Dah ramai yang teruja dengan sistem update iOS 16 bagi pengguna iPhone.
Sistem operas terkini iPhone iaitu iOS 16 kini boleh dimuat turun oleh pengguna peranti-peranti yang layak menerimanya. Saiz muat turun sistem operasi ini ialah 3.1GB dan boleh dilakukan secara OTA seperti kebiasaannya.
Katanya iOS kali ini membawakan ciri Always on Display. Jom kita lihat antara 10 ciri iOS 16 yang dikatakan hadir dengan pelbagai ciri baharu yang tidak ditawarkan sebelum.
Kustomasi Skrin Kunci Seakan Android
Pengguna iOS tidak perlu lagi cemburu dengan pengguna Android kerana ciri kustomasi ini lebih kurang yang ada pada Android.
2. Safety Check – Membantu Mangsa Keganasan Rumahtangga
Ciri Safety Check boleh membantu mangsa keganasan rumah tangga untuk menghadkan akses akaun mereka dari pasangan.
3. Family Sharing – Kawal Peranti Anak Dengan Lebih Mudah
Terdapat banyak isu tentang akses kepada kandungan yang tidak sesuai dengan umur dan juga mengawal berapa lama mereka boleh menggunakan peranti setiap hari. Pada iOS 16, proses mengawal akan dipermudahkan menerusi Family Sharing yang dipertingkatkan.
4. Photos – Perkongsian Mudah Dengan Keluarga Menerusi iCloud
Dengan Shared Library, pengguna ekosistem Apple boleh berkongsi gambar yang diambil menggunakan iPhone terus dengan ahli keluarga. Gambar diselarikan dengan storan iCloud setiap ahli dalam kumpulan.
5. Photos – Sorok Gambar Dengan Face ID, Touch ID dan Kata Laluan
Ads
Gambar yang ingin disorokkan dari pengguna lain kini boleh dikunci di sebalik imbasan Face ID, Touch ID dan kata laluan dalam aplikasi Photos. Lepas ini, gambar privasi seperti kad pengenalan, pasport dan sijil kelahiran misalnya akan disimpan dengan selamat.
6. Photos – Melakukan Suntingan Yang Sama Pada Gambar Lain
Proses menyunting gambar dalam Photos turut dipertingkatkan dengan ciri melakukan suntingan yang sama pada gambar yang lain secara automatik. Katakanlah gambar A disunting supaya lebih kecil dan dikenakan penuras monokrom.
7. iMessage – Suntingan Teks dan Menarik Semula Mesej
Khas buat korang yang suka typo? Jangan risau kerana iMessage pada iOS 16 membenarkan suntingan teks yang dihantar asalkan ia dilakukan dalam tempoh 15 minit ia dihantar kepada penerima.
8. Face ID Pada Posisi Landskap
Selamat datang ke 2022 Face ID pada iPhone! Ciri yang sudah sekian lama disokong pada iPad Pro kini akhirnya diberikan kepada model-model iPhone tertentu dengan Face ID.
9. Live Text – Teks Dalam Video Boleh Dipilih
Ciri Live Text yang tahun lalu menyokong mana-mana gambar yang ditekan selama beberapa saat kini menyokongnya pula pada video. Oleh itu proses alih bahasa, menukar mata wang dan banyak lagi boleh dilakukan terus dengan hanya sekali tekan. Sistem yang lebih mesra pengguna berbanding yang digunakan Google Lens.
Ads
10. Apple Wallet – Perkongsian Kunci Digital Lebih Selamat
Apple Wallet menyokong kunci digital untuk kereta, bilik hotel dan kampus sejak beberapa bulan yang lalu. Pada iOS 16, kunci digital yang dimiliki pengguna boleh dikongsi dengan selamat menerusi aplikasi pemesejan popular seperti Messages, Mail, dan WhatsApp.
11. Melihat Kata Laluan WiFi Pada Tetapan
Pada iOS 16 kata laluan WiFi akhirnya boleh dilihat oleh pengguna. Sebuah lagi ciri standard pada Android kini dipinjam oleh iOS!
12. Health – Peringatan Memakan Ubat
Aplikasi Health semakin berguna selepas kemas kini iOS 16. Terdapat ciri untuk memberikan peringatan kepada pengguna untuk mengambil ubat pada waktu yang tepat. Ciri imbasan label ubat juga diberikan supaya nama ubat boleh dimasukkan ke dalam senarai preskripsi pengguna secara automatik.
13.Rapid Security Response – Tampalan Sekuriti Pantas Tanpa Disedari
Ads
Kelebihan Rapid Security Response ialah pemasangan tampalan sekuriti tidak lagi memerlukan kemas kini versi iOS seperti yang dilakukan selama ini. Ia turut tidak memerlukan peranti dimulakan semula untuk tampalan sekuriti terkini berfungsi.
14.Haptik Untuk Papan Kekunci
Papan kekunci iOS 16 turut boleh menyokong tindak balas haptik yang selari dengan bunyi yang dihasilkan apabila ditekan.
15. CarPlay Untuk Semua Saiz Skrin Kenderaan
CarPlay baharu tidak lagi terhad pada saiz skrin yang kecil dan nisbah tertentu sahaja. Menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat automotif utama seperti Honda, Volvo, Jaguar dan Ford CarPlay kelak dapat digunakan pada kesemua skrin dalam kokpit kenderaan.
16. Audio Spatial Khusus Untuk Setiap Pengguna
Akhir sekali kustomasi kepada sistem audio spatial turut boleh dilakukan pada iOS 16. Dengan menggunakan kamera TrueDepth di bahagian hadapan iPhone, sistem akan menganalisa kepada pengguna bagi menghasilkan pengalaman audio yang lebih serasi untuk setiap pengguna.
Tapi ingat! Hanya peranti yang lebih baharu seperti iPhone X, iPhone 8 dan ke atas boleh memuat turunnya sekarang. iPhone 6s/6s Plus, iPhone SE (Gen-1), iPhone 7 /7 Plus adalah lima iPhone yang tidak akan menerima kemas kini iOS 16.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TikTok bukan aplikasi yang asing lagi buat masyarakat Malaysia, malah ramai mengunakan medium ini untuk menyebarkan info dan ilmu yang berguna.
Walaupun sudah dilancarkan lama, tetapi di negara kita aplikasi ini baru sahaja ‘diterima’ kira-kira setahun yang lalu. Semuanya gara-gara PKP yang mana masyarakat sudah bosan duduk di rumah dan ingin melakukan sesuatu yang menghiburkan.
Namun, baru-baru ini TikTok menetapkan syarat baru untuk para penggunanya dengan membenarkan pengguna berusia 13 tahun ke atas mendaftar dan menggunakan aplikasi tersebut. Ini merupakan kali pertama TikTok mengenakan syarat umur berkenaan bagi membantu menjamin keselamatan pengguna.
Disebabkan itu, sebanyak 61,951,327 video telah dihapuskan kerana didapati melanggar polisi. Daripada angka tersebut, sebanyak 82 peratus video telah dihapuskan sebelum ditonton, 91 peratus sebelum dilapor penmgguna dan 93 peratus dalam 24 jam selepas dimuat naik.
Turut terkesan, 1,921,900 iklan ditolak kerana melanggar syarat pengiklanan. Jumlah keseluruhan, 11,149,514 juta akaun telah dihapuskan atas kesalahan melanggar terma dan syarat platform tersebut.
Tiktok dalam kenyataannya menekankan bahawa pihaknya tegas dalam melaksanakan peraturan baharu itu untuk melindungi penggunanya khususnya golongan remaja, termasuk menghadkan fungsi pesanan peribadi dan streaming secara langsung untuk pengguna berusia 16 tahun ke atas.
Januari tahun ini, TikTok memperkenalkan fungsi di mana penggunanya di bawah usia 16 tahun boleh menetapkan akaun mereka secara automatik ke mode peribadi. Walaupun begitu, aplikasi popular dari China itu sehingga ke hari ini masih menerima banyak pengguna baharu bawah umur.
Hmm…penulis sokong apa yang dilakukan oleh TIkTok ni, sebab banyak kes yang tidak diingini berlaku kepada pengguna baharu bawah umur ni.
Memahami jiwa anak muda dan remaja, syarikat terkemuka elektronik dan komunikasi mudah alih China memperkenalkan OPPO Reno5 F di Malaysia. Zaman sekarang ni, salah satu benda yang utama sebelum membeli smartphone mestilah lihat kualiti gambar dan cameranya, bateri dan bentuk fizikal telefon itu.
Kalau itu yang korang cari, OPPO Reno5 F la jawapannya.
Model dari OPPO ini juga menampilkan MK dari K-Clique, dan juga Loca B sebagai duta siap mencipta lagu unik yang mengabadikan betapa seronoknya kehidupan apabila anda merangkul semua yang ditawarkannya dan Jalani Hidup Pantas Tanpa Batasan. Lagu ini juga dilancarkan pada hari yang sama dengan pelancaran Oppo Reno5 F.
Berikut kami senaraikan sebab kenapa korang patut miliki smartphone dari OPPO ini.
1. Gambar Dan Video Lebih Wow!
OPPO Reno5 F didatangkan dengan kamera yang memberikan kemampuan untuk mengambil gambar dengan memanfaatkan Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan yang amat popular ketika ini.
Kamera OPPO Reno5 F utama disokong oleh Kamera Quad 48MP, yang juga dilengkapi dengan kamera sudut lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera mono 2MP. Di samping itu, untuk selfie yang lebih baik, OPPO telah melengkapkan kamera depannya dengan resolusi 32MP.
Menariknya lagi, Potret Warna AI membawa perspektif baru untuk fotografi telefon pintar dan videografi dengan menjadikan subjek foto lebih menonjol dengan bermain dengan pengasingan warna. Potret Warna AI menjadikan warna latar hitam dan putih, dan menjaga warna invidual atau secara berkumpulan dalam foto atau video kelihatan semula jadi dengan warna yang sebenarnya.
OPPO Reno 5 F juga mewarisi ciri fotografi dan videografi yang telah menjadi ciri khas siri Reno baru-baru ini, seperti Video Dual-view, Video Monochrome, AI Scene Enhancement, dan Night Flare Portrait. Peranti ini menawarkan sekumpulan fitur yang lebih lengkap untuk pengguna merealisasikan kreativiti melalui foto dan video. Aplikasi penyuntingan video SOLOOP memberi pengguna pilihan untuk mengedit video berkualiti tinggi dengan mudah melalui templat video dan pelbagai fungsi penyuntingan profesional.
2. Rekabentuk Yang Nipis Dan Menarik
Senang dipegang dan disimpan, OPPO Reno 5 F dicipta dengan bentuk yang sangat ramping dengan ketebalannya hanya 7.8 mm dan berat hanya 172 g.
3. Bateri Tahan Lebih Lama
Nama pun sesuai untuk anak muda, sudah tentu bateri telefon pintar ini memberikan perhatian khusus dalam meningkatkan prestasi kebolehan bateri berbanding Siri F17 terdahulu. Kali ini OPPO Reno5 F memperkenalkan kapasiti bateri lebih besar iaitu 4310mAh dan teknologi Pengecasan Pantas VOOC 4.0.
4. Sistem Operasi ColorOS 11
Selain membawa berbagai keunggulan pada sisi optimalisasi gaming melalui sistem operasi ColorOS 11, OPPO Reno5 F juga menawarkan berbagai keunggulan pada sisi produktiviti melalui sistem operasi berbasis Android 11 ini.
5. Khas Untuk Gamers
Permainan Floating Window tidak akan mengganggu permainan pengguna kerana skrinnya diminimumkan dan tidak menyebabkan keluar dari permainan. Sebenarnya, permainan boleh terus berjalan sebagai tetingkap terapung sementara pengguna mengakses aplikasi lain seperti membalas e-mel. Akhirnya, Bullet Screen Message adalah penyelesaian yang sesuai untuk pemain mudah alih yang tidak mahu menyekat pemberitahuan sepenuhnya. Mesej dari aplikasi yang disokong seperti WhatsApp, Telegram, LINE, Messenger, dan SMS akan bergulir di layar, sehingga pengguna tidak perlu membuka munculan pesan yang akan mengganggu permainan.
Eh sebelum penulis terlupa, OPPO 5F ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Fantastic Purple and Fluid Black yang pastinya memang sesuai dengan jiwa remaja macam kita. So what do you think? Pada harga pasaran RM 1,199, penulis rasakan OPPO 5F memang berbaloi untuk dimiliki.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barangan daripada jenama-jenama terkemuka memang sering di cetak rompak dan lebih mengelirukan lagi, barangan yang diciplak itu mempunyai persamaan yang sukar untuk dibezakan oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang boleh anda jadikan rujukan sebelum membuat keputusan untuk membeli, khasnya khusus bagi barangan gajet.
1. Semak packaging produk
Pengilang produk tiruan tidak begitu peka kepada bentuk rekaan packaging produk. Namun, ia sangat dititikberatkan oleh pengeluar rasmi yang akan sentiasa menjaga setiap perincian reka bentuk dan packaging produk mereka.
Semak font pada info yang tertera di kotak barangan yang dijual. Pastikan tulisannya jelas dan kualiti cetakan dalam keadaan yang baik. Pengeluar rasmi akan memastikan produk-produk mereka dihantar dalam keadaan yang baik supaya tiada kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh penghantaran.
2. Lihat manual pengguna
Semua maklumat penting tentang peranti ini mestilah menggunakan dalam bahasa asal negara pembelian. Jika tertera beberapa bahasa lain yang anda tidak faham, maka ia mungkin adalah peranti yang di seludup atau pun dicetak rompak.
3. Lihat material yang digunakan
Bahan-bahan seperti plastik, getah atau pun aluminium yang digunakan boleh dilihat sama ada daripada jenis material berkualiti tinggi atau tidak.
Pengeluar berjenama terkenal tidak menggunakan bahan yang murah. Plastik bungkusan produk original mestilah kemas, tanpa mengandungi sebarang kecacatan atau ketidaksempurnaan pada packaging.
Produk tiruan dapat dikesan dengan mudah. Lihat sahaja pada jenis plastik murah dengan penggunaan warna mate yang digunakan, serta reka bentuk produk yang tidak sempurna.
4. Lihat font ini
Logo merupakan perkara utama bagi mana-mana jenama dan anda perlu menelitinya dengan baik. Walaupun sudah bertahun-tahun, logo bagi produk asli tidak akan nampak kusam.
Setiap font dan simbol pada peranti mestilah tertera dengan jelas, mudah dibaca dan tahan lama. Bagi kes cetak rompak pula, produknya tidak mempunyai nama pengeluar atau mempunyai perbezaan daripada segi reka bentuk produk.
5. Semak alat pengecas
Pengecas yang original akan disesuaikan mengikut kemudahan sesebuah negara itu. Misalnya, jika kita di Malaysia, perlu ada satu tetapan soket yang sesuai untuk negara Malaysia. Begitu juga dengan negara-negara lain seperti Eropah.
Jika anda perlu membeli adopter atau pengecas secara berasingan, ini adalah salah satu tanda bahawa produk yang dibeli itu tidak asli.
Setiap pengeluar bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan pengguna dan kerana itu, produk yang asli menggunakan penebat kualiti dengan kemasan yang sempurna.
6. Lihat pada wayar dan plug
Kualiti wayar adalah salah satu tanda yang jelas boleh anda lihat sama ada produk tersebut adalah barangan tiruan. Jika produk yang asli, kabel wayar akan kelihatan lebih kukuh berbanding produk tiruan yang mempunyai bahagian-bahagian yang longgar.
Kadangkala, saiz ukuran plug juga tidak bertepatan dengan kedalaman soket dan mempunyai wayar yang lebih panjang.
Selain itu, lihat pada kualiti penebat dan simbol di atasnya. Barangan asli dan tiruan dapat dikesan melalui cara-cara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!