
Jeng jeng jeng, pengguna Twitter bakal tampil dengan ciri baru yang membolehkan pengguna untuk memuat naik kandungan yang hanya kekal selama 24 jam sebelum dihapuskan.
Eh…menarik ni tapi macam sama dengan story di instagram pula kan.

Ya, ciri ini agak sama dengan ciri yang ada di Instagram kan?
Fleets menawarkan ciri yang lebih kurang sama, memudahkan korang menambah teks, gambar dan video pada perkongsian “Fleets”, dan ia akan hilang selepas tempoh 24 jam. Pengguna juga turut boleh berkongsi Tweet dalam Fleets.
Ciri baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Twitter seluruh dunia bermula semalam.
That thing you didn’t Tweet but wanted to but didn’t but got so close but then were like nah.
We have a place for that now—Fleets!
Rolling out to everyone starting today. pic.twitter.com/auQAHXZMfH
— Twitter (@Twitter) November 17, 2020
Sabar ye semua, Fleets akan dilancarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia dalam beberapa hari akan datang menerusi aplikasi Twitter pada iOS dan Android.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Tebus Kredit RM50 Program e-Penjana Dalam Akaun E-Wallet Korang

Berita baik untuk korang semua, program e-Penjana yang akan dikreditkan RM50 dalam akaun e-wallet korang sudah pun boleh ditebus.
Terdapat tiga aplikasi e-wallet yang mengambil bahagian dalam program ini, termasuklah Touch n Go, GrabPay dan Boost. Korang boleh menebus mulai hari ini sehingga 24 September 2020. Difahamkan, proses pengesahan untuk penebusan akan mengambil masa sehingga 5 hari sebelum wang dikreditkan dalam akaun e-wallet korang.
Bagaimana nak tebus? Jom kita lihat cara untuk menebus daripada ketiga-tiga aplikasi ini.
Touch n Go e-Wallet

Langkah 1: Pastikan korang memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan kemas kini aplikasi Touch n Go e-wallet dengan versi terkini
Langkah 2: Buka aplikasi – klik pada kotak program e-Penjana di halaman utama aplikasi
Langkah 3: Tandakan (/) pada terma dan syarat – klik butang ‘Claim Now‘
Langkah 4: Sahkan akaun terlebih dahulu – Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan – Klik butang ‘Submit’
Langkah 5: Setelah selesai, butiran korang akan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja. Jika berjaya, korang akan menerima satu notifikasi yang menyatakan permohonan telah diluluskan.
Boost

Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera
Langkah 2: Buka aplikasi – klik pada kotak insiatif e-Penjana di halaman utama aplikasi
Langkah 3: Klik pada kotak ‘RM50 ePENJANA’ – korang perlu sahkan butiran akaun terlebih dahulu (termasuk nama penuh & kad pengenalan)
Langkah 4: Setelah selesai, maklumat yang diberikan akan diproses dalam tempoh lima (5) hari masa bekerja.
GrabPay

Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera & kemas kini aplikasi Grab dengan versi terkini
Langkah 2: Buka aplikasi – klik pada kotak program e-Penjana di halaman utama aplikasi
Langkah 3: Kemudian, klik butang ‘Next’
Langkah 4: Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan
Langkah 5: Butiran korang akan diperiksa dan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja
Apa lagi guys, jom tebus sekarang!
Sumber: amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Untuk Sahkan Akaun MySejahtera, Boleh Guna Pelbagai Ciri Di Aplikasi Ini

Semalam ramai yang telah membuat perkongsian mengatakan akaun MySejahtera mereka sudah mempunyai ‘Verified’ atau ‘Sah’ dan rata-ratanya agak terkejut kerana menganggap ia sama seperti akaun media sosial yang lain.
Menurut MySejahtera, individu yang mempunyai label akaun ‘Verified’ boleh menggunakan sepenuhnya pelbagai ciri-ciri pada aplikasi tersebut, termasuklah untuk melihat sijil vaksinasi.

Bagi korang yang belum menukar ‘status’ MySejahtera ini, berikut adalah tutorial cara untuk sahkan akaun. Korang perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini untuk menggunakan ciri terbaharu ini.
1. Untuk melakukan pengesahan, klik pada butang ‘Sahkan Segera’
2. Sila pastikan maklumat diri yang tertera adalah betul dan klik ‘Sahkan’
3. Klik ‘OK’ sekiranya korang pasti maklumat diri yang tertera adalah betul
4. Setelah korang kemaskini profil, tanda ‘Sah’ atau ‘Verified’ akan terpapar di profil MySejahtera

Mudah sahaja kan? Semoga bermanfaat!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lelaki Ini Ajar Download Aplikasi Al-Quran Secara Percuma Yang Diiktiraf MCMC, KDN & JAKIM

Kalau kita tengok sekarang ni ada macam-macam jenis aplikasi Al-Quran yang boleh dimuat turun pada smartphone korang.
Persoalannya, adakah aplikasi-aplikasi tersebut benar atau mungkin juga terjemahan ayatnya jauh terpesong daripada makna asal?
Korang tak perlu risau dan ragu-ragu lagi kerana perkongsian yang dibuat oleh Najmi Farisham ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memastikan setiap aplikasi yang dimuat turun adalah sah hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Aplikasi ini juga telah mendapat kelulusan besar daripada pihak Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). Menurut Najmi lagi, ini menjadikan ia satu-satunya (setakat ini) aplikasi Al-Quran mudah alih yang diperakui kesahihan maklumatnya oleh pihak berkuasa tempatan.
Berikut merupakan keistimewaan dan fungsi aplikasi tersebut:
1. Susunan ayat mengikut Mushaf Madinah.
2. Interface dan grafik setiap muka surat yang menyelesakan pandangan mata ketika membaca.
3. Pengenalan ringkas bagi setiap surah. Diturunkan di mana dan apakah inti pati yang dapat diperoleh daripada surah berkenaan.
4. Menyediakan terjemahan dari Tafsir Pimpinan ar-Rahman bagi setiap ayat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
5. Suara audio merdu bacaan al-Quran daripada imam-imam besar seperti Syeikh Abdullah Ibn Ali Basfar (Imam Masjid Jami’ di Jeddah), Syeikh Ali Al-Huzaifi (Imam Masjid Nabawi), Syeikh Ibrahim Al Akhdar (Bekas Imam Masjid Nabawi) dan Almarhum Syeikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf (Bekas Imam Masjid Nabawi).
6. Audio boleh dimuat turun dari muka surat ke muka surat yang lain mengikut suara imam pilihan masing-masing.
7. Pembaca boleh buat carian terus ke halaman yang diingini mengikut ayat, juzuk dan surah.
8. Disediakan mod malam bagi mengelakkan pembaca merasa silau ketika bacaan di tempat gelap.
Aplikasi dengan nama Smart Quran ini boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pengguna peranti Android mahupun iOS. Klik link di bawah ni okay:
Play Store: http://bit.ly/SmartQuranAndroid
App Store: http://bit.ly/SmartQuranAppsStoreiOS








Lepas ni boleh la korang download aplikasi tersebut tanpa rasa ragu-ragu lagi. Saiznya tak besar mana pun, dalam 200MB saja dan sesuai untuk pelbagai jenis telefon pintar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

