UniMAP Ambil Langkah Kanan Sedia Makanan Percuma Sepanjang Exam Week

Share

 

Selepas mendengar keluhan para pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan asnaf miskin, Universiti Malaysia Perlis mengambil langkah kanan untuk memberikan bantuan dalam bentuk makanan percuma kepada pelajarnya.

 

Bantuan tersebut menurut Naib Chanselornya, Prod Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, adalah bagi memastikan pelajar mendapat makanan mencukupi sepanjang tempoh minggu ulang kaji dan peperiksaan. Ia juga bagi membantu pelajar kurang berkemampuan yang kadangkala terpaksa membantu keluarga di kampung dengan mengirimkan wang pinjaman dan zakat.

Kata beliau, inisiatif itu akan dimulakan pada minggu peperiksaan semester ini, bermula 27 Mei hingga 21 Jun akan datang.

Sebanyak 550 orang pelajar yang layak akan diberikan kupon makanan bernilai RM5 sehari, untuk setiap orang.

“Kebiasaannya, minggu peperiksaan pada hujung semester sedikit membebankan pelajar kerana sebahagian besar sudah kekurangan wang. Ada yang terpaksa berpuasa dan makan tidak mencukupi nutrien kerana kekangan wang,” kata beliau.

Bagi REMAJA, ia adalah satu usaha yang baik. RM5 sehari – meski kedengaran seperti sedikit – tetapi boleh sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan.

Pada masa yang sama, REMAJA berharap agar pelajar di seluruh negara untuk lebih bijak mengaturkan perbelanjaan mereka sejak menerima bantuan biasiswa, zakat atau pinjaman pada awal semester.

Sebahagian daripada wang itu seharusnya diketepikan untuk kegunaan pada suku terakhir semester agar mereka tidak dibebani masalah RM0 wang belanja semasa minggu peperiksaan. Right? 

Usaha UniMAP ini bagi REMAJA juga diaplikasikan juga di universiti awam (dan swasta) lain sekiranya masalah beban pembelian makanan juga dialami oleh pelajar di sana.

 

***

Dalam pada itu, REMAJA turut dimaklumkan bahawa UniMAP juga menyediakan peluang menjana pendapatan kepada pelajar menerusi program Foodcart dan kiosk keusahawanan. Di situ, pelajar boleh berniaga makanan dan minuman.

Skim Dedikasi Diri juga ditawarkan mirip peluang kerja separuh masa di mana, pelajar boleh berkerja di mana-mana pusat dan jabatan di UniMAP untuk tempoh kurang 5 jam sehari.

Kerja yang ditawarkan mirip kerja part time biasa bersesuaian dengan kemahiran pelajar seperti terjemahan, suntingan video, penyediaan slide dan tugasan pejabat.

Sumber: BHarian

IKLAN