Universiti Malaya Duduki Tangga Ke-8 Terbaik Di Asia

Share

Berbanding tahun lalu, Universiti Malaya (UM) kini naik satu lagi kedudukan untuk berada di tempat kelapan dalam Ranking Universiti Quacquarelli-Symonds (QS): Asia (QS-AUR) 2022.

Kejayaan ini menyaksikan UM memperbaiki kedudukannya berbanding tahun lepas selepas kali pertama berjaya tergolong dalam senarai universiti Asia terbaik buat pertama kali sejak penganugerahan QS-AUR pada 2009.

UM secara konsistennya memperbaiki prestasi lebih 30 tempat sejak 11 tahun lepas. Ia kekal sebagai universiti terbaik tempatan dan ketiga terbaik dalam kalangan universiti rantau ASEAN.

Menurut QS lagi, UM berada antara dua peratus terbaik daripada ranking 687 universiti Asia dalam QS-AUR 2022.

Foto: CNA

“UM terbaik dalam kalangan universiti Asia untuk indikator rangkaian penyelidikan antarabangsa buat tahun ketiga berturut-turut. Antara indikator lain termasuklah penambahbaikan kedudukan UM dalam reputasi kakitangan, reputasi akademik dan kakitangan dengan PhD.

“Perkara yang memerlukan perhatian sekarang termasuklah kemasukan pelajar pertukaran, pergerakan keluar pelajar pertukaran, pelajar antarabangsa, fakulti antarabangsa, petikan untuk setiap penyelidikan, fakulti-pelajar dan jumlah kertas penyelidikan setiap fakulti,” menurut kajian tersebut.

Foto: Depth of SPM

Untuk pengetahuan, UM juga berada dalam kedudukan terbaik antara 36 universiti Malaysia yang berada dalam QS-AUR 2022 dalam reputasi akademik, reputasi pekerja, petikan untuk kertas ujian kajian dan indikator rangkaian penyelidikan antarabangsa.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada seluruh warga kerja dan pelajar Universiti Malaya atas pencapaian membanggakan ini!

Sumber: (1)

IKLAN