Pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol menarik perhatian ramai apabila mengakui tidak lagi mengikuti mana-mana wanita di media sosial sebagai tanda hormat terhadap kekasih hatinya, Ameera Khan.

Tindakan itu bukan sahaja mencetus perbualan dalam kalangan peminat, malah turut dipuji kerana menunjukkan keikhlasan dan kematangan dalam menjaga hubungan.

Jaga batas pergaulan

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di TikTok, Jefri menjelaskan bahawa dia kini lebih menjaga batas pergaulan dalam dunia maya, khususnya dengan kaum wanita, demi memastikan keharmonian dalam percintaan mereka terpelihara.

“Saya sudah unfollow semua wanita di media sosial kecuali teman kerja yang senior.
Kerana saya mahu tunjukkan rasa hormat pada Ameera, jadi kenapa saya perlu follow perempuan lain,” jelasnya jujur.

Walaupun kelihatan seperti satu tindakan kecil, namun langkah yang diambil oleh Jefri nyata memberi impak besar dalam hubungan mereka. Ia menggambarkan komitmen serta kesungguhan pelakon Dear Nathan ini dalam memastikan Ameera merasa selamat dan dihargai sebagai pasangan.

@catalyzeclip #niceguymo #bigmo #jefrinichol #contentuniversity ♬ SOFT LOVE – EMPTY BOTTLE

Untuk rekod, hubungan antara Jefri Nichol dan Ameera Khan dilaporkan kembali terjalin sekitar penghujung Mac tahun lalu. Sejak itu, mereka semakin terbuka berkongsi momen kemesraan di media sosial, sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa hubungan ini bukan sekadar main-main.

Dalam kenyataan yang sama, Jefri turut menyatakan hasrat untuk membawa hubungan ini ke fasa yang lebih serius dan berakhir di jenjang pelamin. Pengakuan itu sekali gus menambah rasa teruja dalam kalangan peminat, apatah lagi Ameera bukanlah figura asing, sebaliknya adik kepada selebriti dan usahawan popular tanah air, Neelofa.

Pasangan lintas negara ini dilihat serasi bersama meskipun berbeza latar budaya, dan ramai mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Di kala ramai pasangan muda berdepan pelbagai cabaran dalam era digital ini, sikap Jefri boleh dijadikan contoh bagaimana rasa hormat dan komunikasi yang matang mampu memperkukuh ikatan cinta.

Semoga hubungan Jefri dan Ameera terus mekar dan menjadi inspirasi kepada generasi muda dalam mengenali erti cinta yang sebenar.

BACA LAGI : “Saya Memang Bukan Melayu,” Ameera Khan Dedah Asal Usul

Sumber: TikTok @catalyzeclip

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.