
Jika dulu kita memerlukan PC atau laptop untuk mencetak dokumen, dan ada yang terus ke Cyber Café kerana tidak mempunyai printer di rumah, kini korang boleh sahaja print dokumen hanya melalui handphone.
Lebih mudah bukan?
Tanpa perlu menggunakan laptop atau mengeluarkan modal untuk membeli printer wireless/WiFi, lelaki yang dikenali sebagai Fizie Joe telah berkongsi tutorial bagaimana untuk print-out dokumen daripada handphone direct ke printer.
Apa yang penting, korang kena ada 3 benda berikut:
• Printer (tak kisah jenama apa, yang murah pun boleh)

• Cable OTG (korang boleh beli di kedai Eco/Ninso/Mr DIY

• Apps PrinterShare Mobile Print (download di handphone)

Bila kesemua barangan ini telah disediakan, sambungkan kabel USB printer ke kabel OTG dan kemudian, cucuk pada handphone korang. Ikut arahan PrinterShare untuk setting dan siap!
Ada lagi satu pilihan untuk korang download apps selain PrinterShare. Cari Noko Print-Wireless and USB printing dan caranya juga sama seperti yang telah dikongsi diatas.

Mudah saja kan? Tak perlu membazir duit nak beli printer mahal-mahal. Ikut cara ni je boleh jimat. Berbaloi-baloi!
Sumber: Fizie Joe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia?

15 Disember 2021 merupakan hari yang cukup penting bagi peminat jenama OPPO setelah acara tahunan OPPO INNO Day 2021 selamat dilangsungkan di seluruh dunia bagi memperkenalkan teknologi serta peranti baharu yang akan menemui pengguna tidak lama lagi.
Tahun ini nyata tidak mengecewakan setelah ura-ura mengenai kemunculan telefon pintar jenis lipat pertama oleh OPPO benar-benar direalisasikan oleh mereka setelah bertahun-tahun melalui peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

OPPO Find N
Model telefon pintar lipat ini dikenali sebagai OPPO Find N dan hadir dalam tiga variasi warna. Tinjauan REMAJA sewaktu menghadiri acara tersebut dan menelitinya dengan lebih dekat mendapati ia berpotensi untuk menarik ramai pembeli di Malaysia. Ini kerana ramai yang mula berminat untuk memiliki telefon pintar lipat disebabkan saiz dan keunikannya.
Bagi korang yang akan terus membandingkan OPPO Find N dengan pesaing OPPO lain yang pernah muncul dengan telefon pintar lipat, well, korang bukanlah insan pertama yang terfikir sedemikian.

Stail asasnya adalah sama iaitu sebuah telefon pintar yang dibuka seakan buku dengan paparan skrin 5.49 inci pada bahagian luar serta skrin seluar 7.1 inci pada bahagian dalam. Apabila dibuka, ia akan kelihatan hampir sama dengan saiz tablet dan ia mempunyai lapisan kaca ultra-nipis. Disebabkan ‘ration 8:4:9 yang menjadikan saiznya yang lebih lebar berbanding pesaingnya, ia lebih senang pada mata pengguna apabila orientasinya diubah menjadi memanjang (landscape).

Satu perkara yang REMAJA gemarkan adalah ketiadaan kesan atau garisan lipatan yang jelas pada bahagian tengah skrin di dalam. Ini kerana OPPO menggunakan rekaan hinge jenis ‘teardrop Flexion’ yang menjadikan pergerakan membuka dan menutup telefon pintar ini lebih mudah. Bahagian lipat ini menyokong ‘FlexForm Mode’ dan ia amat membantu apabila korang menggunakan fungsi kamera dan ‘notes’.

OPPO Find N didatangkan dengan kamera utama 50MP, 16MP ultrawide dan 13MP telephoto array. Kedua-dua kamera jenis ‘hole punch’ pada bahagian luar dan dalam telefon pula menggunakan kamera 32MP.
Didatangkan dalam variasi warna putih, ungu dan hitam (kegemaran REMAJA), OPPO Find N dijangka boleh menyaingi model telefon pintar dalam pasaran pada masa akan datang.

OPPO Air Glass
Satu lagi peranti yang menjadi tumpuan di OPPO INNO Day 2021 tentunya ialah OPPO Air Glass yang merupakan sejenis teknologi peranti baharu yang dijangka bakal menjadi satu keperluan ramai tidak lama lagi.

Rekaan yang julung-julung kali diperkenalkan ini menggunakan teknologi Spark Micro dan Micro LED yang dicipta sendiri oleh OPPO. Cara menggunakan peranti ini adalah dengan melekatkannya pada bahagian kaca mata dengan kuasa magnet. Pengguna boleh mengubah paparan skrin Assisted Reality di hadapan mata mereka dengan interaksi seperti sentuhan (seakan swipe), suara, pergerakan kepala dan pergerakan tangan.

Pada pandangan pertama, REMAJA merasakan ia terlalu futuristik untuk disesuaikan dengan pengguna di Malaysia. Namun setelah mencubanya sendiri, ia amat membantu kita melihat mesej utama yang kita perlukan dengan pantas. Tambah menarik apabila ia tidak berat dan pemakai tidak akan terasa bebannya di sebelah kepala.
*
Biarpun kedua-dua peranti yang diperkenalkan sempena OPPO INNO Day 2021 ini amat mengujakan, malangnya kemasukannya ke dalam pasaran Malaysia masih belum disahkan oleh OPPO.
Buat masa ini, OPPO Find N hanya akan dijual kepada pasaran China bermula 23 Disember ini. Manakala, OPPO Air Glass pula akan menemui pasaran sana pada suku pertama tahun hadapan.
Adakah korang rasakan ia wajar diperkenalkan untuk pasaran Malaysia bergantung pada permintaan?
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penjara Atau Denda RM500,000. MCMC Saran Elak “Tarik Line Internet” Guna Alat Tak Patuh Piawaian

Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’ kepada data internet setiap hari, lagi-lagi musim Covid-19 dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini. Betul tak?
Namun, ini bukan bermakna korang boleh mengunakan alat untuk memaksimumkan isyarat “line” di dalam rumah.

Terbaru, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini memaklumkan yang mana mereka mengesan peningkatan kes gangguan spektrum yang melibatkan penggunaan Booster atau Repeater Selular (CBR) yang tidak mematuhi piawaian.
Kadang-kadang line dekat rumah kita slow bukan sebab pencawang semata tapi disebabkan ada jiran disekeliling sengaja gunakan cara haram ni untuk kepentingan sendiri.

SKMM mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli sebarang alatan CBR daripada sumber tidak berdaftar, dan hanya mendapatkannya daripada syarikat penyedia perkhidmatan selular yang sah sahaja.

Kegagalan mematuhi garis panduan ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atau Peraturan 16 di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.
boleh merujuk Garis Panduan Bagi Tujuan Membeli, Menggunakan dan Memiliki Booster atau Repeater Selular yang baru diterbitkan SKMM ini.
So, lepas ini jangan la korang gatal-gatal nak pasang benda ni pulak. Kang tak pasal-pasal masuk penjara hah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 Sebab Kenapa Redmi Note 8 Pro Lebih Berbaloi Daripada Telefon Pintar ‘Pro’ Yang Lain

Lambakan jenama telefon pintar hari ini membuatkan masyarakat mempunyai banyak pilihan utuk memilih mengikut kadar kemampuan mereka.
Siapa kata handphone yang mahal saja bagus?
Sebenarnya korang boleh mendapatkan harga telefon pintar yang berbaloi dengan spesifkasi yang baik, asalkan perlu pandai buat survey terlebih dahulu.
Terbaru, Redmi Note 8 Pro dilancarkan dengan pelbagai fungsi dan ciri menarik, malah telah membuktikan bahawa smartphone murah bukanlah tidak ada kualiti.

Berikut merupakan 8 sebab kenapa Redmi Note 8 Pro ini berbaloi untuk korang beli berbanding telefon pintar yang menggunakan nama ‘Pro’ menurut amanz.my.
1. Peranti pertama di dunia dengan lensa 64MP
Redmi Note 8 Pro hadir dengan kamera 64MP, malah ia meletakkan aras tersebut lebih tinggi apabila menggunakan lensa Samsung ISOCELL GW1. Lensa ini direka untuk merakam gambar dengan lebih tajam dan dapat merakam lebih banyak cahaya. Ia dapat memberikan gambar yang baik walaupun dalam pencahayaan yang rendah.
2. Empat kamera pengimejan Pro
Melengkapkan fungsi pengimejan utama yang terdapat pada Redmi Note 8 Pro adalah kamera 8MP Sudut Ultra Lebar, 2MP Lensa Makro, dan 2MP Lensa Kedalaman. Melengkapi kamera pro ini adalah mod-mod rakaman yang pelbagai, seperti mod 64MP, mod slow mo, mod video pendek yang boleh di-zum sehingga 2x bersama ultra-lebar, mod makro, mod bokeh pelangi, dan macam-macam lagi.

3. Kamera swafoto dengan mod bokeh manual
Melengkapkan fungsi swafoto peranti ini adalah kamera 20MP yang terletak dalam rekaan takuk Dot Drop Display. Ia tidaklah mengganggu dan tidak juga mengurangi keupayaan swafoto peranti ini.
Ia mampu merakam dalam beberapa mod, termasuklah mod bokeh auto dan mod bokeh manual. Sungguh dengan fungsi ini, pengguna dapat menghasilkan gambar portret yang cantik, setanding peranti-peranti mercu yang jauh lebih mahal dari Redmi Note 8 Pro.
4. Rakaman gerak perlahan 960 FPS
Bersandarkan pada label Pro, Xiaomi membawakan gerak perlahan pada FPS yang tinggi, iaitu 960 FPS. Dengan lebih banyak frame yang dirakam, ia menjadikan video gerak perlahan tersebut lebih jelas dan bermakna.

5. Prestasi gaming pantas dengan cip MediaTek
Bagi peminat game pula, telefon pintar ini membawakan cip MediaTek G90T dan ia memang direka untuk tujuan gaming. Pada kelajuan 2.05Ghz, mengoperasikan peranti ini sangat lancar dan pantas, tanpa sebarang sela masa yang ketara.
Malah ujian AnTuTu yang dijalankan kami turut merekodkan markah melebihi 200,000, satu markah yang harus dipuji malah lebih baik dari Snapdragon 730G dan tidak keterlaluan jika turut dinyatakan yang ia setaraf dengan Snapdragon 835.
6. Penyejukan cecair menjamin prestasi gaming
Redmi Note 8 Pro hadir dengan penyejukan cecair yang bukan sahaja menjamin prestasi, bahkan menambah-baik hayat peranti.
7. Bateri 4,500 mAh menyokong pengecasan pantas 18W
Pengecasan pantas 18W untuk peranti ini berupaya mengecas penuh peranti ini dalam tempoh 2 jam. 2 jam mungkin lama namun perlu diingatkan yang mana Redmi Note 8 Pro ini hadir dengan bateri berkapasiti 4,500 mAh. Satu kapasiti yang agak besar namun ia sesuai dengan tujuan peranti dicipta.
Dengan kapasiti bateri sebesar ini, anda dapat menggunakan peranti sehingga 10 jam lamanya baik untuk bermain permua, mahupun menstrim kandungan video dari Netflix.

8. Keselesaan mata berpiawaian TUV Rheinland
Penggunaan port USB-C, pengimbas cap jari, storan berasaskan UFS 2.1, sistem operasi Android dengan MIUI 10, ia jelas menunjukkan Xiaomi berupaya menawarkan peranti dengan fungsi ‘Pro’ pada harga yang sangat munasabah.
Paling menarik, Redmi Note 8 Pro dijual di Malaysia dengan dua variasi, iaiatu 6GB RAM serta storan 64GB pada harga RM1,099 dan 6GB RAM serta storan 128GB pada harga RM1,199.
Pergh, like seriously guys harga telefon pintar ni bawah RM2k?
Yes, dengan spesifikasi yang best macam ni, harga yang dtawarkan sangat mampu milik. Apa lagi, bolehlah beli satu. Hiks!
Sumber: amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

