Unisel Jadi IPT Pertama Miliki Internet Lebih Pantas Dengan Kelajuan Sehingga 1.2 Gbps

Share

Berita baik buat warga Universiti Selangor (Unisel) kerana korang bakal menikmati akses internet lebih pantas apabila kelajuan jalur lebar di institut tersebut dinaik taraf kepada 1.2 GB sesaat (Gbps) bermula tahun ini.

Menurut Selangorkini, Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata usaha penambahbaikan menerusi projek transformasi itu merupakan peningkatan 200 megabait sesaat (Mbps) berbanding kapasiti sedia ada tahun lalu.

Menurutnya lagi, kampus Bestari Jaya menawarkan 10 Mbps kelajuan internet kepada setiap individu, manakala capaian kepantasan sehingga 40 Mbps untuk setiap individu di kampus Shah Alam. Kelajuan ini terpantas jika dibandingkan dengan beberapa universiti awam dan swasta lain di Malaysia, khususnya diluar kawasan bandar.

Akses internet ini juga khabarnya bakal menampung hampir keseluruhan kawasan kampus, termasuk ruang akademik, kafetaria dan penempatan pelajar.

Wah, syoklah pelajar Unisel lepas ni. Hiks!

Unisel juga merupakan universiti pertama milik Kerajaan Negeri yang menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat tercanggih bagi membantu memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran pensyarah dan pelajar.

Diharap dengan adanya kemudahan ini dapat memberikan semangat buat penuntut untuk lebih terus berusaha dan belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

Sumber: selangorkini.my

IKLAN