“Riding a race bike is an art – a thing that you do because you feel something inside”
Itu adalah antara quote pelumba motorsikal terkenaldan juara dunia Valentino Rossi.
Menjangkau karier selama 26 tahun, Rossi telah mengumumkan akan bersara dan tidak akan beraksi dalam MotoGP musim hadapan. Berita mengejutkan ini disampaikan oleh beliau sendiri dalam satu sidang media yang diadakan hari Khamis di Grand Prix Michelin di Styria.
Foto Kredit : Crash.net
“Saya telah membuat keputusan untuk berhenti pada akhir musim ini jadi ini akan menjadi separuh musim terakhir saya sebagai pelumba MotoGP. Ini merupakan saat yang menyedihkan kerana sukar untuk menyatakan bahawa tahun hadapan saya tidak akan berlumba motosikal lagi, saya rasa cukup untuk lebih 30 tahun ini,” jelas pelumba dari Itali ini.
Pelumba yang berusia 42 tahun ini berkata bahawa kehidupannya akan berubah pada tahun hadapan namun ianya sangat hebat kerana beliau telah ‘menikmati’ zaman mudanya dengan begitu baik.
Ads
Walaupun begitu, pelumba yang dilahirkan pada 16 Februari 1979 itu mempunyai rekod luar biasa sepanjang perjalanannya di MotoGP selama 25 tahun. Wow lama ya….
Di sini kami kumpulkan beberapa fakta menarik mengenai Valentino Rossi semasa karier nya di MotoGP.
Juara Dunia Sembilan Kali
Menjadi juara sembilan kali di MotoGP adalah rekod hebat buat Rossi. Secara terperinci, dia menang tujuh kali di kelas 500 cc, dan sekali masing-masing di kelas 125 dan 250 cc.
Kejuaraan pertamanya berlaku di kelas 125 cc pada tahun 1997. Rossi memenangi gelaran kedua dalam kelas 250 cc pada tahun 1997.
Ads
Untuk kelas 500 cc, Rossi menang lima tahun berturut-turut dari tahun 2001 hingga 2005. Kemudian, pelumba yang dilahirkan di Urbino, Itali itu menjadi juara pada tahun 2008 dan 2009.
235 Kali Naik Podium
Selain menjadi juara, Rossi juga sering berada di podium. Untuk rekod, dia telah naik ke podium MotoGP sebanyak 235 kali. Secara terperinci, 115 kali dia berada di posisi pertama, 67 kali dia berada di posisi kedua, dan 53 kali dia berada di posisi ketiga.
Terutama di kelas 500 cc, Rossi menduduki tempat pertama 89 kali. 61 kali di kedudukan kedua, dan 49 kali di posisi ketiga.
Kedudukan Tiang 65 Kali
Selain juara, Rossi juga terkenal sering memulakan perlumbaan dari posisi pertama. Sebanyak 65 kali dia telah menduduki posisi pertama dalam kariernya di MotoGP. Secara terperinci, 55 kali kedudukan tiang ketika tampil di Moto GP, lima yang lain di kelas 250 dan 125 cc.
Rossi dan Marquez pernah terlibat dalam persaingan pada musim 2015. Pada masa itu, Rossi mendorong Marquez turun semasa perlumbaan di Sepang MotoGP, Malaysia. Rossi dilaporkan marah kerana Marquez menghalang langkahnya untuk menangkap Jorge Lorenzo. Pada akhir perlumbaan, Lorenzo berada di tempat kedua dan Rossi berada di belakangnya. Namun, pada perlumbaan seterusnya di Valencia, Rossi harus bermula dari kedudukan terakhir kerana penalti menendang Marquez.
Rekod Hebat pada Musim 2003
Valentino Rossi berjaya muncul sebagai juara pada musim MotoGP 2003. Pada masa itu, dia berjaya meraih 357 mata dari 16 perlumbaan yang dia jalani. Menariknya, dari 16 perlumbaan, Rossi selalu berada di podium. Secara terperinci, sembilan kali di tempat pertama, lima kali di tempat kedua, dan hanya dua kali di tempat ketiga.
26 tahun bukan masa yang singkat ye. Apapun, pasti ramai sedih dengan berita ini dan akan sentiasa merindui aksi juara dunia ini dilitar MotoGP .
Tanpa memerlukan pengenalan, korang pasti sudah tahu apakah itu TikTok.
Foto via
Sejak dilancarkan pada tahun 2017, TikTok mempunyai kira-kira 800 juta pengguna di seluruh dunia. Disebabkan oleh populariti aplikasi ini di kalangan remaja dan kanak-kanak, ramai yang sering menggunakan TikTok dan berkongsi video mereka di platform lain.
TikTok kini mengambil alih tangga teratas dari Google dengan ingin diikuti pula oleh Facebook, Microsoft dan Apple. Dalam senarai 10 laman paling popular, ia didominasi oleh laman media sosial dan penstriman video. Selain laman paling popular dunia, Cloudflare turut menerbutkan laman media sosial paling popular lewat 2021 dan laman penstriman video paling popular lewat 2021.
Menurut laporan terkini oleh CloudFlare, , Google hanya perlu berpuas hati di tangga kedua sebagai laman yang banyak dilawati pada penghujung 2021.
10 Laman Media Sosial Paling Popular (Lewat) 2021
1 TikTok.com
2 Facebook.com
3 YouTube.com
4 Twitter.com
5 Instagram.com
6 Snapchat.com
7 Reddit.com
8 Pinterest.com
9 LinkedIn.com
10 Quora.com
10 Laman Penstriman Video Paling Popular (Lewat) 2021
1 Netflix.com
2 YouTube.com
3 Roku.com
4 HBOMax.com
5 Hulu.com
6 Peacocktv.com
7 Disneyplus.com
8 ParamountPlus.com
9 Sling.com
10 Iq.com
Caya lah Tiktok!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas Simpang Renggam, Hulu Selangor terbaru buat pertama kali Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan terhadap kondomonium.
Munurut Sinar Harian, arahan PKPD dikeluarkan terhadap kawasan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur melibatkan 3,200 orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah tersebut dilaksanakan kerana terdapat 17 jangkitan positif COVID-19 di menara tersebut.
Perintah ini berkenaan berkuat kuasa mulai 31 Mac hingga 13 April.
“Tujuan KPKD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari unit ke unik dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” kata Ismail Sabri.
Nampaknya makin banyak tempat dikenakan PKPD ni, so harapnya korang jangan la merayau merata nanti kena tangkap dan masuk penjara. Siapa yang susah!
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehilangan yang besar buat industri perfileman Thailand apabila pelakon filem seram popular Thailand, Nang Nak, Winai Kraibutr, 54, dilaporkan meninggal dunia.
Winai yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram, Nang Nak (1999) meninggal dunia akibat penyakit Bullous Pemphigoid pada 20 Mac yang lepas, lapor portal 8days.
Ia merupakan penyakit kanser kulit yang jarang ditemui dan mendiang menderita penyakit tersebut sejak lima tahun lepas.
Menerusi satu hantaran di media sosial isterinya, Chonrada Saenrangsi memaklumkan mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok selepas alami masalah tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada salur darah.
Kata isterinya lagi, tahap kesihatan Winai merosot sejak 15 Mac yang lepas, sebelum diserang sawan dua hari kemudian. Selepas itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya disahkan meninggal dunia minggu lepas.
Menurut 8days, kehidupan Winai berubah selepas dia didiagnosis menghidap Bullous Pemphigoid, penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit pada tahun 2019.
Untuk info, Filem Nang Nak dilaporkan tersebut menempa kejayaan yang sangat hebat apabila menjadi filem pertama negara tersebut yang mencecah jualan tiket mencecah nilai 150 juta bath dan dia mendapat gelaran Hundred Million Hero.
Takziah kami ucapkan buat ahli keluarga Winai Kraibutr.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.