada kegigihannya berulang-alik antara Kuala Lumpur-Jakarta, tidak mustahil impian tersebut bakal dicapainya seawal tahun 2023.
Penghijrahan imej ke arah berhijab merupakan satu perubahan fasa yang cukup peribadi dan bermakna dalam hidup mana-mana wanita. Setiap individu pastinya memiliki kisah berbeza dalam perubahan yang dilakukan ini biarpun semuanya berpegang kepada niat utama demi Allah SWT.
Tahun demi tahun, REMAJA gembira melihat perubahan yang berlangsung dalam kehidupan satu persatu ‘ahli keluarga’ pencarian Dewi Remaja kami. Jom lihat kisah ringkas sembilan orang Dewi yang kini manis berhijab.
01
NEELOFA
Juara Dewi Remaja 2009/2010 itu pernah berkongsi cerita mengenai pengalaman menjejakkan kaki ke New York dengan imej berhijab untuk kali pertama. Katanya, dia takut mengenangkan tanggapan masyarakat dia sana terhadap perempuan berhijab dan umat Islam.
“Saya sangat takut. Memang berdebar tapi saya kuat ckap dengan hati yang Allah akan jaga saya. Kalau betul saya kena serang saya reda. Tapi apa yang mengejutkan adalah apabila ramai orang bukan Islam yang berfikiran terbuka. Mereka tidak pandang tudung sebagai simbol fesyen,” katanya tidak lama dahulu menerusi sesi Instagram Live.
Seperti yang ramai sedia maklum, bermula 15 Oktober 2020, Neelofa memilih imej berniqab sekaligus berada dalam fasa terbaru hidupnya. Penampilan ini disambut baik oleh pengikutnya di Instagram apabila ia membiakkan aura positif di media sosial. Ramai yang tampil mendoakan Neelofa agar kekal istiqomah dengan keputusannya itu.
Penghijrahan finalis Dewi Remaja 2009/10 ini pada mulanya dianggap disebabkan oleh keputusannya untuk berumah tangga dengan pelakon, Shaheizy Sam pada tahun 2015.
Namun, Tilla menidakkan spekulasi tersebut dan berkata ia tidak dilakukan atas desakan mana-mana pihak. Niat tersebut lahir dari hatinya sendiri setelah merasakan dia mempunyai kekurangan berbanding adik-adiknya yang kesemuanya telah berhijab pada waktu itu.
Walaupun terpaksa menolak beberapa tawaran drama dengan imej lamanya, Tilla percaya dengan rezeki yang ditentukan Allah dan tidak bersedih. Kini Tilla boleh berbangga apabila bergelar jutawan menerusi jenama kosmetik Kekasih by The Melvins.
03
MAWAR RASHID
Dewi Favourite 2014/2015 ini merupakan di antara selebriti terbaru yang berhijrah ke imej berhijab. Bermula bulan Ogos 2020, Mawar menyedari bawaha tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah adalah untuk melakukan perkara wajib seperti menutup aurat.
“Mawar nak tutup aurat dah lama sangat. Sebagai wanita beragama Islam, sudah tentu ada impian untuk jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah. Dah lama impian ini tersimpan. Tapi itulah, say pun manusia biasa dan banyak kekurangan. Nak buat perkara wajib ada saja alasan. Kita sentiasa ingat Allah, cuma lepas msuk kelas, baru Mawar belajar dan faham.”
Jelas, suami kepada Mawar iaitu Raf merupakan insan yang amat gembira dengan keputusan tesebut walaupun dirinya tidak memaksa.
04
IZREEN AZMINDA
Pelakon dan finalis Top 5 Dewi Remaja 2007/2008, Izreen Azminda pula memerlukan masa bagi membiasakan diri dengan imej bertudung sehingga ia ‘lekat’ dengan dirinya hingga sekarang.
Kata Izreen, dia memulakan niatnya itu dengan membiasakan diri untuk keluar rumah dengan menutup aurat. Dengan adanya ‘tempoh percubaan’ itu, semakin lama Izreen semakin selesa untuk berhijab sepenuhnya setelah dia selesai menjalani penggambaran untuk sebuah drama pada tahun 2015.
Menariknya pada 3 hari lalu, Izreen telah memuat naik dirinya yang lengkap bertudung labuh dan memakai purdah ala Neelofa. Bagaimanapun, Izreen menafikan dirinya sudah berniqab dan berkata foto itu hanya untuk mempromosikan purdah dan khimar kerana ia selesa untuk dipakai.
05
UMIE AIDA
Sekitar tahun 2014, primadona Datin Seri Umie Aida mengambiil keberkatan bulan Ramadan untuk berhijab. Kata finalis Dewi Remaja 1990/1991 ini, hatinya mula terbuka setelah menyertai kelas agama pada tahun sebelumnya.
“Saya bukan saja tenang apabila bertudung. Malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan semakin selesa.”
06
KUZA
Bukan hanya Datin Seri Umie Aida yang berhijab mulai taun 2014. Rakan finalisnya daripada pencarian Dewi Remaja 1990/1991 iaitu Tengku Sariza Tengku Muzani ataupun Kuza juga mengambil inisiatif untuk berhijab pada bulan Ramadan.
“Saya mula berhijab tanpa niat melainkan kerana Allah SWT. Bagi saya, sudah sampai masanya dan saya telah bersedia. Lagipun, umur saya sudah memasuki 40 tahun pada waktu itu.”
07
WAN KHATIJAH COLINE
Kalau korang tidak tahu, inilah juara Dewi Remaaj 1994/1995. Pada era 90-an beliau memang merupakan pelakon yang popular di kalangan pengarah.
Namun setelah berumah tangga dan bergelar ibu, Wan Khatijah lebih selesa untuk berhijab dengan bergelar Personal Shopper semasa melancong ke luar negara.
08
IZARA AISHAH
Pemilik nama lengkap, Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini boleh dikatakan sebagai ‘role model’ bagi kebanyakan remaja perempuan dan wanita muda sekarang yang bercita-cita untuk berhijrah. Ini memandangkan Izara tidak teragak-agak untuk memulakan fasa baharu ini dengan menyarungkan hijab labuh yang cukup manis dilihat.
Imej berhijab juga tidak menjadikan Izara sebagai orang lain kerana dia masih kekal dengan personaliti seperti Izara yang kami kenali sejak dahulu. Dia masih gemar ‘bersiap’ untuk kelihatan presentable dan itulah yang membuatkan kami lebih mengasihinya. Izara bagaimanapun menidakkan ura-ura akan memulakan perniagaan jenama tudung memandangkan komitmennya kekal terarah buat anak sulungnya serta keluarga.
09
ANZALNA NASIR
Seakan ada satu perasaan gembira dalam hati kami apabila melihat rakan seperjuangan pencarian Dewi Remaja 2009/2010 ini melakukan kejutan buat suaminya menerusi imej berhijab.
Sempena sambutan hari kelahiran suaminya, Hanif Zaki, Anzalna Nasir telah mengejutkan para tetamu dalam majlis tertutup yang disertai ahli keluarga saja dengan imej berhijab. Tiada apa yang ingin dijelaskan oleh Anzalna buat masa ini mengenai keputusan berhijrah ini melainkan mengharapkan doa orang ramai agar dia terus istiqomah.
Cantiknya semua! Tak dinafikan, kebelakangan ini ramai selebriti wanita yang semakin manis berhijab termasuklah anak perempuan Krisdayanti, Aurelie Hermanshah.
Hey siapa kata perempuan tak boleh buat perkara yang lelaki buat?
Jika di Malaysia, contoh terbaik ialah Leona Chin yang merupakan seorang drifter perempuan di Caterham Motorsports Championship Round 2 Supersport di Sepang.
Selain itu, kita juga mempunyai Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang merupakan pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016. Walaupun berada pada ketinggian 10 meter, mereka tak gentar malah hebat dengan formasi sebagai duo terjun negara.
So sekali lagi, siapa kata perempuan tak mampu lakukan apa yang lelaki lakukan?
Kami percaya dengan kebolehan para finalis Dewi Remaja 2018/2019 dan mencabar mereka untuk mencuba sesuatu yang mudah – menukar tayar kereta. Ya kedengaran senang je tapi tak semua pernah lakukannya. Lelaki pun ramai yang terpinga-pinga okay bila tayar pancit tengah jalan! Hehe..
Kumpulan mana yang hebat, jom tengok.
Apa lagi cabaran yang korang nak Dewi Remaja lakukan? Cer komen di ruangan Facebook.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekian lama bermastautin di Montreal Kanada bersama keluarganya, pelakon terkenal era-90an serta bekas finalis pencarian Dewi Remaja kedua pada 1987/1988 iaitu Azah Aziz telahpun berkesempatan pulang ke Kuala Lumpur.
Kemunculan Azah di sini tidak keseorangan apabila dia ditemani tiga orang anak terunanya yang mewarisi rupa paras ibu bapa mereka.
Menariknya sewaktu mereka menjamu selera bersama-sama keluarga pelakon serta penyampai radio, Sharifah Shahirah di Hartamas baru-baru ini; Azah telahpun mencabar anak-anaknya itu untuk mencuba makan cili padi mentah!
Azah bersama rakan karibnya yang juga merupakan pelakon serta penyampai radio, Sharifah Shahirah.
Menerusi hantaran video di Instagram Shiera, Aaron, 23; Ryan, 16 dan Justin, 13 tidak mudah melatah apabila dicabar sebegitu rupa oleh bapa mereka, Daud Leroy Abdullah.
“Saya rasa taktik saya adalah untuk menelan terus tanpa cili ini menyentuh mulut saya,” kata salah seorang anak Azah.
Daud yang melihat anak Shiera mengigit cili padi tanpa sebarang masalah kemudian mendorong Aaron dengan berkata, “Jika dia (seorang budak perempuan) boleh lakukannya, kamu pun boleh.”
Aaron, Ryan dan Justin terus menyahut cabaran terpaksa menahan rasa pedas cili padi yang fuh.. menyengat!
Kini, mereka sekeluarga telah ke Bali Indonesia pula untuk meluangkan masa bercuti di sana.
Untuk pengetahuan, perkahwinan Azah Aziz dan suaminya yang berbangsa Inggeris, Daud berkekalan selama 27 tahun. Setelah mengikat tali perkahwinan, Azah mengikut suaminya menetap di Montreal, Kanada.
Azah Aziz juga merupakan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 1987/1988 yang dimenangi oleh Aleeza Kassim. Turut ada bersama mereka pada edisi kedua itu ialah bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati dan Che Puan Datin Mimi Wahedah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.