REMAJA percaya kesemua institusi pengajian termasuklah kolej dan universiti di seluruh negara telahpun mengambil langkah berjaga-jaga dalam mencegah wabak Covid-19 daripada terus merebak.
Namun, hanya dengan arahan penutupan institusi sahaja tidak memadai untuk mengelak daripada dijangkiti.
Buktinya, pihak Universiti Teknologi MARA pada malam ini telahpun mengesahkan seorang pelajarnya positif Covid-19 dan keputusan tersebut diperolehi semalam.
Ads
Menurut kenyataan media yag dikeluarkan, pelajar UiTM Puncak Alam tersebut dijangkiti wabak tersebut daripada bapanya yang disahkan positif terlebih awal.
Ads
Bapanya pula terdedah kepada jangkitan daripada saudaranya yang menyertai perhimpunan ‘Ijtimak Tabligh’ yang berlangsung di Masjid Seri Petaling.
Pelajar tersebut yang didapati menyertai kelas pada 15 Mac lalu di UiTM bertindak pantas memaklumkan kepada pihak universiti menerusi pensyarahnya.
Ads
UiTM sehubungan itu terus memaklumkan statusnya yang positif Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.
Sehingga kini terdapat 3 kes positif Covid-19 yang dilapor melibatkan pelajar UiTM seluruh negara
Sekiranya korang merasa mempunyai simptom awal, jangan teragak-agak untuk mendapatkan rawatan segera.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan peningkatan kes positif COVID-19 yang berlaku setiap hari, tidak hairanlah sekiranya pihak hospital tidak mampu untuk menampung pesakit untuk menjalani rawatan.
Disebabkan oleh itu wujudnya Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) swasta yang disediakan oleh Kumpulan Megaklinik Zahran bagi individu positif yang berkemampuan untuk menjalani rawatan di beberapa hotel yang terlibat.
Namun begitu, fasiliti swasta ini hanya dapat membantu para pesakit yang berisiko rendah dan antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
• Pemeriksaan kesihatan oleh pasukan perubatan dua kali sehari
• Pemantauan oleh pasukan perubatan setiap masa
• Makanan tiga kali sehari
• Ruangan yang bersih dan selesa
• Kemudahan WiFi
Jom kita lihat antara PKRC swasta yang boleh dihubungi oleh pesakit COVID-19 serta bayaran bagi setiap penginapan.
1. Royal Chulan, Kuala Lumpur
Hotline: 010-2600481
• Bilik berkongsi (2 orang): RM250/pesakit x hari
• Bilik perseorangan (1 orang): RM450/pesakit x hari
2. Bangi Resort Hotel, Selangor
Hotline: 010-2600392
• Bilik berkongsi (4 orang): RM170/pesakit x hari
• Bilik berkongsi (2 orang): RM250/pesakit x hari
• Bilik perseorangan (1 orang): RM350/pesakit x hari
• Bilik perseorangan (1 orang): RM400/pesakit x hari
3. Nilai Lodge Residence, Negeri Sembilan
Hotline: 016-2600454
• Bilik berkongsi (2 orang): RM150/pesakit x hari
• Bilik perseorangan (1 orang): RM170/pesakit x hari
4. International Youth Centre (IYC), Cheras
Hotline: 010-2600634
• Majikan/Pekerja industri: Dorm: RM120 @Triple/Quad: RM130/pesakit x hari
• Warganegara: Bilik berkongsi (2 orang): RM180/pesakit x hari
Bagi mereka yang berkemampuan mungkin ada yang tidak mahu ditempatkan di hospital mahupun pusat kuarantin kerajaan kerana bimbang dengan kesesakan orang ramai. Jadi, mereka mempunyai pilihan untuk memilih pusat kuanrantin swasta yang disediakan ini.
Air Zamzam adalah air yang berasal dari telaga di kawasan Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi. Biasanya, orang Islam yang menunaikan Haji dan Umrah akan mengunjungi telaga Zamzam dan membawa air Zamzam pulang ke negara asal untuk disedekah atau disimpan sebagai bekalan.
Orang ramai yang berkunjung ke Makkah mengambil peluang minum air zam zam.
Mengamalkan minum air zam zam sangat dituntut kerana ia mempunyai banyak khasiat. Namun, disebabkan permintaan yang tinggi dan kerakusan manusia. Ada segelintir yang mengambil kesempatan dengan membuat perniagaan dengan penghulu bagi segala air dan sebaik-baik air di atas muka bumi ini.
Namun, baru-baru ini Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengeluarkan satu peringatan di laman Facebook rasminya mengenai larangan menjual air zamzam.
Melalui hantaran yang dibuat tersebut, ditegaskan bahawa penjualan air zamzam di Malaysia adalah dilarang sama sekali dan pihak yang melakukan perkara tersebut bakal dikenakan hukuman jika disabitkan kesalahan.
Ini susulan laporan yang diterima setiap kali kedatangan musim haji mengenai beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan membuat keuntungan mudah dengan mengimport, menjual dan mengedar air zamzam secara haram.
Air zamzam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi seperti yang telah termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tiada lesen yang pernah dikeluarkan oleh KKM untuk menjual air zamzam, malah kerajaan Arab Saudi turut melarang pengeksportan dan penjualannya.
Jika disabitkan dengan kesalahan mengimport, menjual dan mengedar air zamzam secara haram, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan pengimportan, pengedaran dan penjualan air zamzam boleh menyalurkan aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.
Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh dilakukan secara atas talian di laman web rasmi dan laman Facebook KKM.
Untuk pengtahuan korang dalam bahasa Arab, zamzam bermaksud “banyak” atau “limpahan”. Pengertian ini sesuai dengan keadaan air Zamzam yang tidak pernah kering walaupun telah digunakan selama ribuan tahun. Mengikut sejarah, air Zamzam pertama kali keluar ketika Nabi Ismail menangis kehausan di padang pasir bersama ibunya, Hajar.
Sumber : Facebook BKKM
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, REMAJA ada melaporkan mengenai empat orang susupek yang berkelakuan biadap ketika menggunakan tandas yang dikhaskan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Video yang tular di TikTok itu menunjukkan bagaimana dua orang wanita dan dua orang lelaki dalam persalinan penunggang basikal mempersendakan golongan OKU sambil sakan bergelak tawa setelah salah seorang mengajuk gaya insan OKU di hadapan pintu tandas.
Perbuatan tersebut telah menerima kecaman daripada rakyat Malaysia termasuklah selebriti berpengaruh seperti Senator Ras Adiba yang mendesak agar suspek dalam video tersebut membuat permohonan maaf terbuka kepada golongan OKU.
Well guys, nampaknya kelakuan mereka ini akan menerima balasan setimpal setelah pihak polis mengesahkan sedang mengesan kesemua suspek yang terlibat dalam video ini DAN dalam sebuah lagi video tular di parkir kenderaan Mid Valley Megamall yang juga mempersendakan golongan OKU pada minggu ini.
Pada waktu yang sama, suspek dalam kedua-dua video itu juga jelas menyalahgunakan harta benda awam yang dikhaskan untuk golongan OKU.
Kata Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, aduan telah diterima oleh pihaknya setelah pengadu menonton dua klip video yang dimuat naik di TikTok itu.
Khabarnya, aduan diterima oleh pengadu yang berada di bangunan Parlimen. Tidak mustahil aduan itu telah dibuat oleh Senator Ras Adiba sendiri.
Ulas Beh Eng Lai, “Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan sama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian.
“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dengan penggunaan media sosial secara tidak wajar,” katanya.
Demi membantu siasatan, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek dalam dua video tular ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2206.
Ingat, nak bergurau pun perlu lihat tempat dan masanya. Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan jenaka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...