Terbaru, Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila kedua-dua qari dan qariah negara berjaya merangkul gelaran juara dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 yang berlangsung pada malam Ahad, semalam.
Bagi kategori qari, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan (27) membuktikan kehebatan bacaan dan penghayatan beliau apabila dinobatkan sebagai johan dengan markah 97.01 peratus selepas mengatasi pencabar dari Indonesia, Ahmad Azroi Hasibuan (95.13 peratus) dan wakil Turkiye, Muhammed Yahya Yildizhan (93.88 peratus) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Pada masa yang sama, qariah negara, Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi (31) turut mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih 95.88 peratus markah, mengetepikan peserta Maghribi, Fatima Zahra Assafar (89.38 peratus) di tempat kedua dan peserta Indonesia, Nur Rahmiyatin Adhya (87.59 peratus) di tempat ketiga.
Ads
Kredit foto: Bernama
Dalam pada itu, kejuaraan kedua-dua wakil negara ini diraikan dalam majlis penutup yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Sementara itu, untuk kategori hafazan lelaki, peserta Jerman, Usamah Barghouth muncul juara dengan markah 98.25 peratus, manakala Mohammad Abdullah Masasati dari Syria (98.01 peratus) dan Mohammad Jamil Farhat dari India (97.25 peratus) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Ads
Bagi kategori hafazan wanita pula menyaksikan peserta Syria, Tasneem Arian Omar dinobatkan sebagai juara dengan 97.5 peratus, diikuti wakil Malaysia, Putri Auni Khadijah di tempat kedua (96.75 peratus) dan Najway Ali Zaydan Alkourbu dari Libya (95.51 peratus) di tempat ketiga.
Kredit foto: IKIM
Sekadar info, setiap johan bagi kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM40,000, barangan kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), hadiah iringan serta sijil penghargaan.
Ads
Melalui tema ‘Membangun Ummah MADANI’ MTHQA ke-65 kali ini telah menghimpunkan seramai 71 peserta dari 49 negara sekaligus menjadi platform persaudaraan dan perkongsian ilmu yang terus mengangkat martabat Al-Quran di mata dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kasih sayang seorang bapa tiada batasnya, dan ini jelas terbukti melalui dedikasi seorang bapa yang telah bekerja sebagai penjaja selama lebih 26 tahun untuk memastikan anaknya dapat mengejar impian melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.
Uncle An, yang mengendali sebuah kopitiam sederhana di PJ Old Town, menjalani rutinnya dengan bekerja tanpa henti setiap hari dalam usaha mengumpul wang untuk yuran pengajian anaknya.
Menerusi perkongsian di platform Facebook Uncle Kentang, anak Uncle An kini sedang dalam pengajian sarjana dan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke PhD dalam bidang matematik dan bahasa Inggeris.
“Anaknya mempunyai hasrat yang mendalam untuk terus belajar dan mencapai kejayaan dalam bidang akademik,” kata Uncle Kentang.
Walaupun menjalani kehidupan yang sukar sebagai peniaga, Uncle An terus berusaha keras dan tidak pernah berfikir untuk berhenti, kerana dia amat berbangga dengan matlamat dan kejayaan anaknya.
Sebagai tanda penghargaan atas kerja keras Uncle An, Uncle Kentang menyarungkan jubah dan papan mortar PhD kepada bapa tersebut.
“Berapa ramai penjaja yang berusaha tanpa mengenal penat lelah demi masa depan anak-anak mereka? Pengorbanan mereka pasti akan membuahkan hasil apabila melihat anak-anak mereka berjaya,” coretnya lagi.
Uncle An menerima anugerah tersebut dengan senyuman lebar, malah menunjukkan betapa bersyukurnya dia atas penghargaan tersebut.
Dalam pada itu, Uncle Kentang turut menyeru orang ramai untuk menghargai dan menyokong penjaja mahupun peniaga tempatan.
“Kita tidak tahu betapa banyak usaha yang telah mereka curahkan untuk membesarkan anak-anak mereka. Melalui usaha mereka, ramai profesional telah berjaya dalam bidang masing-masing,” tambahnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semua orang obses nak badan cantik. Bukan saja individu yang mempunyai masalah obesiti, yang bertubuh kurus pun tetap ada misi untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.
Maka, ramailah yang teruja nak buat workout sama ada di rumah atau pun gimnasium. Tak kisahlah walau dimana tempat korang workout, paling penting adalah memastikan bahawa gerakan workout itu betul bagi mengelakkan kecederaan.
Selain risau daripada tercedera, kalau buat dengan cara tak betul pun tak ada gunanya. Penat dan sakit badan je la yang korang dapat.
Oleh itu, penting untuk korang tahu sama ada formation workout yang dilakukan itu betul atau tidak.
Jadi apa kata kalau kita lihat antara kesalahan-kesalahan yang mungkin korang pernah buat sebelum ini dan macam mana cara yang betul untuk melakukannya.
1. Jumping jack
Lihat kedudukan tapak kaki korang semasa melakukan jumping jack. Kedudukan bahu juga penting semasa melakukan gerakan ini (lihat video).
2. Plank
Kedudukan punggung yang terlalu rendah atau tinggi adalah sama sekali salah semasa melakukan plank.
Ini adalah posisi yang betul. Tangan berada pada aras dada dan punggung tidak diangkat terlalu tinggi atau rendah.
3. Squat
Kedudukan lutut tidak boleh melebihi kaki. Chest up dan face up. Lagi rendah korang dapat turun, lagi cantik punggung korang nanti.
4. Push up
Lihat kesalahan kedudukan kepala semasa push up. Lebih kurang seperti plank, cuma korang perlu turunkan bahagian badan dan bukannya punggung.
5. Bicycle crunches
Wah senang sangat kalau macam ni. Cara yang betul adalah korang perlu angkat sedikit bahu semasa melakukan cycling kaki. Barulah rasa pada bahagian perut.
6. Mountain climber
Kedudukan punggung tidak boleh terlalu tinggi dan gerakan kaki juga perlu diatur dengan betul. Hayunan kaki kanan ke hadapan dan diikut dengan kaki kiri. Lengan perlu seiring paras dada.
7. Russian twists
Untuk melakukan workout ini, bukan hanya gerakan tangan malah posisi badan juga harus seiring dengan pergerakan tangan ke kiri dan ke kanan.
Kalau nak gambaran lebih jelas, korang boleh rujuk pada video dibawah.
MKN (Majlis Keselamatan Negara) akhirnya telah mengeluarkan kata putus dan mengumumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikenakan kepada 6 daerah di negeri Selangor dan diantaranya adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dan berkuatkuasa pada 6 Mei hingga 17 Mei.
Sumber: Astro Awani
MKN (Majlis Keselamatan Negara) telah menjalankan perbincangan bersama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai SOP Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bakal disambut pada 13 Mei ini, hasil daripada pembentangan itu, kerajaan akhirnya telah mengeluarkan SOP buat Hari Raya Aidilfitri tahun ini..
Sumber: Sinar Harian
1. Takbir raya
Takbir raya di masjid/surau dibenarkan bagi kawasan PKP, PKPB, dan PKPP, kecuali bagi kawasan PKPD mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Namun, amalan takbir raya dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan di semua kawasan.
Sumber: Sinar Harian
2. Ziarah hari raya
Bagi kawasan PKP, ziarah hari raya hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah, dengan penjarakan fizikal.
Kawasan PKPB pula dibenarkan ziarah raya pada 1 hingga 3 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang.
Kawasan PKPP pula dibenarkan sehingga 3 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu masa dengan penjarakan fizikal.
Sumber: Berita Harian
3. Solat sunat hari raya di masjid/surau
Kawasan PKP, PKPB dan juga PKPP, solat hari raya dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak, mengikut ketetapan daripada pihak berkuasa agama negeri.
Bagi kawasan PKPD pula tidak dibenarkan untuk solat sunat hari raya.
Sumber: Sinar Harian
4. Ziarah kubur
Bagi penziarahan kubur di kawasan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tetapi tidak boleh melebihi 6 orang bagi satu petak kubur dan tidak lebih daripada 30 minit.
Kawasan PKP dan PKPD adalah tidak dibenarkan.
Walaubagaimanapun, bagi kawasan PKP dan PKPD, jamuan selepas solat sunat hari raya di masjid/surau, rumah terbuka hari raya, dan ziarah kubur adalah tidak dibenarkan, kecuali kawasan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Bagi masjid atau surau, adalah lebih digalakkan untuk menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...