Baru-baru ini, negeri Pahang Darul Makmur meraih perhatian selepas melakar sejarah apabila menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki sebuah universiti Al-Quran menerusi pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS). Perkembangan bersejarah itu sekaligus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkasakan landskap pendidikan tinggi Islam di negara ini.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook rasmi Kerajaan Negeri Pahang, Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh KDPB Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di kampus universiti berkenaan di Kuantan. Keberangkatan baginda turut diiringi KDPB Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta KDPM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Ekonomi, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, selain barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan yang bersama-sama menyaksikan detik bersejarah tersebut.

Pahang Cipta Sejarah, UNIQSAAS Jadi Universiti Al-Quran Pertama Di Malaysia Pahang Cipta Sejarah, UNIQSAAS Jadi Universiti Al-Quran Pertama Di Malaysia Pahang Cipta Sejarah, UNIQSAAS Jadi Universiti Al-Quran Pertama Di Malaysia

Ads

Sementara itu, menurut Setiausaha Kerajaan Pahang yang juga Pengerusi Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd. (SPIPSB), Dato’ Sri Nazri Abu Bakar, pemasyhuran UNIQSAAS membuktikan komitmen berterusan Sultan Pahang dalam memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan Al-Quran. Beliau berkata, langkah itu selari dengan aspirasi untuk melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia dan mampu bersaing dalam dunia yang semakin mencabar.

“Penubuhan UNIQSAAS merupakan manifestasi visi jauh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dalam memartabatkan pendidikan berteraskan al-Quran sebagai asas pembinaan modal insan yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing”

“Selaras dengan aspirasi tersebut, Kerajaan Negeri Pahang terus komited memperkukuh pendidikan Islam melalui pembangunan prasarana, pemantapan akademik serta penerapan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Pahang Cipta Sejarah, UNIQSAAS Jadi Universiti Al-Quran Pertama Di Malaysia Pahang Cipta Sejarah, UNIQSAAS Jadi Universiti Al-Quran Pertama Di Malaysia

Ads

Selain itu, bagi memastikan universiti itu terus berkembang sebagai institusi pendidikan tinggi Islam yang unggul, Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi menyokong pembangunan UNIQSAAS. Pada masa yang sama, peruntukan awal sebanyak RM150,000 turut disediakan bagi melaksanakan gerak kerja penubuhan universiti tersebut sebelum ia dimasyhurkan secara rasmi.

Pembangunan UNIQSAAS turut diperkasakan menerusi kerjasama strategik bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kerjasama itu memberi tumpuan kepada pembangunan akademik, penyelidikan, inovasi serta pembangunan modal insan agar universiti berkenaan mampu memenuhi keperluan pendidikan tinggi semasa di samping menjadikan Al-Quran sebagai teras pembangunan ilmu.

Ads

Dalam majlis sama, Sultan Pahang turut berkenan melancarkan Al-Quran Kerajaan Negeri Pahang serta mengisytiharkan pelantikan Canselor UNIQSAAS. Baginda turut melantik YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Menteri Besar Pahang sebagai Pro-Canselor, sekaligus membuka lembaran baru kepada perkembangan pendidikan Al-Quran serta memperkukuh kedudukan Pahang sebagai peneraju pendidikan Islam di Malaysia.

Sumber artikel & foto: Pahang Media

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads