Selepas bertarung lima hari di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan parah ditikam rakan sekerja yang berang kerana mangsa datang lewat, jam 10.45 pagi tadi, Aidil Azran Omar, 24 tahun disahkan meninggal dunia akibat usus yang bertukar kehitaman.
Berita sedih ini disampaikan oleh abang kepada arwah di fb miliknya, Zae Nothern yang mengakui begitu rindukan senyuman arwah adiknya itu.
Arwah Aidil maut ditikam rakan sekerja selepas timbul salah faham soal kedatangan kerja
Adik, kami semua syg adik, kami rindukan gelak tawa adik… tenanglah adik disana… semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Amin.
Malah dirinya turut berkongsi kronologi kes sehingga membawa kepada detik akhir hidup adiknya itu yang akan dikebumikan selepas Asar ini.
19/11/2019 Tarikh Kejadian & tangkapan dibuat
19 Nov19 6.30pm
Dapat info pelaku sudah ditangkap di butterworth.
19 Nov19 8.00pm
Aidil di bawa masuk ke dewan bedah untuk pembedahan di GH (tangan perlu dipotong untuk selamatkan nyawa)waris dah tanda tangan.
**doktor x jadi buat pembedahan sbb badan aidil lemah.
20 Nov19 1.30am
Aidil ditahan diwad kerana badan masih lemah, doktor nak pastikan badan dia cukup stabil untuk proses pembedahan. Dalam masa yg sama doktor juga memantau perkembangan tangan beliau dan akan cuba sedaya upaya jika ada tanda2 positif untuk tidak dipotong.
Ads
20 Nov 19 1.00 pm Assalamualaikum, sy baru lepas berjumpa doktor yg merawat Aidil. Pada masa sekarang makluman dari doktor tangan masih hidup. Cuma sekarang ada masalah dibahagian usus. Waris dah tanda tangan utk benarkan pembedahan bahagian perut. Mohon rakan2 Aidil semua berdoa agar segalanya berjalan lancar kerana doktor beritahu Aidil di tahap genting.
20 Nov2019 5.00pm
Aidil dibawa masuk ke bilik pembedahan. Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya… sama2 berdoa agar Aidil diberikan kesembuhan….
20Nov19 8.00pm
Aidil selesai pembedahan dan dipindahkan ke ICU utk rawatan selanjutnya, pihak keluarga masih menunggu keputusan. Mohon semoga Aidil selamat hendaknya…
9.30pm
Waris dibenarkan melawat Aidil dalam ICU tapi masih dalam pemerhatian dan pemantauan doktor.
21 Nov19 1.30pm
Keaadaan Aidil masih kritikal tak sedarkan diri. Keputusan semalam masih belum tahu keputusan kerana perut Aidil makin membesar. Sekarang pihak ICU menunggu doktor pakar perut untuk tindakan selanjutnya. Semoga dipermudahkan olehNya.
22Nov19 3.50pm
Aidil akan menjalani pembedahan kali ke-2 dibahagian perut sebentar lagi bersama doktor pakar, doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudakan… amin….
Ads
23November19 6.00am
Dapat panggilan dari doktor, Ahli keluarga diberitahu paru2, hati, jantung, buah pinggang dan lain2 sudah dalam keadaan normal cuma doktor beritahu supaya ahli keluarga tabah kerana usus Aidil dah jadi hitam, doktor pakar dah usaha yg terbaik dah sedaya-upaya tapi xdapat nk selamatkan usus Aidil. Kami ahli keluarga redha dengan apa jua ketentuan dan ujian yg diberikan oleh Allah s.w.t.
23November19 9.30am
Mesin support nadi Aidil akan dihentikan oleh doktor. Sesiapa rakan2 Aidil yg nk melawat buat kali terakhir di ICU dibenarkan jumpa sekarang.
23November19 10.45am
Aidil dah kembali kerahmatullah 10.45am.. semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa2nya dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman … amin….
23November19 2.30pm
Jenazah Aidil Azran selesai postmortem dan akan dimandikan di hospital pulau pinang, jika selesai dlm masa yg singkat, jenazah akan di kebumikan selepas asar di Masjid Bagan Air Itam Jalan Bharu Balik Pulau.
Ads
Lokasi berdarah yang menjadi tempat arwah Aidil menemui ajal selepas lima hari bertarung nyawaLaporan polis dibuat oleh rakan kepada arwah dirinya diugut tetak oleh suspek
Dalam kejadian lima hari lalu, suspek yang bernama Faizal dikatakan telah menikam arwah Aidil di Taman Symphony Garden, Balik Pulau kerana kerap lewat masuk kerja.
Suspek berusia 27 tahun itu kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis di tepi jalan Simpang Ampat, Nibong Tebal pada jam 7 malam, hari yang sama.
Dalam pada itu, lima hari lalu, berdasarkan satu laporan polis dibuat oleh Mohd Amin Azahar, sekitar jam 1.30 petang, ketika dia berada di hospital menziarahi Aidil, dirinya telah diugut ditetak oleh suspek jika membuat laporan polis. Malah dikatakan juga suspek bakal menikah 7 Disember akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ada di antara kita yang sudah membeli tiket penerbangan ke luar negara masih berharap sekiranya mereka tidak mengalami kerugian dan mendapat semula hak mereka sebagai pengguna.
Berita baik buat pelanggan AirAsia, syarikat penerbangan itu telah melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari atau dua tahun berbanding tempoh setahun yang diberikan sebelum ini.
AirAsia membuat kenyataan bahawa penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh pelepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini diberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.
Antara pilihan yang diberi adalah pertukaran tarikh penerbangan tanpa had meliputi menukar tarikh penerbangan sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Selain itu, penumpang juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa dua tahun.
Namun begitu, masih ada pengguna yang tidak berpuas hati mengharapkan agar mereka memperoleh duit refund dan bukannya akaun kredit seperti yang ditawarkan. Malah, ada juga pengguna yang mengatakan bahawa mereka masih belum menerima pindahan akaun kredit yang telah dibuat.
Mungkin kes korang masih lagi dalam rekod dek kerana terlalu ramai yang memohon penukaran kredit/refund sepanjang tempoh PKP ini. Diharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan harapnya korang pun bersabar sementara menunggu jawapan daripada pihak AirAsia.
Hari ini saja di Malaysia mencatat sebanyak 235 kes baharu Covid-19 dengan jumlah kes 2031 dan kematian meningkat sebanyak 23 orang.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Itali masih lagi mencatatkan bilangan kematian paling tinggi iaitu seramai 7,503 orang diikuti China (3,350), Sepanyol (3,434), Iran (2,077) dan Perancis (1,434). Jumlah bilangan yang dijangkiti pula hampir setengah juta orang iaitu 467,866 orang.
Terbaru, pegawai istana dan barisan frontliner juga ada yang telah disahkan positif Covid-19 dan perkara tersebut sangat menakutkan kita semua.
Titah KDYMM Agong
Oleh sebab itu, KDYMM Baginda Agong telah menitahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melakukan solat hajat di kediaman masing-masing pada esok hari secara serentak.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri didalam Facebooknya sebentar tadi.
Solat hajat selepas zohor
Waktu solat hajat tersebut adalah selepas waktu solat Zohor iaitu pada 27 Mac 2020 bersamaan dengan 3 Syaaban 1441H. Solat hajat ini akan dilakukan secara serentak untuk memohon kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pelaksanaan solat hajat esok di rumah masing-masing!
Jadi, jom la rakyat Malaysia beragama Islam kita sama-sama turut serta bersama keluarga dirumah untuk mendoakan agar Covid-19 yang sedang menular di dalam negara dan juga dunia dapat dihentikan. Moga kita semua dirahmati oleh NYA.
Aplikasi temu jodoh Sugarbook sebenarnya telah lama beroperasi di Malaysia.
Jika korang masih ingat, papan iklan kontroversinya pernah menjadi bualan warganet pada tahun 2019 \kerana foto yang ‘menghalalkan’ budaya sugar daddy dan sugar baby demi menagih kasih sayang dan harta daripada lelaki berharta.
Namun, isu tersebut telah senyap begitu saja sehinggalah Sugarbook kembali hangat diperkatakan baru-baru ini selepas pendedahan 10 buah institut pengajian tinggi (IPT) yang didakwa memiliki jumlah sugar baby berdaftar tertinggi di Malaysia.
Biarpun ada yang yang berpendapat bahawa dakwaan itu tidak sahih kebenarannya, but damage has certainly been done.
Selain daripada mencemarkan nama IPT terbabit sehingga membuatkan CEO universiti itu sendiri memberikan respon balas, dakwaan itu juga seakan menjatuhkan imej pelajar IPT di Malaysia yang dikecam terdesak untuk memiliki wang sehingga sanggup bergelar sugar baby.
14,433 orang sugar baby berdaftar bukanlah jumlah yang sedikit ya guys.
Justeru, tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah menyekat akses masuk ke laman web Sugarbook semalam dilihat sebagai keputusan yang tepat.
Ini kerana aplikasi tersebut hanya akan meruntuhkan nilai moral pelajar di Malaysia dan akan memberikan lesen kepada generasi masa depan di negara kita untuk berfikir, “Okay boleh buat” demi mendapatkan wang dengan cara haram. Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM semalam.
Namun, sekatan itu saja dilihat masih belum mencukupi demi membendung Sugarbook mahupun aplikasi serta laman web mirip dengannya daripada meneruskan perniagaan mereka di sini. Kalau hari ini ada satu yang ‘tumpas’, tak mustahil esok lusa akan muncul 10 lagi aplikasi berkonsepkan sugar baby.
Wajar sekiranya syarikat tersebut dan pengendali syarikat disiasat rapi oleh pihak berkuasa demi memberi pengajaran kepada mana-mana aplikasi asing yang ingin memulakan skim perniagaan tidak bermoral di Malaysia.
Benar, kalau pelajar itu sendiri yang ingin bergelar sugar baby dan mata sudah dikaburi duit, haramkanlah semua jenis aplikasi sekali pun. Mereka tetap akan mencari peluang untuk bergelar sugar baby. Akan tetapi, sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia telah menetapkan pendirian tegas dalam hal ini demi menjaga akhlak dan moraliti remaja kita.
Kisah kejayaan Dr Amalina PhD yang menamatkan pengajian Doktor Falsafah di UK sambil berkongsi pengorbanan sebagai ibu dan pakar bedah yang menjadi inspirasi ramai.