Bintang K-Pop popular, TOMORROW X TOGETHER (TXT) baru-baru ini mengejutkan para peminat mereka, MOA, selepas mengumumkan bakal menggegarkan Kuala Lumpur menerusi konsert jelajah dunia terbaru ‘STEAL THE WIND’, pada 13 Mac 2027.
Menerusi perkongsian di aplikasi X rasmi TXT, konsert jelajah ini akan membawa kelima-lima kumpulan yang dianggotai oleh Yeonjun, Soobin, Beomgyu, Taehyun, dan Hueningkai menjelajah beberapa negara di Asia, Amerika Utara dan Eropah bermula November 2026 hingga Jun 2027.
Meskipun butiran lanjut mengenai lokasi persembahan di ibu negara masih belum diumumkan, pengesahan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi jelajah pastinya menjadi berita yang cukup menggembirakan buat MOA di Malaysia. Maklumat berkaitan tempat, harga tiket serta tarikh jualan dijangka diumumkan dari semasa ke semasa.
Jelajah ‘STEAL THE WIND’ akan membuka tirainya di Seoul selama tiga malam bermula 13 hingga 15 November 2026, sebelum TXT meneruskan persembahan ke Macau, Fukuoka, Tokyo, Osaka dan Aichi.
Bagi siri jelajah Asia pada tahun 2027 pula, TXT turut dijadualkan tampil di Kaohsiung pada 6 dan 7 Mac, Kuala Lumpur pada 13 Mac, Jakarta pada 20 Mac serta Hong Kong pada 19 dan 20 Jun.
Sementara itu, siri jelajah Eropah akan menyaksikan TXT singgah di Manchester, Milan, Paris, Amsterdam, Antwerp dan Cologne. Menariknya, Big Hit Music turut memberi bayangan bahawa lebih banyak tarikh dan destinasi persembahan bakal ditambah pada masa akan datang.
Ads
Pengumuman jelajah dunia ini hadir ketika TXT terus mencipta momentum tersendiri dalam industri muzik apabila album terbaru mereka, ‘7TH YEAR: A Moment of Stillness in the Thorns’, berjaya mencatat pencapaian membanggakan di carta Billboard 200.
Untuk rekod, kehadiran TXT menerusi ‘STEAL THE WIND’ bakal menandakan kunjungan kedua mereka ke Kuala Lumpur selepas sebelum ini berjaya menghangatkan Axiata Arena pada 14 Februari lalu menerusi jelajah ‘ACT: TOMORROW’. Justeru, pengumuman terbaharu ini pastinya sekali lagi mencetuskan keterujaan dalam kalangan MOA Malaysia yang kini boleh mula menghitung hari untuk menyaksikan idola kesayangan mereka kembali beraksi secara langsung di ibu negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan punk rock lagenda, Green Day disahkan bakal membuat kunjungan sulung mereka ke Malaysia bagi menjayakan sebuah konsert pada tahun 2025!
Ditubuhkan pada tahun 1986 di California, Green Day merupakan salah satu kumpulan punk rock yang mempunyai rekod jualan album paling laris dalam sejarah dengan sebanyak 76 juta rekod terjual di seluruh dunia dan pencapaian penstriman sekerap 10 bilion secara kumulatif.
Malah, media antarabangsa Rolling Stone juga pernah menobatkan Green Day sebagai ‘kumpulan paling berpengaruh bagi generasinya’ dan telah menginspirasikan banyak kumpulan-kumpulan muzik muda untuk bertapak dalam industri seni muzik.
Ujar penganjur iaitu Live Nation Malaysia, konsert kumpulan yang pernah memenangi lima trofi anugerah Grammy itu dijadualkan berlangsung pada 18 Februari 2025 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Selain Kuala Lumpur, hanya satu lagi destinasi di rantau Asia Tenggara yang menjadi pilihan Green Day iaitu Jakarta, Indonesia.
REMAJA difahamkan penjualan tiket konsert akan mula dibuka untuk pemegang Mastercard dari 24 September (10 pagi) hingga 26 September (10 pagi). Buat ahli Live Nation pula, korang boleh mendapatkan tiket pada 26 September bermula jam 12 tengah hari hingga 11.59 malam.
Manakala jualan am pula boleh direbut mulai 27 September dari jam 11 pagi.
Blackpink tidak menunggu lama untuk mengumumkan dua berita baik secara back to back pada minggu ini. Seperti jangkaan ramai peminat mereka, Blackpink akhirnya mengesahkan kehadiran semula ke Kuala Lumpur bagi menjayakan satu lagi jelajah konsert dunia pada tahun hadapan.
Menerusi platform media sosial, Blackpink tengah malam tadi mendedahkan senarai kota yang bakal dikunjungi serta tarikh konsert. Kuala Lumpur terpilih sebagai salah lokasi kunjungan dan dijadualkan berlangsung pada 4 Mac 2023.
Selain Malaysia, kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Lisa, Rose dan Jennie ini juga akan ‘terbang’ ke Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Timur Tengah (UAE, Saudi Arabia), Great Britain, Eropah (Sepanyol, Jerman, Belanda) dan tentunya di Seoul, Korea Selatan.
Bagi benua Asia pula, selain Malaysia Blackpink turut memilih beberapa lagi lokasi lain termasuk Jakarta, Indonesia; Manila, Filipina; Singapura; Bangkok, Thailand dan Hong Kong. Mungkin sekali, akan ada beberapa lokasi lain yang bakal diumumkan selepas ini.
Pink Venom
Bersempena ulang tahun debut Blackpink semalam juga, syarikat label mereka iaitu YG Entertainment turut mengumumkan album terbaru grup tersebut dinamakan sebagai Born Pink dan akan dilancarkan pada bulan September ini.
Manakala, single pertama untuk era ini dinamakan sebagai Pink Venom dan ia bakal menemui semua pada 19 Ogos ini.
Memetik laporan Korea Herald, baru-baru ini Blackpink telah menjalani penggambaran muzik video terbaru dengan bajet terbesar yang pernah dilaburkan oleh YG tersebut.
Born Pink ialah album terbaru Blackpink dalam tempoh hampir dua tahun selepas album penuh pertama mereka, The Album dilancarkan pada bulan Oktober 2020.
Are you ready, Blinks?
Sementara menunggu tarikh pembelian tiket konsert, korang boleh layari LAMAN WEB rasmi di sini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rancangan popular terbitan E! ini akan melabuhkan tirai selepas hampir 14 tahun dan lebih 20 musim bersiaran menemui peminat di kaca televisyen. Rancangan realiti yang menampilkan ahli keluarga Kardashian-Jenner menonjolkan menonjolkan sisi kehidupan sebuah keluarga yang tidak konvensional dan penuh dengan drama serta kontoversi. Mamun mungkin itulah yang disukai oleh para penonton.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram Kim Kardashian West pada Rabu telah menyatakan bahawa keputusan untuk menamatkan rancangan tersebut adalah hasil perbincangan seluruh ahli keluarganya.
Kim bersama ibunya, Kris Jenner
Menurut isteri kepada Kanye West ini, “Terima kasih kepada ribuan insan dan juga klien yang telah menjadi sebahagian dari pengalaman kami dan paling penting, ucapan terima kasih yang sangat istimewa saya ucapkan kepada Ryan Seacrest kerana mempercayai kami, E! kerana menjadi partner kami dan juga kepada team produksi si Bunim/Murray yang banyak menghabiskan masa dalam proses penggambaran kehidupan kami. Musim akhir rancangan ini akan disiarkan awal tahun hadapan.”
Untuk pengetahuan pembaca, rancangan realiti yang menampilkan Kim Kardashian bersama Khloe Kardashian, Kourtney Kardashian, Kris Jenner, Rob Kardashian, Kendall Jenner dan Kylie Jenner ini pernah memenangi lebih dari 14 anugerah bagi kategori anugerah rancangan realiti TV/bintang realiti TV pilihan pilihan di Anugerah Teen Choice dan juga People Choice.
***P/S- Bapa tiri Kim, Bruce Jenner ataupun kini dikenali sebagai Caitlyn Jenner (selepas menukar jantina) hanya membintangi siri ini sehingga ke musim 13 sahaja.
Sumber & Foto: Instagram Kim Kardashian @kimkardashian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan sahaja bangga, pelakon Sharifah Sofia turut mengakui perasaannya bercampur-baur apabila melihat anak sulungnya, Sharifah Ariana, turun beraksi dalam acara ragbi wanita pada Sukan...