Hari ini kecoh di media sosial mengenai kes seorang ustazah dipaksa merangkak oleh seorang ibu.
Hal itu mendatangkan kemarahan kepada orang ramai yang menganggap perbuatan tersebut tidak masuk akal malah ada peguam mahu membela nasib ustazah berkenaan.
Dalam kes ini tular dan mendatangkan kemarahan orang ramai, satu komen dari pemilik akaun Angah Fhira (sudah dinyahkan selepas komennya tersebar) namun sempat dimuat naik oleh netizen yang mana dalam komennya Angah memaklumkan bahawa pelajar yang dipaksa merangkak itu adalah anak saudaranya.
Ads
“Anak murid tu cucu saudara saya. Lutut melecet teruk kena denda. Ustazah nie memang dah banyak kes, cuma ibu bapa diam sebab sekolah kampung. Sekolah ini ramai pelajar berenti sebab ustazah nie guna emosi semasa mengajar (cubit sampai lebam etc). Dari ada banyak kelas, sekarang tinggal satu kelas sahaja. Budak dah trauma nak datang kelas. Sekadar pencerahan, ibu murid tersebut bukan ibu yang manjakan anak. Dia seorang yang tegas dan garang dengan anak-anak. Cuma kali ini Ustazah nie bertemu buku dan ruas.
Ads
Namun apa menariknya, selain dirinya ada juga komen-komen lain yang memaklumkan kes ini berlaku minggu lepas dan ada ibu-ibu berkongsi anak mereka retak tulang jari dan kes ini berlaku minggu lepas. Juga sudah dipanjangkan ke pihak kementerian.
Ads
Malah dalam up date terkini, Cikgu Mohd Fadli berkata, waris kepada ustazah tersebut sudahpun menghubunginya dan beliau menulis kejadian ini berlaku di Madrasah Ad Diniah Islamiah,Parit 15 Bagan Datoh, Perak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Eww! Serius tak boleh brain bagaimana pekerja di restoran Raj’s Banana Leaf boleh tergamak untuk membasuh talam hidangan dengan air yang kotor.
Restoran yang terletak di Bangsar itu bertukar viral atas sebab yang salah setelah sebuah video yang menunjukkan perbuatan jijik itu tersebar semalam. Difahamkan, insiden itu melibatkan pekerja baru mereka dan pihak Raj’s Banana leaf telahpun mengeluarkan kenyataan mohon maaf atas kejadian tersebut.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Raj’s Banana Leaf di Facebook.
Bagaimanapun hari ini, restoran tersebut telah diarahkan untuk ditutup serta merta oleh bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.
Sekitar jam 9.20 pagi tadi, seramai 10 pegawai daripada jabatan tersebut tiba untuk memeriksa premis tersebut. Raj’s Banana Leaf yang bertindak untuk tidak beroperasi pada hari ini diwakili oleh pekerjanya bagi tujuan pemeriksaan tersebut.
Sedap dah sedap, tapi buat hal pula.
Hasil siasatan dan selepas meneliti video pekerja yang membasuh talam di dalam lopak air tersebut, arahan agar premis itu ditutup untuk sementara waktu telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Mungkin ada baiknya kejadian ini terjadi. Ia agar premis seumpamanya yang lain akan lebih mementingkan isu kebersihan dan kualiti makanan serta minuman yang dihidangkan kepada pelanggan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang masih ingat pada tahun lalu apabila awek cendol yang kelaparan topik viral di media sosial gara-gara pertuturan manjaaa-nya bersama teman lelaki.
‘Awek’ bernama Nur Naziha Tahang atau Nija itu inginkan semangkuk cendol kerana tidak tahan dengan cuaca panas terik. Teman lelakinya pula melayan rela kerenah Nija.
Tahap viraliti pasangan itu memang hebat di seluruh negara sehinggakan mereka dijemput ke beberapa rancangan temu bual. Malah, video mereka itu menjadi bahan parodi netizen serta selebriti.
Hubungan Nija dan teman lelakinya, Muhd Aiman Amar bagaimanapun tidak berkekalan apabila terputus pada bulan Ogos 2018.
Tup-tup kelmarin, Aiman nampaknya jelas sudah move on apabila dia menemui pengganti Nija dan mengahwini gadis bernama Nur Fazwa Atasha.
Aiman memuat naik foto akad nikah mereka dengan caption berbunyi, “25/12/2019 Alhamdulillah kita sah menjadi suami isteri.”
Sebuah lagi tarikan buat pengunjung di Zoo Melaka adalah Dinosaur Encounter yang dipercayai akan mencetuskan fenomena baru bagi menarik kehadiran pelancong ke Melaka dalam situasi pandemik COVID-19 ini.
Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, pameran atau pertunjukan zoo ini adalah antara yang terbesar di Asia Tenggara dan akan menjadi satu tarikan terbaru bagi sektor pelancongan Melaka.
Dinosaur Encounter dibangunkan dalam kawasan seluas 4 hektar di Zoo Melaka dan menawarkan harga tiket RM38 untuk dewasa serta RM31 bagi kanak-kanak dan warga emas. Difahamkan juga, tempat tarikan ini juga dibuka pada waktu malam. Jadi, siapa yang tak mahu berpanas, bolehlah berkunjung pada waktu malam.
Rata-rata daripada pengunjung nampaknya berpuas hati dan menyatakan bahawa bukan kanak-kanak sahaja yang teruja, malah orang dewasa juga turut kagum dengan pameran ini. Malah, ada juga pengunjung yang memberikan pandangan untuk penambahbaikan yang perlu dilakukan seperti maklumat mengenai setiap spesies dinosaur serta sistem bunyi perlu dipertingkatkan. Barulah real!
Dalam pada korang menyokong sektor pelancongan di Malaysia, jangan pula lupa untuk mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Pameran ini sememangnya sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan ekonomi negara akibat situasi pandemik, namun jangan terleka dengan penjarakan fizikal.
Pastikan sentiasa memakai pelitup muka dan elakkan bersesak-sesak dengan individu lain.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.